
Bismillah Walhamdulillah was solaatu was salaamu 'alaa
nabiyyinaa wa habeebinaa muhammad sollalahu 'alaihi wasallam..
Ramadhan telah berlalu meninggalkan kita… sedih rasanya.. masih
kurang ibadah dan amalanku sepanjang melalui fasa2 tarbiyyah daripada Allah ini…
tidak dapat lagi merasai kelunakan hati utk melipatgandakan amalan di siang dan
malam hari.. tidak dapat jua menikmati ketenangan saat hati meluahkan segala
yang tersurat dan yang tersirat pada DIA Yang Lebih Memahami… dan semoga masih ada
Ramadhan utkku lagi… Allahu Allah...semoga masih ada umur dan kesihatan yang
baik utkku bertemu Ramadhan yang akan datang...:"(
Hari ni hari ke-3 ‘Aidilfitri bagi tahun 1433H.. tiada apa
yg istimewanya.. berlalu seperti hr2 biasa bg saya.. bezanya cuma saya terlalu sibuk
mengemas lebih daripada hr2 yg biasa… sibuk sehingga nawaitu saya utk
mengupdate blog ini pd mlm hr ry tertunda2 sehinggalah ke hr ini...org lain
semua sibuk berjln raya, bergmbar2 dan mengupdate status n gmbar ry di fb..tp
sy.. sibuk mengemas… mengemop… basuh pinggan… masak… susun pinggan..cawan… mcm2
keja lah… sy memangku semua tugas2 mak disebabkan keuzuran mak utk buat semua
tu.. sy memang letih xtau nak cakap..tp sy bersyukur kerana mungkin itu
tarbiyyah dari Allah supaya saya tidak merasa sangat sedih pd hari raya kali ni…
wpun tak dapat saya nafikan, tetap juga saya merasa kehilangan dan kerinduan yg
amat dalam.. sebak di saat kenangan demi kenangan pada hari raya bersama dia
bermain2 di mata…saya rindu sekali utk membantu dia memasang butang di baju
melayunya.. mengemaskan ikatan kain sampingnya… bersalam dan mencium tangannya
sambil menanti dia membalas dengan ciuman di dahi saya… sebak……. kenangan… kenangan…
andai dapat ku ulang semula… Wahai hati.. sabarlah...Wahai hati. redhalah...
Wahai hati. tenanglah....
Dan hari ini jugalah saya baru sempat menjengah status2 kwn2
di fb… ada yg gembira dan xkurang juga yg sedih seperti saya.. ada yg
mengupdate status mereka bersama gambar suami dan anak2.. dgn wajah yg gembira…
ceria bersama baju raya yang sama tema.. Alhamdulillah jugak Allah sibukkan
diri saya smpai saya tak sempat menjengah fb dn melihat gambar2 ceria ini..
kalu tak, mesti hati saya akan merasa sedih… dan jeles…? Memang saya jeles sbb
saya tidak dapat merasai saat2 manis seperti itu lagi.. tp sy bsyukur kerana
raya kali ini saya tidaklah bersedih hati sperti yang saya lalui pada tahun lps…
air mata hanya mengalir pada malam raya ketika mendengar takbir raya bergema di
surau berdekatan dengan rumah saya… ada juga shbt2 FB saya yang berkongsi rasa
kehilangan seperti saya.. sudah pastilah kami bersedih… ada yang mengupdate tntg
ziarah mereka di pusara… bercerita tentang kesdihan hati mereka di hari raya
ini… terutama yang baru pertama kali beraya tanpa suami yang tercinta… sabarlah
sahabat… tidak mengapa kita bersedih sekejap… saya amat memahami perasaan2 itu
kerana saya telahpun mengalaminya pada tahun lps… insya Allah.. masa akan
mengubat hati kalian… kesedihan itu tak mungkin hilang.. tp percayalah ia akan
berkurang sedikit andai kita terus redha dan tenang hadapi ujian ini….
Oh ye… Hari raya ke-6 nanti saya akan terbang ke kg halaman
suami yang tercinta di negeri jelapang padi.. sudah pasti saya membawa anak2 kesayangan
saya ni.. kali ini misi saya adalah utk menziarahi pusara suami dan ahli keluarga
mertua saya.. juga meraikan majlis pertunangan adik ipar saya… yang paling
gembira dan tidak sabar utk ke sana ialah anak sulung saya, alya… hari2
bertanya… mungkin rindu dgn tokwannya.. mungkin juga sbb nk ziarah abinya..
entahlah… mm… jgn kata anak2, saya pun xsabar rasanya.. kalu blh, hari ini juga
sy mahu terbang ke sana…rindu…amat rindu pada abg…….
“Abang, ummi akan balik ke kg abg… ummi akan ziarah abang
nanti bawa anak2 kita… ummi akan pakaikan mereka baju raya.. abang, ummi tak
beli langsung baju raya utk mereka kali ni bang… murah rezeki mereka.. semua
baju hadiah dari orang…1 sekolah bagi… 1 bakal calon wakil rakyat bagi… 1
makngahnya bagi.. Alhamdulillah… janganlah abg risaukan kami di sini.. insya
Allah… Allah akan pelihara ummi dan beri kebahagian pada anak2 yatim ini…. Ummi
juga berdoa semoga Allah merahmati roh abang di sana dan menempatkan abang di
kalangan para solehin… amin…….”
Ya Allah, Ya Tuhanku! Jadikanlah sebaik-baik umurku pada
penghujungnya, sebaik-baik amalku pada penyudahannya dan sebaik-baik hariku
adalah pada hari bertemu dengan-Mu. Kurniakanlah ketenangan, kesabaran dan
kekuatan dalam menempuh kehidupan di dunia yang sementara ini..ya Rabbi...Hanya
cintaMu dan redhaMu yang kudambakan..
