Monday, 5 August 2013

Ramadhan bulan Tarbiyah: Siri 1

Bismillahi walhamdulillah..Allahumma solli ‘ala saiyidina Muhammad wa ‘ala aali Muhammad..

Syukur masih terus bernafas menikmati keberkatan Ramadhan yang masih berbaki.. sedar x sedar hanya tinggal 2 hari sahaja lagi sblm Ramadhan pergi meninggalkan kita.. Allah.. semoga masih ada kesempatan lagi untuk bertemu Ramadhan yang akan datang..

Baru hari ini, ada kelapangan sedikit mencoret catatan2 dan kisah2 sepanjang Ramadhan yang saya lalui.. usai solat subuh tadi, selesai menamatkan juzuk 25 terus saya mencapai lappy saya ini.. cuba untuk tidak melayan rasa mengantuk kesan berjaga smlm dengan membiarkan jemari saya ini menari2 di atas papan kekunci ini.. moga pagi yang hening ini dapat saya siapkan satu entry yang mudah2an memberi manfaat pada yang sudi membaca walaupun ia hanyalahsecebis pengalaman dan kisah insan biasa seperti saya..

Hari demi hari mengharungi Ramadhan kali ini tidaklah sesayu perasaan saya pada Ramadhan yang lepas2.. Alhamdulillah dengan kekuatan yang Allah letakkan dalam diri, saya melangkah perlahan2 menongkah arus dan ujian dalam hidup ini.. walaupun kadang2 rebah terduduk dengan ujian yang datang namun saya akan cuba pastikan supaya diri ini tidak tersungkur demi anak2 tersayang..

Seperti tahun2 lalu, Ramadhan adalah bulan ujian untuk saya.. minggu lepas sahaja, 4 siri ujian yang terpaksa dilalui.. Allah.. mengharapkan hanya kekuatan dalam diri, tidak mungkin saya dapat lalui semuanya.. Alhamdulillah Allah kirimkan teman2 dan sahabat2 yang sudi menemani saya, memberi smgt dan menitipkan doa yg xputus2 buat saya dan anak2..

Pada 27 Julai yang lalu, saya sempat berkongsi kegembiraan seorang sahabat baik (yang telah menulis WARKAH berharga untuk saya suatu ketika dulu) Sahabat saya, Noor Azma Mohd Khassim telah menjadi seorang penulis!! Allah.. Allah… hebatnya sahabat saya ni.. kehebatan yang memang telah terserlah sejak saya mengenalinya 12 tahun yang lalu.. saya pulak yang terasa sebak dan menitis air mata melihat dia berdiri sebaris dengan Prof M. Kamil Ibrahim dan 3 lagi penulis lain semasa melancarkan buku “Kehidupan Ringkas tetapi Signifikan”.. kekadang rasa bangga mengenali dan bersahabat dengannya.. moga2 jadi motivasi utk saya menghasilkan buku saya pula.. mmm.. in Sha Allah… :)

ok.... masa untuk membuat kuih raya pula.. bersambung dalam siri 2 pulak ye.. in Sha Allah.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...