Saturday, 19 January 2013

Mukaddimah 2013


Bismillahirrahmanirrahim…wal hamdulillah…

2012 telah melabuhkan tirainya.. 2013 tiba dan bakal mencatat 1001 kisah suka duka dalam kehidupanku ini.. kehidupan seorang ibu tunggal bersama 2 orang permata comelku.. kehidupan seorang guru yang berazam utk memperbaiki kelemahan 2012.. kehidupan seorang hamba Allah,  juga seorang anak yg masih mempunyai tanggungjwb pada mak serta mak ayah suamiku.. Allah.. beratnya taklifan2 ini.. tak tertanggung rasanya… pada Allah ku pohon kekuatan dan kesabaran melaksanakan segalanya dengan sempurna demi meraih cinta dan keredhoan dariMu semata…

Permulaan tahun ini agak berbeza dengan tahun 2012 kerana saya berada di tempat yang berbeza dari tahun yang lepas.. di sekolah baru saya.. takda la baru.. ingat tak entri saya tentang ptukaran saya ke sekolah anak saya pd bulan 3 tahun lps.. mmm.. saya memulakan tahun 2013 ini di sekolah ini.. masih di sekolah ini.. Cuma bezanya pada kesibukan di sekolah ini… beza daripada 2 buah sekolah yg pernah saya mengajar sebelum ini.. maklumlah berdepan dengan lebih kurang 1400 lebih murid manakan sama dengan berdepan dengan 200-300 murid sahaja sebelum ini.. sekolah pula bakal dinaikkan kepada cluster.. tentulah banyak dokumentasi, kerja2 tambahan ke arah matlamat tersebut…mmm.. ape2pun.. prinsip di hati saya.. jangan mengeluh… Allah letakkan saya di sini pasti ada hikmahnya.. Dia Maha Mengetahui tahap kekuatan diri saya utk menempuh segala cabaran ini.. ya Allah.. ku mohon petunjuk dariMu dalam setiap langkahku di dalam hidupku kini…

Minggu pertama sekolah agak mencabar juga.. saya masih cuba menyesuaikan diri dengan kelas2 yang banyak dan waktu2 yg ‘packed’..  minggu kedua saya lalui dengan tenang walaupun agak pening dengan 3x pertukaran jadual waktu… juga dengan jawatan2 yg semuanya menuntut komitmen penuh dari saya.. smoga Allah permudahkan..kini masuk minggu yg ketiga.. kepala yg pening2 ditambah pula dengan kehadiran sang selsema yg tidak diundang…  sedangkan banyak lg urusan yg belum diselesaikan utk menyambut kehadiran nazir ke sekolah bermula daripada minggu hadapan… mm.. semua ini cabaran… ujian utk menguatkan dan mematangkan diri saya utk menjadi superwoman.. super mom dan super teacher.. insya Allah…


*******************

“Abang, aleyya dah naik tahun 2.. kelasnya setentang dengan bilik guru.. senang ummi melihat dia setiap kali keluar dari bilik guru.. malah sebelum ke kelas pasti ummi sengaja mengambil lajak melihat dia yang duduk di meja depan sekali sebelah pintu masuk kelas.. abang jangan risau.. ummi akan pastikan dia belajar dengan baik, berkelakuan baik di dalam kelasnya dan menghormati orang lain.. (risau juga ummi, kelasnya antara kelas yang paling bsing disebabkan murid lelaki lebih daripada perempuan..) abang… alya mula sekolah agama tahun ini.. jadualnya sampai ke petang la nmpk gayanya…kerja ummi makin bertambah.. waktu ummi di rumah makin berkurang… shinggakan mak pun bising pada ummi sbb habiskan byk masa di sekolah.. sebetulnya ummi sibukkan diri sbb ummi tak ingin terlalu memikirkan kesedihan dan kerinduan hati ini… abg jangan risau, sibuk2 ummi pun anak2 ttp ummi jaga n tdk akan abaikan.. fawwaz, kalu ummi ke sekolah ummi..

Abang.. ummi rindu pada abg. Sangat2 rindu sehinggakan sejak mula buka sekolah ini, sudah 2x ummi mimpikan abg.. xpuas rasanya hanya menatap wajah abg di alam mimpi… terasa hati ingin menarik abg kembali ke alam realiti ini.. tapi mana mungkin kerana abg telahpun berada di alam sana dan menunggu ummi dan anak2 di sana.. Allah… semoga Kau pertemukan kami sekeluarga di alam syurgawi milikMu… al-fatihah utk abg yg dikasihi…… 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...