Saturday, 28 January 2012

Sebiru hari ini...



"Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini"

Lagu sempena tukar layout baru.. hehe.. layan jela..

Tukar Layout...

Bismillah Walhamdulillah was solaatu was salaamu 'alaa nabiyyinaa wa habeebinaa muhammad sollalahu 'alaihi wasallam..

Malam ni kucuba edit segala yg blh diedit dlm blogku ini..blog kesayanganku yg menjadi tpt kuluahkan sebahagian dari rasa hatiku ini..sebahagian aja..sebahagian lg masih ku simpan sbgai rahsia hatiku ini..xmungkin berkongsi segala2nya sbgaimana dulu,segalanya bkongsi dgn abg..segalanya… rindu pada abg.. rindu.. rindu…benar2 rindukan dia. Lama jgk tak dapat tgk dia dlm mimpi2ku..ya Allah hadirkanlah dia dalam mimpiku agar rindu ini reda seketika…

Mengaji bersama puteri kita,
alya.. Miss u abg...
Oh ye.. rasa2 cantik tak layout baruku kali ini.. lama jgk aku tak buat design pd blog ini.. nak kata tak da masa, ada shja masa utkku update FB ku.. mmm…xpala, yg penting aku tersenyum puas dgn layout dn design baru blog ku ini.. dan yg paling2 penting warnanya biru.. warna kesukaan aku dan abg…… oh abg.. ingat tak abg kata sblm kahwin dgn umi, abg suka warna2 lain (mcm2 hijau la,merah la) tapi disebabkan ummi suka warna biru, abg pun jd suka..abg… abg betul2 manjakan aku.. betul2… ku tak pasti bg pasangan suami isteri yg lain, tp bagiku, sjk kahwin smpailah akhir hayatnya dia benar2 manjakan aku,setiap masa. Blh dikatakan setiap kemahuanku semua dituruti..sehinggalah kehembusan nafasnya yg terakhir… ku terfikir patutla dulu abg mencurahkan seluruh kasih sayang dan cintanya padaku dan anak2.. rupa2nya kerana singkatnya waktu Allah pinjamkan dia padaku…

Ha… sedar tak sedar sekejap sahaja lagi habis la cuti seminggu ku.. masa cpt betul berlalu… ingatkan cuti seminggu ni ckup utkku menyelesaikan urusan2 bank, kereta,dan keja2 sekolah.. tnyata ada lg belum dpt kubereskan.. dan ingatkan blh berehat.. tp……. terlalu ‘pack’ cutiku ini.. aku hanya sempat ke bank menyelesaikan ½ urusan ptukaran nama kereta2 abg.. aku juga sempat ke pejabat tanah utk urusan geran rmh mak.. yg lain smua urusan2 kecil mcm pbyran bil2, hantar@jemput alya di sekolah, jumpa ckgunya tntg surat2 sekolah, shopping brg2 dapur.. tu belum masuk urusan2 peribadi adik beradikku yg lain.. kekadg merasa letih dan tak berdaya utk urusan2 ini.. tp apakan daya, segalanya kini terletak di bahuku.. abg, ummi letih..dulu ada abg, dapat juga ummi bertanya itu dan ini.. dpt juga ummi mengadu keletihan ini.. dapat juga ummi merasai pelukan abg utk memujuk ummi yg keletihan.. ya Allah…. Aku rindukan dia ya Allah..smga Engkau selalu menjaga dia untukku ya Allah.. dan memberikan ganjaran terbaik utk dirinya yg amat baik padaku sepanjang Kau pinjamkan dia sebagai suamiku.. ya Allah perkenanlah doaku ini…

"Ku hidup seolah-olah kau masih ada di dunia ini.. Bisikkan kata kepadaku.. walau hakikatnya kau tlh kembali kepada yang Maha Mencipta… Allahu Rabbi teguhkan kesabaranku ini…."


Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hasbunallahu Wani’mal Wakil, Ni’mal Mawla Wani’man Nasir”.

Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung, Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong”.

Sunday, 22 January 2012

Dunia jambatan ke sana...

Bismillah Walhamdulillah was solaatu was salaamu 'alaa nabiyyinaa wa habeebinaa muhammad sollalahu 'alaihi wasallam..

