Saturday, 19 January 2013

Mukaddimah 2013


Bismillahirrahmanirrahim…wal hamdulillah…

2012 telah melabuhkan tirainya.. 2013 tiba dan bakal mencatat 1001 kisah suka duka dalam kehidupanku ini.. kehidupan seorang ibu tunggal bersama 2 orang permata comelku.. kehidupan seorang guru yang berazam utk memperbaiki kelemahan 2012.. kehidupan seorang hamba Allah,  juga seorang anak yg masih mempunyai tanggungjwb pada mak serta mak ayah suamiku.. Allah.. beratnya taklifan2 ini.. tak tertanggung rasanya… pada Allah ku pohon kekuatan dan kesabaran melaksanakan segalanya dengan sempurna demi meraih cinta dan keredhoan dariMu semata…

Permulaan tahun ini agak berbeza dengan tahun 2012 kerana saya berada di tempat yang berbeza dari tahun yang lepas.. di sekolah baru saya.. takda la baru.. ingat tak entri saya tentang ptukaran saya ke sekolah anak saya pd bulan 3 tahun lps.. mmm.. saya memulakan tahun 2013 ini di sekolah ini.. masih di sekolah ini.. Cuma bezanya pada kesibukan di sekolah ini… beza daripada 2 buah sekolah yg pernah saya mengajar sebelum ini.. maklumlah berdepan dengan lebih kurang 1400 lebih murid manakan sama dengan berdepan dengan 200-300 murid sahaja sebelum ini.. sekolah pula bakal dinaikkan kepada cluster.. tentulah banyak dokumentasi, kerja2 tambahan ke arah matlamat tersebut…mmm.. ape2pun.. prinsip di hati saya.. jangan mengeluh… Allah letakkan saya di sini pasti ada hikmahnya.. Dia Maha Mengetahui tahap kekuatan diri saya utk menempuh segala cabaran ini.. ya Allah.. ku mohon petunjuk dariMu dalam setiap langkahku di dalam hidupku kini…

Minggu pertama sekolah agak mencabar juga.. saya masih cuba menyesuaikan diri dengan kelas2 yang banyak dan waktu2 yg ‘packed’..  minggu kedua saya lalui dengan tenang walaupun agak pening dengan 3x pertukaran jadual waktu… juga dengan jawatan2 yg semuanya menuntut komitmen penuh dari saya.. smoga Allah permudahkan..kini masuk minggu yg ketiga.. kepala yg pening2 ditambah pula dengan kehadiran sang selsema yg tidak diundang…  sedangkan banyak lg urusan yg belum diselesaikan utk menyambut kehadiran nazir ke sekolah bermula daripada minggu hadapan… mm.. semua ini cabaran… ujian utk menguatkan dan mematangkan diri saya utk menjadi superwoman.. super mom dan super teacher.. insya Allah…


*******************

“Abang, aleyya dah naik tahun 2.. kelasnya setentang dengan bilik guru.. senang ummi melihat dia setiap kali keluar dari bilik guru.. malah sebelum ke kelas pasti ummi sengaja mengambil lajak melihat dia yang duduk di meja depan sekali sebelah pintu masuk kelas.. abang jangan risau.. ummi akan pastikan dia belajar dengan baik, berkelakuan baik di dalam kelasnya dan menghormati orang lain.. (risau juga ummi, kelasnya antara kelas yang paling bsing disebabkan murid lelaki lebih daripada perempuan..) abang… alya mula sekolah agama tahun ini.. jadualnya sampai ke petang la nmpk gayanya…kerja ummi makin bertambah.. waktu ummi di rumah makin berkurang… shinggakan mak pun bising pada ummi sbb habiskan byk masa di sekolah.. sebetulnya ummi sibukkan diri sbb ummi tak ingin terlalu memikirkan kesedihan dan kerinduan hati ini… abg jangan risau, sibuk2 ummi pun anak2 ttp ummi jaga n tdk akan abaikan.. fawwaz, kalu ummi ke sekolah ummi..

Abang.. ummi rindu pada abg. Sangat2 rindu sehinggakan sejak mula buka sekolah ini, sudah 2x ummi mimpikan abg.. xpuas rasanya hanya menatap wajah abg di alam mimpi… terasa hati ingin menarik abg kembali ke alam realiti ini.. tapi mana mungkin kerana abg telahpun berada di alam sana dan menunggu ummi dan anak2 di sana.. Allah… semoga Kau pertemukan kami sekeluarga di alam syurgawi milikMu… al-fatihah utk abg yg dikasihi…… 


Friday, 28 December 2012

Ya Allah.. saya rindukan dia...

Bismillah wal hamdulillah..

Menghitung hari utk kembali ke sekolah wlaupun pd hakikatnya mmg saya tlh mula bersekolah secara tdk formal.. pegi mesyuarat balik mesyuarat.. pergi print balik rumah.. mcm2 sejak makhluk yg bernama KSSR ini muncul dlm kehidupan seorg guru spti saya.. hehe.. itu sbbnya tertunda2 entri terbaru utk blog ini sampailah hari ini sy merasakan ingin meluahkan mengenai mimpi saya semalam.. insan yg senasib dengan saya sahaja yg paham bagaimana perasaannya bila dpt bermimpi orang yg dirindu… bahagiaaaa sangat rasanya….

