Monday, 29 August 2011

Ramadhan Tanpamu..(episod akhir)

Hari ni 29 Ramadhan.. tandanya esk dijangka hari Raya.. perasaan aku? entahlah.. sukar nak digambarkan dengan kata2.. kekdg aku blh buat2 biase sj… kdg2 aku tpksa menahan sebak yg tpdendam di dada..

Aku fikir,bukan tdk pernah aku meraikan hari raya tnpa abg.. dulu ms bujang pun 24 tahun aku meraikan hari raya tanpa abg.. kenapa la aku nak sedih sgt (ayat pujuk ati).. tapi kenyataannya adalah wpun 25 tahun aku beraya tanpa kehadiran sseorg yg bernama suami, bila Allah takdirkan jodohku dgn abg, aku merasakan hari raya yg akan ku raikan sepanjg hidupku begitu bmakna dengan kehadiran insan yg paling istimewa di hatiku itu…

6 tahun saja sempat aku berhari raya dengan abg… Aku masih ingat betapa gembiranya kami mymbut raya pertama setelah bgelar suami isteri.. seawal malam sblm esk hari raya,aku dn abg akan bsama2 mengucapkan selamat hari raya dan bermaaf-maafan.. sambil dia akan memegang erat tanganku ini.. pagi itu pula, slps solat subuh bersama kami akan sekali lg menatap wajah masing2 dn mngucapkan selamat hari raya dan bermaaf-maafan lagi.. kali ini bersalam-salaman, mcium dahi dan kedua pipi ku… oh abg.. kenangan manis kita bsama.. segar di ingatanku.. begitulah seterusnya sehingga tahun 6 perkahwinan kami…


Ya Allah.. tak pernah ku duga hanya smpai detik 15/5/2011, Allah memberi aku peluang utk menikmati bahagia bersama abg.. aku ingin bersamanya hingga ke akhr hayat ku.. tapi kuasa Allah mengatasi kudrat hamba-Nya.. Jika Allah berkata, “Kun Fayakun..” jadilah.. maka akan jadilah… bila tika dan waktunya, ajalkan tiba maka Malaikat Maut utusan Allah tdk akan tleka… menjalankan tugasnya… ia tidak akan terlambat atau tercepat walau sesaat. Allahu Akbar..lemahnya diriku ini.. kerana tdk dpt menerima takdirMu ini dengan jiwa yg tenang dan hati yang tbuka.. Allah….

Allah..air mata yang cuba ku tahan ini tdk dapat dibendung lagi..akhrnya aku tewas menenangkan perasaanku sendiri.. aku terlalu rindukan dia.. aku inginkan dia hadir kembali dalam hidupku.. ketika aku menggagahkan diri membantu mak mbalut ketupat dan mengacau rendang,mataku tdk tlepas dari memandang ke arah pintu pagar… doaku kala itu.. mg abg akan balik.. umi tnggu abg balik…. baliklah abg… ya Allah… alangkah sakitnya menanggung perasaan2 yang datang ini.. seakan2 menekan2 di hati…pedih.. perit..aku sahaja yg dapat rasakan di saat ini… bagaimana aku ingin tabah ya Allah…aku perlukan dia utk kuat..aku tak mampu…

Astgfirullahal ‘azim…ya Allah ampuni dosaku.. perkenan setiap doa dan munajat ku.. kuatkan hati dan perasaan ku yg kian lemah ini ya Allah.. hinanya diriku ya Allah.. melebihkan cinta lain selain cinta kepadaMU ya Allah…berdosanya aku kerana mngutamakan cinta yang selayaknya cinta itu buatMu ya Tuhanku… Bimbinglah aku ya Allah dalam menelusuri jalan-jalan hidup yg berliku ini untuk menjadi hamba yang sentiasa mencari dan mengejar cinta dan kasih sayangMu dalam setiap degup jantung dan setiap nafasku… 

“Sesungguhnya Allah aza wajalla berfirman :”Aku bersama hambaKu selama ia mengingatKu dan kedua bibirnya bergerak (untuk berzikir) kepadaKu”.




Cukuplah episod terakhir Ramadhan Tanpamu kali ini.. sebak.. hiba.. sayu.. syahdu.. Allah.. doaku mg2 tahun depan aku akan diizinkan olehNya utk mengecapi keberkatan bulan Ramadhan ini lagi…namun tiada siapa yang dapat meyakini akan ketemu dengan bulan yg penuh berkat ini lagi… andai ditakdirkan tidak ketemu dengan bulan Ramadhan yang akan datang, ku pohon padaMu ya Allah, terimalah amalanku di bulan ini. Ampuni segala dosa dan kekhilafanku ini... ampuni juga dosa suamiku, ayah dan ibuku,guru2ku serta semua kaum muslimin dan muslimat…bahagiakanlah roh suamiku di sana.. izinkan kami bertemu dan bersatu di sana.. di syurgaMu yang kekal abadi…amin... 

Assalamualaikum abang...apa khbar abg di sana? umi amat merindui abg..sarat rasa hati ini menanggung kerinduan yang tak btepi ini..smga Allah pelihara abg di sana..umi tahu abg dan roh2 umat Islam yang lain pasti sedih mengenangkan Ramadhan akan pergi meninggalkan kita..abg akan mengucapkan selamat tinggal dan pulang semula ke Luh Mahfuz...umi juga sedih abg..sedih terpksa melepaskan Ramadhan yang penuh keberkatan dan ketenangan ini...abg..jgn sedih kerana umi sentiasa doakan abg berada di kalangan jiwa2 yg tenang: 

"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku" (Al-Fajr: ayat 27-30) 

Abg,umi akan sntiasa mengirimkan bekalan buat abg di sana..smga Allah sentiasa memberi kekuatan pada umi utk menjadi sungai amal yang sentiasa mengalir utk kesejahteraan abg di sana..juga anak2 yg akan umi didik utk jadi titian kita ke syurga..amin..umi kan selalu memanjatkan doa agar Allah Yang Maha Pemurah sentiasa memberi petunjuk dan hidayahNya pada umi dan anak2 agar dapat meneruskan kehidupan ini dengan sabar, tabah dan tenang...damailah wahai kekasihku di sana...umi kan mnyusul bila tiba detiknya nanti.. 

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepada kalian, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah:155) 

ALLAHU AKBAR..ALLAHU AKBAR..WALILLAHIL HAMD..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...