Bermulalah cuti Tahun Baru Cina… cuti seminggu utk sekolahku, Alhamdulillah dapat juga diri ini merehatkan minda dan fizikal ini setelah bertungkus lumus menyelesaikan segala urusan di sekolah dan urusan anak2.. Syukur padaMu ya Allah atas kurniaan kekuatan, kesabaran dan nkmat kesihatan yang tak putus2 buat hambaMu ini.. smga aku jadi hamba yang bersyukur atas segala2 kurniaan2Mu ini…


Tak byk pengisian waktu cuti ini.. tp kalu blh, xingin ku biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa diisi sesuatu yg akan mjadi bekalan buatku di sana nanti, juga hadiah buat kesayanganku di alam sana..insya Allah.. hidup ini singkat sahaja..1 hari akhirat bersamaan 1000 tahun dunia… Allahu akbar… terfikir dlm diri, di tangan manakah bakal diterima kitab amalanku nanti.. akan beratkah timbangan mizan sebelah kanan yg menentukan tempatku di syurgaMu nanti.. cukupkah bekalan dan hitungan amalku utk dibawa ke sana..

“Pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi.”  (al-Haqqah: 18)

Ya Allah kuatkan imanku utk terus berusaha menjadi hambaMU yg bsyukur ats sgla kurniaanMU padaku.. semoga segala ujian dan kedukaanku di dunia ini menjadi jambatan utk aku menuju kenikmatan syurgaMU di SANA.. di alam yg kekal abadi.. ya Allah, seandainya aku layak, gantikanlah derita perpisahanku dgn kekasihku ini dengan syurgaMU.. Allahu akbar..

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.”

Sodaqallahul ‘azim….

Hidup selagi hidup. Jangan mati sebelum mati.

La Hawla Wala Quwwata Illa Billahil 'Aliyyil 'Aziim.......


** Msih terkejut dgn berita kembalinya seorg pnyanyi ke rahmatullah..umur dan waktu kematian sama dgn insan kesygnku.. (6.15ptg).. tumpang sedih...:"( innalillahi wainna ilaihi rooji'un.. 

Saturday, 14 January 2012

Back to School..

Bismillah Walhamdulillah was solaatu was salaamu 'alaa nabiyyinaa wa habeebinaa muhammad sollalahu 'alaihi wasallam..

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh pada sesiapa sahaja yang singgah membaca tulisan dan entri2 ku di sini.. rindu rs utk kembali bercerita di blogku ini setelah sepi sejak sekolah buka 4/1 hari tu.. keletihan menguruskan satu2nya puteriku yang masuk tahun 1 pd thn ni, membuatkan ms utkku ber’FB’ dan ber’blog’ agak terhad.. walau ms bgku bagaikan tdk cukup mengurus segalanya, tp yg peliknya ingatanku pd abg tetap sama.. rindu di hati ttp membara.. mlh mmbuak2 shggakan kdg2 merasa tdk sabar btemu dgnnya di sana meluahkan sgala2nya..Allahu Akbr..

Muka tension kn bangun pagi...
Kembali pada cerita puteriku yg semakin meningkat umurnya ini.. pengalaman mengurusnya memasuki tahun 1 adalah pngalaman baru bagiku.. sgalanya diurus sndiri tanpa bantuan seorg suami.. kulihat ramai para ibu yg dtg dgn suami mereka..gembira skali.. sgt bahagia.. tp aku.. semuanya sndiri.. alya juga rupa2nya merasa ‘rasa’ yg sama..

Alya:umi, napa abi meninggal cepat sgt? Xsmpat nk tgk masuk sekolah..
Umi: (sebak dan cb mnyediakan jwpn sebaik mgkin) ummi ada.. ya belajar elok2, abi msti gembira kat sana…

Allahu Akbar.. kuatkan hati puteriku ini.. hari ptama, awal2 lg sudahku mohon cuti utk meneman anakku di sekolah.. mujur hari ptama kulihat alya xmenangis.. tabah juga puteriku ini.. mcm abinya juga.. segaris senyuman ku ukirkan setiap kali alya memandang padaku melalui tgkap kelasnya.. ummi syg kamu puteriku..

Baru ceria sikit..senyumlah wahai puteriku..
Hari kedua, tpksa kutinggalkan alya setelah menghantar ke kelas pagi itu.. hnya Allah shja yg tahu btapa beratnya perasaanku ketika itu.. kufikir bukan tdk prnah ku tinggalkan alya di tadika dulu.. tapi kali ini perasaannya sgt beda.. aku jd risau.. maklumlah meninggalkan alya di sekolah besar yang muridnya hampir mencecah 2000 org.. Allah.. dlm hati,mahu menyumpah2 rasanya org jabatan yg tdk meluluskan permohonanku utk berpindah.. bila berpindh sekolah,dptlah aku bw alya bsekolah dgnku.. tp tnyata perancangan Allah tlh ditakdirkan bgitu.. mg hatiku lembut utk meredhai segalanya.. biarlah org jabatan tdk mahu menunaikan wasiat terakhr suamiku itu utk alya bersekolah dgnku.. biarlah aku shja yg menunaikan wasiatnya utk mhantar alya di sekolah yg selain dr sekolah methodistku itu… doaku cuma satu, agar alya dpt menyesuaikan diri secepatnya.. ya Allah bantulah hambaMu ini..