Ya, smlm saya bermimpi abang.. terlalu lama menanti saat ini akhirnya Allah hadirkan dia sekali lg dlm mimpi saya.. mimpi yg berlaku pada malam tadi.. malam jumaat.. saya bermimpi dia mengajak saya melihat satu konsert nasyid.. (mungkin ada kaitan dgn rasa kempunan melihat konsert Demi Palestin yg berlangsung hari tu..hehe) yg sy ingat ada kump inteam yg sdg buat persembahan.. dlm dewan tu diasingkan penonton lelaki dan perempuan.. jadi terasinglah kami duduk buat seketika.. stlh hbs konsert, saya mencari2 dia.. mmm..tersenyum nampak dia dan terus mendapatkan dia…


Saya berkata pada dia, ‘abang, ummi kena balik lps ni.. sbb anak2 tinggal ngan mak kat umah.. jom abang kita balik…’  abang tersenyum dan berkata, ‘malam ni tak payah la balik.. kita tido mana2.. abang xpuas lagi jumpa ummi..’ saya tersenyum manja, memeluk abang dan membalas.. ‘ok..nanti ummi telefon mak kejap bagitahu… ternyata sekejap saja peluang yg Allah bagi utk menatap wajah abg.. selesai telefon mak, bila saya berpaling sahaja, saya lihat abg sudah tiada.. saya memanggil2.. tapi tiada sahutan dr dia.. Allahu Akbar.. terus terjaga.. Allah… sedihnya hati yg tidak dapat diungkapkan dgn kata2.. hanya Allah sahaja yg tahu kepedihan itu… saya tiada hati utk menyambung tidur saya malam td dan terus bangun utk menunaikan solat tahajud.. smga Allah beri kekuatan… smga Allah beri ketenangan…smga Allah pelihara insan ksygan saya di sana.. semoga abg baik2 sahaja… aamiin………..

Sedih hati ini.. namun tetap bersyukur…….

Sayu terpisah

Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu


Monday, 17 December 2012

Penawar hati yang merindu...

Detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang

suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

Bismillahirrohmanirrohim.. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang… Allahummasolli ‘ala Saiyidina Muhammad wa ‘Ala aalihi wa ashaabih… Selawat dan salam ke atas kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w. dan para keluarga serta sahabat baginda..


Bertemankan lagu Rapuh nyanyian Opick, malam ni jari jemari ini ringan sahaja menari2 di atas papan kekunci laptop kesygn abg ini.. malam ni mata masih blm mahu terpejam.. wpun jasadku ini agak letih, sesekali melihat anak2 yg sdg nyenyak dibuai mimpi..tp blm mahu badan ini kulabuhkan di sebelah mereka… hati masih meronta2 meluahkan apa yg masih tersesak di dada..

Agak lewat saya menunaikan kewajipan solat Isyak malam ini.. agak lewat juga saya dapat membaca yasin yang menjadi rutin saya setiap malam, hadiah buat dia yg tersayang.. ini semua kerana meraikan tetamu istimewa saya dari kedah.. ayah, mak, kakak ipar, adik ipar semuanya datang berkumpul di rumah saya tadi.. terharu.. sayu… sebak menahan rindu… melihat satu demi satu wajah2 mereka menambah kerinduan saya pada abg.. di kala itu, hati saya hanya berdoa agar dia kembali… kembali ke sisiku.. sama2 berkumpul di sini.. merasai kemeriahan dan kemanisan ukhuwwah ini.. Allahu akbar.. kekdg merasa 'dia' ada bersama... kekadang istighfar panjang sambil memujuk hati yg lara…. tapi saya yakin dia memang ada... sentiasa ada.. sbb dia tetap ada dalam hati saya...

Allahu akbar.. sungguh…. sesak saya rasa jiwa ini…usai solat isyak tadi, saya menangis semahu2nya dalam doa panjang saya pada Dia yg Maha Mengerti.. sebanyak titisan air mata saya tadi, sebanyak itulah luahan demi luahan saya padaNya.. saya yakin Dia yang Maha Mendengar akan terus memberi kekuatan pada diri saya.. Allah… betapa lemahnya diri ini.. betapa tidak kuatnya hati ini menahan kerinduan kepada suamiku yang telah Kau jemput pulang ke sisiMu… Allahu Allah.. berkali2 saya baca La Hawla wala quwwata illa billah.. namun air mata masih mengalir laju.. Allah.. lantas saya terus memulakan bacaan yasin.. kuasa Allah, air mata ini berhenti mengalir…Subhanallah.. benarlah al-Quran itu penawar hati yang merindu…

Hatiku berbisik.. aku masih rindu.. rindu yang teramat padamu.... Ya Allah, peliharalah dia dalam kasih sayang dan rahmatMu.. kurniakan sebaik2 tempat di sana.. di syurgaMu yang kekal abadi dan pertemukan kami kembali di sana...

Aamiin ya Robb...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...