Bismillah Walhamdulillah was solaatu was salaamu 'alaa
nabiyyinaa wa habeebinaa muhammad sollalahu 'alaihi wasallam..
Malam ni, terasa kosong sekali… membelek2 gambar 2 abg..
merenung dan terus merenung sambil air mata yang tdk henti2 mengalir..
mengenangkanmu… merindukanmu… ya Allah sakitnya rasa di hati ini menanggung
segala perasaan ini…
Lantas menuju ke laptop kesayangan utk mencari sesuatu utk
memotivasikan diri yang semakin lemah ini.. facebook dibuka.. terasa sunyi..
sepi.. rakan2 tiada utk berbicara… ya Allah.. ke mana harus ku bawa hati dan
jiwa yang pedih ini…
Blog kesayangan dibuka.. ya Allah, aku ingin meluahkan
sesuatu di sini.. aku juga ingin mencari sesuatu ‘kata2’ yang blh mengubat diri
ini… tiba2 terlintas di hati tentang SYUKUR, SABAR dan MUJAHADAH.. lantas di Google
info2 yang berkaitan.. mg2 dpt merawat hatiku malam ini…
SYUKURLAH WAHAI HATI…
Sheikh Muhammad `Abduh membuat takrif syukur sebagai
berikut: Dan tidak dikatakan bersyukur kecuali jika seseorang menggunakan dan
memanfaatkan segala nikmat-nikmat itu dalam hal-hal untuk apa nikmat itu
diberikan. Jadi tidak cukup bersyukur itu dengan membaca atau mengucapkan lafaz
الحمد لله dan شكر لله sahaja. Erti bersyukur yang sebenarnya ialah meliputi lisan,
hati, dan anggota badan.
Bagaimanakah caranya kita bersyukur kepada Allah SWT?
Bersyukur kepada Allah SWT ialah dengan mengekalkan baik sangka terhadap Allah
SWT dan meletakkan keyakinan kepada-Nya dalam apa jua keadaan. Perkataan yang
terlafaz dari mulut kita tentang Allah SWT hanyalah kata-kata pujian, sanjungan
dan pujaan. Justeru hanya Allah SWT yang layak menerima kata-kata seperti itu.
Tidak seharusnya terlafaz daripada diri kita perasaan benci, kecewa, buruk
sangka dan perasaan seumpama itu terhadap Allah SWT.
SABAR ITU INDAH
Sabar, ertinya tahan menempuh suatu yang sukar. Sabar yang
terpuji adalah sabar atas mengerjakan taat kepada Allah SWT, menjauhi segala
maksiat yang dilarang-Nya dan sabar atas segala takdir-Nya. Tetapi di antara
sifat sabar itu,terdapat sifat sabar kerana mengerjakan taat dan meninggalkan
maksiat adalah sabar yang lebih utama, lebih utama dari sabar atas segala
takdir yang amat susah dan menggelisahkan perasaan.
Sabar adalah merupakan salah satu daripada tangga-tangga
ibadat menurut Ahlus Sunnah wal Jamaah bahkan ia merupakan darjat dan tangga
ibadat yang paling agung. Allah SWT menyebut lebih 90 kali pada pelbagai tempat
di dalam al-Quran; adakalanya dengan memuji kesabaran itu sendiri, adakalanya
juga dengan memuji orang-orang yang sabar di sisi Allah SWT dan darjat apa
sahaja yang telah disediakan oleh Allah untuk mereka. Di dalam Islam, sabar ada
tiga darjat:
i. Sabar terhadap
ketaatan
ii. Sabar terhadap
kemaksiatan
iii. Sabar terhadap
ketentuan dan musibah
MUJAHADAH ITU BERAT, KAU RINGANKANLAH BUAT KU YA RABB…
Dalam kitab Jami’ul Ushul Fil-Auliya:
“Arti mujahadah menurut bahasa adalah perang, menurut aturan
syara’ adalah perang melawan musuh-musuh Allah, dan menurut istilah ahli
hakikat adalah memerangi nafsu amarah bis-suu’ dan memberi beban kepadanya
untuk melakukan sesuatu yang berat baginya yang sesuai dengan aturan syara’
(agama). Sebagian Ulama mengatakan : "Mujahadah adalah tidak menuruti kehendak nafsu”, dan
ada lagi yang mengatakan: “Mujahadah adalah menahan nafsu dari kesenangannya”.
Biar kepahitan itu pergi, agar kemanisan mengisi..
Biarkan kekecewaan berlalu, agar kegembiraan mewarnai..
Biarkan kegelisahan lenyap, jangan kita hilang semangat..
Biarkan penderitaan itu menyapa, agar kekuatan kita jana
semula…
Biarkan diri derita,
agar ku tahu kepahitan derita ini, agar
ku sedar kesengasaraan ini,
tak sama bahkan hanya secebis dari penderitaan
Rasulullah s.a.w..
Tuhan sesekali tidak menzalimi hamba-hambaNya
Tapi manusialah yang menzalimi diri mereka…
Noktah.. pengisian utk malam ini tamat di sini.. hati masih
lg berduka.. harus mencari penawar dari ayat2 cinta dariNya pula.. Allah, lemahnya
aku.. diuji sedikit begini, aku sudah lemah dan hampir tersungkur begini.. Ya
Allah, kuatkan.. tabahkan.. teguhkan hati dan semangatku ini….
