Alhamdulillah masih diberi kelapangan masa oleh Allah untuk
menyambung coretanku yang terdahulu… mmm.. nak kata saya sibuk sangat.. tidak la.. ada juga masa utk makan,
bermain dgn anak2, tido… entah.. mgkin masa untk ber’blog’ saja yang agak
terhad kerana bagi orang seperti saya yang memerlukan masa yang tenang utk
berfikir tercari2 waktu yang sesuai itu utk terus mencoret kisah hidup sy di
dalam blog ini.. sekadar ingin berkongsi.. bagi saya, bila separuh dari semua
yang terpendam dalam hati dan fikiran saya diluahkan di dalam blog ini, kala
itu saya merasa sedikit lega.. dan separuh lagi yang agak berat saya luahkan pada bacaan
umum di blog, sy simpan dan luahkan semuanya pada satu2nya yang Maha Mengerti
hati dan perasaan saya…
Tidak dapat saya luahkan kekalutan saya menerima kejutan
budaya kerja di sekolah baru saya.. agak berlainan daripada 2 sekolah yang
pernah saya berkhidmat dulu.. begitu berlainan… tidak ada pilihan lain, saya cuma
mampu berdoa memohon kekuatan, kesabaran dan kesihatan olehNya utk terus saya
menabur bakti mendidik anak2 murid saya… Allah.. berikanku kekuatan.. tiada
daya dan kemampuanku selain dari kekuatan yang telah Kau pinjamkan pada diriku
ini…
| Tempat kami berjalan2 beriringan bersama anak2 untuk ke pantai berhadapan rumah.. |
| Nak balik dah.. Fawwaz masih demam... |
Dan setelah kembali dari Sabah itu, saya mendapat sedikit
kekuatan untuk memulakan khidmat dan amanah saya di sekolah baru saya… seminggu
selepas itu, saya mencuri masa untuk balik ke kedah.. sedikit urusan perlu saya
selesaikan di samping menziarahi ‘dia’ di sana… kali ini, pemergian saya ke sana tanpa ditemani anak2 kerana bimbangkan keadaan kesihatan fawwaz yang kurang
stabil… setelah urusan saya selesai, saya telah mengajak adik ipar untuk ke pusaranya..
agak sebak juga hati ini tika sampainya di sana.. namun saya cuba beristighfar
dan berdoa agar Allah terus memberi kekuatan pada saya.. alhamdulillah setelah setahun pemergian dia, baru kali ini
saya dapat membaca yasin, berdoa, bertahlil tanpa suara yang tersekat2 dan titisan
air mata…syukur.. setelah itu, saya membersihkan daun2 kering di atas pusaranya..menyapu2
di sekelilingnya, membetulkan batu bata di sekeliling rumahnya itu sambil dalam
hati berbisik2 meluahkan segalanya pada dia…
“Assalamualaikum abang, ummi dah dapat tukar
sekolah.. ummi dapat sekolah sama dengan alya.. abang mesti suka kan.. ummi
akan dapat menjaga alya di rumah dan di sekolah sebagaimana yang abang pesan
pada ummi dulu..abang, ummi akan berangkat ke tanah suci tak lama lagi.. ummi
rindu sangat untuk ke sana… ummi teringin ke sana bersama abang.. namun tidak
kesampaian.. insya Allah ummi akan ke sana membawa hasrat dan impian kita dulu…
dan insya Allah juga, di depan Kaabah dan di Raudhah nanti akan ummi kirimkan doa2
ummi buat abang dan salam kepada baginda Rasulullah s.a.w bagi pihak abang..
insya Allah..abang, ummi akan berdoa agar Allah mencucuri rahmat ke atas roh
abang dan menempatkan abang di kalangan roh para solihin dan muqarrabin.. Dan semoga
Allah menyatukan kembali cinta kita bersama anak2 di sana nanti.. di syurgaNya
insya Allah…. Sayang, ummi balik dulu.. nanti ummi datang bawa anak2 pula... abang berehat dengan tenang dan aman di sana, ummi yakin Allah akan jaga abang di sana dan pelihara ummi dan anak2 di dunia ini.... ”
Dan hari ini, saya merasa sedikit lega kerana urusan
penukaran nama kereta kesayangan abang telah selesai… seperti saya mendapat
kembali kekuatan pabila melihat dan merenung kereta wiranya ini… pulang dari
sekolah, merenung kereta itu, seolah2 merasakan dia sedang menunggu saya di
dalam rumah.. Allah.. xmampu saya tepis perasaan rindu yang maha tebal ini
padanya..
‘Ala kulli haal.. sesungguhnya perancangan hidup seorang insan
yang lemah seperti saya adalah aturan Dia yang Maha Kuasa… semoga hati ini akan
terus bersyukur dengan apa yang telah Allah tentukan buat saya.. terjumpa kata-kata
dari sebuah blog:
Hidup itu kembarnya ujian..
Datang dan datang tanpa perhentian,
Hanya dengan keimanan,
Kau mampu bertahan,
Jangan kau jatuh hari ini,
Kerna hanya selepas mati,
Hanya dengan keimanan,
Kau mampu bertahan,
Jangan kau jatuh hari ini,
Kerna hanya selepas mati,
Baru ujian terhenti.
Semoga rahmat dan hidayah Allah sentiasa menemani saya di sepanjang perjalanan sepi ku di dunia ini tanpa kamu wahai suamiku yang amat kucintai... al-fatihah.......
Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah…