Makan di kantin..
Dalam pada ksibukanku di sekolah, mengurus puteriku ini.. aku diuji lg dgn beberapa ujian dr keluarga sndiri.. sejujurnya aku sndiri tdk mampu menghadapi semuanya, kerana dulu ada abg di sampingku.. setiap kali bedpan dgn mslah ini, akan ku peluk abg.. terasa hlg semuanya… leganya hati.. lapangnya fikiran.. namun skrg, aku sndiri tdk tahu..kuatkah aku hadapi semuanya.. menangis dan terus menangis.. tdk tahu kemana lagi mau ku bawa hati yang terluka ini.. ya Allah, aku tahu ujian2 ini tnda kasihMu pada ku… aku cuba utk bersabar… aku cuba utk terus bertahan.. cuba utk kuat…

Ya Allah hanya padaMu tpt ku mohon segalanya..ku panjatkan doa dan harapan hanya  padaMu.. ku sandarkan segalanya padaMu ya Robb… moga Kau sentiasa membimbingku dalam menghadapi mehnah dan ujian2Mu ini..

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta


detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMU..


Hasbunallah hu wani’mal wakil
Cukuplah Allah bagiku

Monday, 2 January 2012

Teman Setangisan..

Pelik sikit tajuk entriku kali ini.. entah.. buntu nak fikir tajuknya... hari ini 01.01.2012..hari pertama dalam tahun baru 2012.. tiada yang istimewanya hari ini..biasa saja.. bezanya cuma keadaan jalan raya yg agak sibuk.. maklumlah hari cuti am.. agaknya ibubapa sibuk membeli kelengkpan perskolahan anak2.. sibuk membawa anak2 dn keluarga berjalan2 di tpt2 peranginan..

Aku juga tidak ketinggalan membawa anak2 berjalan menikmati keindahan alam ciptaan Allah yang Maha Berkuasa.. hari ini, destinasiku adalah Pasir Panjang, Port Dickson.. bukanlah nawaitu semata2 utk membawa anak2 melihat dn bermain di pantai, tapi nawaitu utama musafirku hari ini adalah utk menziarahi seorang teman, kak Nor yang pernah bersamaku di PPUM 8 bln yang lalu..

8 bulan yang lalu, Kak Nor dan suaminya datang ke PPUM kerana suaminya juga mengalami bengkak seperti yang dihidapi suamiku.. bezanya, suamiku bengkak di paha kaki kanan, manakala suaminya bengkak di tangan kiri.. kami duduk dalam wad yang sama dan bilik yang sama.. bilik kami itu hanya menempatkan 2 org pesakit dan katil kami sebelah menyebelah.. aku rapat sekali dengannya kerana kami selalu bkongsi masalah dan mengalirkan air mata bersama-sama.. takdir Allah yang merapatkan kami di saat doktor mengesahkan penyakit suamiku sama dgn suaminya..  

Akhir ptemuan kami ialah pada pertengahan bulan 4 tahun lps selepas kak nor dan suaminya dibenarkan dktor utk berehat di rumah.. selang sebulan selepas itu (bulan 5), kami pun dibenarkan dktor utk pulang.. dan takdir Allah juga pada 15/5 tahun lepas, suamiku telah PULANG ke pangkuan Yang Esa buat selama2nya.. setelah 3 minggu, aku kehilangan abg, baru aku ada kekuatan menelefon dan memberi pengkhabaran sedih ini padanya.. aku ingat lagi, responnya apabila menerima berita sedihku ini.. "Allah, ye ke dik.. sabar ye.. akak dan abg pon tumpang sedih ni.. akak dah kenal adik dan ali.. dah rapat benar rasanya.. tak sangka kan.." aku juga ketika itu, tdk lupa menanyakan tentang kesihatan suaminya.. "Alhamdulillah abg sihat dah dik..alhamdulillah sgt.. beza sgt la dari sebelum operate tu.." Aku melafazkan syukur bila mendengar berita gembiranya itu..

Setelah itu, jarang aku menelefonnya atas sebab emosiku juga kurang stabil dan banyak urusan yang perlu diselesaikan.. sampailah suatu hari 16/12 hari tu, aku menerima panggilan darinya.. "Dik, abg dah meninggal dah dik.." Allah.. aku sebak.. dapat bayangkan remuknya hatinya seperti hatiku dulu di saat menghadapi kenyataan yang pahit ini.."Ya Allah kak, bila?".. "dah sebulan dah dik.. maaflah akak bagitau kau lambat, akak dah tak ingat apa masa tu.. fikiran melayang2, tak tau nak fikir apa masa tu.." ye kak nor, aku sangat memahami perasaan itu.... di saat berhadapan dgn situasi2 itu, mata berkaca2.. bibir bergetap menahan tangisan yang berat.. mata saja terbuka tapi segala pandangan terhadap dunia dan seisinya terasa tiada makna... sangat memahami.. Allah, berilah kekuatan padanya... amin....

