Bismillah Walhamdulillah was solaatu was salaamu 'alaa nabiyyinaa wa habeebinaa Muhammad sollalahu 'alaihi wasallam..
Assalamualaikum anakku Muhammad Fawwaz bin Mohamad Ali..
 |
Kek Fawwaz.. bentuk love utk melambangkan
cinta umi pada fawwaz.. |
Hari ini usiamu meningkat lagi.. hari ini ummi dan kakak meraikan ulangtahun kelahiranmu yang ke-3.. meraikan kegembiraan dan kesyukuran kami atas kelahiran kamu ke dunia 3 tahun yang lepas.. masa itu, abi masih bersama kita fawwaz di negeri d bawah bayu.. bsama kakak alya yang hari2 memegang perut ummi smbil memanggil baby.. baby.. bersama abi yang amat gembira tika diberitahu doctor pd scan yang ke-6 bulan.. doctor berkata pada ummi, “Nampak yang bulat tu? Itulah telurnya.. it’s boy la..” tsenyum ummi dan trus mengkhabarkan pada abi..
Abi selalu mmg sifatnya sabar tersenyum gembira dan berkata pada ummi, "Alhamdulillah.. tp jgn terlalu mharap ye ummi.. abi mmg nak anak lelaki tp abi tak kisah.. abi tak nak ummi stress nanti..” itulah abi sayang.. abimu orang yang sabar.. dia amat menyayangi ummi. Walaupun hatinya ingin skali anak lelaki, tp ttp memujuk ummi dan menenangkan ummi utk tdk terlalu mharap…
Sepanjang mengandungkan kamu, tdk banyak kesulitan yg ummi hadapi.. Cuma bezanya ummi lebih suka makan asam berbanding sewaktu mengandungkan kakak kamu alya, ummi suka makan gula2.. yang anehnya juga, asam2 yang ummi beli dihabiskan oleh abimu yang sebelum ini tdk pernah sukakan asam.. ummi skrg lg tsenyum seemasa menulis entri ini bila membayangkan abi waktu itu dan teringatkan kenangan2 ini..
Ujian hanya datang apabila kamu hampir 9 bulan dalam perut ummi.. ummi dan abi menghadapi kesulitan utk membawa kamu pulang ke semenanjung apabila ummi dilarang naik atas sebab polisi MAS.. namun abimu usahakan jugak utk membawa kamu dan ummi pulang dgn berbincang dgn doctor di samping surat2 penting utk ditunjukkan pada MAS.. juga surat2 cuti ummi.. Alhamdulillah atas sbb kandungan ummi yang tiada masalah, ummi dapat membawa kamu ke semenanjung dgn selamat. Ketahuilah anakku, abimu lebih2 risaukan keadaan ummi di dalam flght itu.. digosok2nya perut ummi utk menenangkan kamu yang mengeras di dalam perut umi dek tekanan udara di dalam flght.. perjalanan 2jam setengah yang amat mendebarkan.. Alhamdulillah. ..
Setelah menghantar ummi, abi pulang ke sabah utk meneruskan tanggungjawabnya sebagai guru… tinggallah ummi (dan kamu dalam perut umi) juga kakakmu alya..sedihnya waktu itu… tp 3 hari sebelum tarikh kamu dijangka keluar, abi balik dari sabah.. namun sekali lagi, Allah menguji kita sekeluarga apabila kamu tidak mahu keluar dari perut ummi walaupun ‘due’ kamu sudah lebih 6 hari… ummi ingat lagi abi berkata.. “baby suka duduk dlm perut ummi ye..”ummi tahu abimu risaukan ummi (dan kamu juga) dan cuti yang diambil hampir habis..
Hari terakhir ummi checkup di klinik kesihatan, doctor mengarahkan ummi admit ke hospital besar seremban pada keesokan harinya.. esoknya.. jam 8 pg ummi ditemani abi ke hospital dengan perasaan yang berdebar.. setelah dicek, ternyata ummi tiada tanda2 utk melahirkan.. dktor bercadang utk induce ummi dan tggu sehingga 3 hari.. dan jika kamu tdk lahir dalam masa ini, ummi akan dioperate.. bila doctor mengkhabarkan hal ini pada abi, berubah muka abi.. Nampak kerisauan di wajahnya.. ditambah pula abi yang kesiankan ummi kerana terpaksa menunggu lama di hospital kerajaan itu dalam keadaan tidak selesa.. abi terus mengajak ummi ke hospital swasta..
