Bismillahirrahmanirrahim....
Saya stresssssssssssss? hmmm..tidaklah..tajuk aja tu.. sbb hari ni saya menghadiri kursus dalaman anjuran sekolah..tajuknya Pengurusan Stress.. kami dikehendaki menjawab soalan2 berkaitan dgn kerjaya.. keluarga.. dan sikap.. markah daripada skor yg dijawab akan menjadi indikator kepada tahap stress dlm diri seseorg itu.. ada 4 indikator yg ditetapkan iaitu:
1.tidak stress sama sekali
2.boleh menangani stress dgn baik
3.stress dlm keadaan selamat dan terkawal
4.tahap stress yang tinggi
alhamdulillah, saya berada pada tahap yang ketiga..wpun masih dlm kategori stress namun masih selamat dan terkawal..huhu..alhamdulillah lah jgk kan... penceramah tu kata kalu tahap yg pertama juga tak normal sbb bermkna seseorg tu tak memikirkan langsung keadaan sekeliling..yg kedua paling ok...dan nauzubillah utk berada pada tahap yg 4..
Penceramah tu jgk ada bagi pengisian cara utk menangani stress..katanya, kalu pnykt darah tinggi, ubat perlu dimakan ikut jam.. cthnya ubat tu perlu diambil pukul 6..jadi jgnlah ambil pukul 7.30 ke..dah lewat..pnykt tu akan jd teruk dan xterkawal.. itu cuma kiasan kepada penyakit stress @ penyakit dlm hati kita... jadi ubat penenang utk stress ialah:
1. 2 biji - 6 pagi
2. 4 biji - 1.20 petang
3. 4 biji - 4.30 petang
4. 3 biji - 7.26 malam...
5. 4 biji - 8.30 malam
Sebenarnya yang ingin diketengahkan oleh penceramah ialah solat yang perlu dijaga waktunya..itulah ubat stress yang akan memberi ketenangan kepada seseorg... oooo... baru saya paham... mulanya pening jgk masa disebut kena makan 2 biji kul 6...hehehe..pandai penceramah menarik minat para pendengar utk lebih menghayati kepentingan menjaga waktu solat..kdg2 terleka dgn benda2 penting ini dek kerana padatnya kehidupan seharian dgn tanggungjwb dan mslh2 peribadi yg membelenggu...
dan satu lagi, dalam apa jua urusan dalam kehidpn kita, bercakaplah dengan Allah.. xkira dalam doa.. ataupun dalam hati.. selalulah mengadu padaNya..dengan itu dapat buat kita dekat dengan Dia dan rahmatNya..insya Allah.. cthnya, bila kita nk g keja.. kita tanya dlm hati.. "kenapa aku pegi keja??" jwpnnya mestilah utk mencari nafkah keluarga dan anak2 yatim ni kan.. (ni jwpn hati sy ms ditanya tadi..) tapi sbnrnya kita kn tambah kat depan tu, mula2 kena cakap saya pegi keja ni kerana Allah... utk mencari nafkah keluarga dan anak2 yatim ni.... Duhai Allah, bantulah saya... kuatkanlah saya...." mmm, mcm tu..insya Allah saya akan amalkan.. kita tgk kesannya nanti..huhu.. be positive.. kata penceramah... insya Allah...
ada bnyk lg yang diperkatakan oleh penceramah.. dia menyentuh tentang ujian... tentang apa yang kita nak dlm kehidpan kita.. nak gembira atau nak tenang... kalu saya sy pilih nak tenang... yesss... betul jawpn saya.. kita pilih utk tenang kerana dgn ketenangan yg kita pilih tu, insya Allah akan kekal hingga ke akhir nafas kita.. kerana Allah berfirman dlm ayat2 terakhir surah al-Fajr:
27.Wahai jiwa yang tenang!
28.Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan
diredhai-Nya.
29.Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu.
30.Dan masuklah ke dalam syurga-Ku.
Kesimpulannya, kita semua ingin kembali ke sisiNya dalam keadaan jiwa yang tenang bukan yang gembira.. kerana jiwa yg gembira tak semstinya ketenangan berada di situ.. tapi jiwa yg tenang pasti gembira menanti balasan syurga dari Allah.. Allahu akbar... smga input ini sentiasa jadi penawar dlm hati saya... aamiin...aamiin...aamiin...
menarik2... alhamdulillah sy dapat input yang sgt berguna hari ini.... saya sgt gembira... tapi tetap rindu pada si dia.. mmm... rindu kan satu anugerah dari Allah... (think positive!!) alhamdulillah... al-Fatihah......