Mengimbau kembali kenangan manis (manis ke di hospital?? entahlah..) bersamanya dan arwah suaminya membuat hati ini rasa sayu dan rindu yang teramat sangat pada abg.. ingat lagi, betapa terhutang budinya aku pada dia dan arwah suaminya kerana sudi menjaga dan memerhatikan abg sekejap utk aku pulang menjenguk Fawwaz yang ketika itu selalu menangis rindukan umminya.. aku pulang dengan bas pada jam 9 pagi, dan balik semula ke PPUM pada pukul 10 malam.. semata2 utk menjenguk Fawwaz dan mhilangkan seketika rindu si kecil itu padaku..  kak nor dan suaminya lah yg membantu abg utk bgerak malah byk lagi jasanya pada kami melebihi apa yg adik beradik kami lakukan pada kami.. Allah...membuka kembali SMS yang abg kirim padaku pada hari aku tinggalkan abg tu..


 - "DAH SAMPAI MANA? MISI DAH DTG.."

- "B SYG CINTA MI SORG JA.. UCU..."

- "DAH SAMPAI RMH?DRESSING DH SIAP ADA SKT LG DARAH KUAR.."


- "MCM MN FAWWAZ? MISI DTG NK DRESSG LAGI"
  
- "KJP JA DIA DRSG DAH SIAP, ABG NI ASYIK DOK TNYA B, 'LI NK KNCING?' HIHI MALU PLK DEN, MAN NK DTG TP XTAU KUL BRP.." (‘abg’ tu merujuk pada suami kak nor yang sakit2 pun msh membantu abg..)

- "INSYALLAH SM2 KITA DOA..SYG UCU..."

Allah, sebak membaca kembali hampir 20 mesej2nya ini hr itu.. juga mengingatkan tangisannya bila aku mencium tangan dan memeluknya seblm bertolak balik ke n9 masa tu.. Allah.. abg..... betapa aku rindukan dia.. sdgkan berpisah 13 jam masa aku balik tu pun, kami bermesej2 meluahkan kerinduan masing2, inilah pula sudah hampir 8 bulan aku kehlgn dia.. Allah...Allah...hanya kkuatan dariNYA saja yg membuatkan aku dpt bertahan mhadapi sgala ujian slps khilangan abg...

Buat kak nor, semoga Kak Nor dan semua teman setangisanku redha atas segala qadak dan qadarNya pada kita.. redhailah pemergian abg.. Ketahuilah  abg pergi kerana amanahnya sbg khalifah di muka bumi telah selesai. Dia sudah menepati perjanjian seorang hmba dengan Penciptanya... Kita ini yang masih hidup, juga akan kembali pada Allah seperti dia jua. Entah bila, entah bagaimana dan entah di mana… telanlah segala derita di dunia ini utk menghirup secangkir kebahagian di sana nanti.. itulah janji Allah untuk hamba2Nya yang bersabar dan beriman padaNya..

Ya Allah, sesungguhnya kami sedar semua yang berlaku adalah ujian dari MU utk meningkatkan ketaqwaan kami pada Mu.. Kami pohon ya Allah agar Engkau menetapkan iman dalam hati2 kami. Ya Allah, kami mohon ajarkan kami erti kesabaran dan hikmah di sebalik ujian2Mu pada kami agar kami terdidik menjadi hamba-Mu yang bersyukur. Sesungguhnya hanya Engkaulah tempat kami memohon segalanya...Amin....

"Innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji'un, Allahumma la ya'tii bilhasanati illa anta wa laa yadzhabu bissayyi-aati illaa anta, wa laa haula wa laa quwwata illabillah"
  
Sesungguhnya kami adalah milik Allah & kpdNya kami kembali. Ya Allah, tiada yg bisa mendatangkan kebaikan selainMu & tiada yg bisa mendatangkan keburukan selainMu. Tiada daya & upaya kecuali hanya Allah…"

Al-Fatihah utk suaminya dan mereka (kekasih hatiku dan kekasih hati sahabat2 yang senasib denganku..)

** Malam tadi abg hadir lagi dalam mimpiku.. abg, ummi rindukan abg... gembiranya hati bila dapat melihat abg dalam mimpi semalam.. tak ingat content mimpi itu, cuma mgkn abg nak ucap selamat tahun baru dan memberi semangat padaku utk menempuh hari2 baru yg bakal menjelang... abg, miss u a lot.. love u my SOUL MATE...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...