Sampai di hospital swasta jam 12.30 tengahari.. ummi diperiksa oleh seorang doctor india perempuan yang baik.. dia kata jalan sudah terbuka. Ummi akan bersalin petang ini juga.. abi terkejut dan ummi juga hampir2 tdk percaya. Ummi dibawa ke bilik bersalin.. dengan suasana yang tenang (tenang dari waktu melahirkan kakakmu dulu).. ummi dapat melahirkan kamu dengan mudah walaupun terpksa jugak di’vacuum’ sikit utk menundukkan kepalamu sayang.. doctor kata kepalamu mendongak sewaktu dilahirkan..

5/2/2009, Khamis bersamaan 10 Safar 1430H jam 3.52 petang, adalah saat kamu dikeluarkan dari rahim ummi. Waktu itu, ummi lihat kamu sangat sihat dan besar sekali saiz kamu (3.11kg).. ummi dan abi tersenyum gembira menyambut kamu wahai putera kesayangan ummi dan abi yang kami nanti2 selama ini... sekali lagi ujian bagi ummi dan abi bila doktor mengesahkan kamu menghidap G6PD.. ummi sedih sekali.. namun abi tetap tenang.. ummidiberi keterangan oleh dktor bagaimana utk menjaga kamu dan kesihatan kamu.. insya Allah Fawwaz, slagi ummi bernyawa kamu tetap ummi lindungi sayang...
Inilah kisah kamu dari saat kamu di alam rahim hinggalah ke saat kamu melihat dunia ini.. anakku.. pesan ummi agar kamu menjadi anak yang soleh yang sentiasa mendoakan abimu di sana dan juga ummimu di dunia ini dan di alam sana nanti.. Fawwaz sayang, ingatlah, manusia berasal dari alam gelap dan akan kembali ke alam gelap juga.. alam gelap yang pertama ialah alam rahim di mana kamu berada dalam kegelapan di dalam perut ummi.. alam gelap yang kedua ialah alam kubur atau alam barzakh di mana tempat berakhirnya kehidupan ini anakku…
Oleh itu, kamu harus mengisi kehidupan di antara 2 alam ini iaitu kehidupan kamu di dunia ini.. manfaat kehidupan dunia kamu untuk kehidupan akhirat kamu.. jadikan dunia ini sebagai ladang untuk kamu menuai hasil akhirat kamu.. jangan jadikan dunia ini tempat menikmati segala keniikmatan kerana ia adalah sementara.. di sana matlamat kita kerana di sana semuanya kekal abadi..
Anakku sayang, pesan ummi juga jagalah kakakmu kerana tanggungjawab kamu sebagai anak lelaki amat besar.. kamulah yang bakal jadi tonggak keluarga kita.. atas pundak kamulah nanti akan diletakkan segala tanggungjawab penting untuk membawa keluarga kita menjadi keluarga sakinah, mawaddah dan rahmah yang akan membahagiakan kita hingga ke syurgaNya insya Allah.. jangan lupa selalu doakan abimu di sana.. kerana doa anak yang soleh itu akan sentiasa mengalir pahala buat abimu di alam sana.. jangan lupa jasa dan kasih sayang abimu walaupun kamu hanya sempat 2 tahun 3 bulan sahaja merasai kasih abi.. ketahuilah anakku sayang, abimu sangat sangat menyayangi dirimu.. airmatanya sentiasa mengalir bila teringat pada kamu di akhir hayatnya dulu…
Akhirnya, selamat hari lahir yang ketiga sayang.. walaupun ummi tidak dapat membawa kamu pulang menziarahi abimu sempena hari lahirmu ini, namun ketahuilah hari ini, hari lahir kamu yang bertuah kerana jatuhnya bersamaan hari kita menyambut kelahiran Nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.aw. "allahumma salli ala muhammad wa ala aali sayyidina Muhammad.." semoga keberkatan baginda Kekasih Allah ini memberi tempias juga pada diri kamu sayang.. semoga kamu mewarisi sifat2 mulia dari insan kamil ini… amin….. ummi bahagia sekali dapat melahirkan kamu, membesarkan kamu, mendidik kamu.. juga bahagianya hati ummi kerana dapat memberikan kegembiraan kepada abimu dengan kelahiran kamu sayang..
Besarnya harapan ummi pada kamu, besar lagi kasih dan cinta ummi pada kamu dan kakak kamu.. ummi cinta abi kamu, Mohamad Ali, Kakak kamu, Nur Aleeya Sofea dan kamu, Muhammad Fawwaz KERANA ALLAH…… semoga kita sentiasa bersama dan berkumpul kembali di syurgaNya yang abadi di sana.. amin ya Allah… kabulkanlah ya Allah…
La Hawla Wala Quwwata Illah Billahil 'Aliyyil 'Aziim.......