Bertautlah bercambahlah cinta.. Mengharum dalam jiwa.. Menemukan kerinduan syahdu.. Pada yang Maha Esa... Sutera kasih membelai.. Membalut kelukaan itu.. Sutera kasih melambai.. Mengisi kekosongan pengharapan.... Rela pasrahkan kehidupan... Mengharungi cabaran... Rintangan perjalanan di hadapan.. Doa dan titis air mata.. Mendamba sutera kasih.. Agar terus bersemi selamanya... Mohon kekuatan dari-Mu ya Allah..meneruskan hidup ini tanpa dia yg amat aku cintai..
Friday, 8 July 2011
Taman seribu kenangan dengan abang...
Terima kasih sahabatku atas nukilanmu utkku..
Pae, biarkan air mata itu gugur kerana sudah lama ia terpendam tersimpan. Andai kau menangis kerana kehilangan kekasihmu, ketahuilah tidak lama lagi kita semua pasti menyusuli dia. Kalian akan bertemu dan berkumpul lagi di dalam kehidupan abadi.Andai kau tangisi keperitan dan penderitaannya, ketahuilah dia kini sedang tersenyum gembira. Dia sedang berehat di taman syurga. Telah terlepas dari jeriji besi penjara dunia.
Andai kau tangisi anak-anak yang kehilangan bapa, bergembiralah Pae, mereka kini dalam jaminan Dia. Tiadalah jaminan sebaik jaminan-Nya. Anak-anak yatim dicintai Allah dan RasulNya. Aliya dan Fauwaz telah meningkat tinggi darjat mereka di kalangan sekalian anak kerana mereka telah bersabar sebagaimana Ali dan Pae bersabar. Bukankah Baginda SAW dahulu yatim juga.
Sahabatku Pae,
Teruskanlah langkahmu, ukirkan senyuman, meskipun ia pahit perit. Senyumlah kepada kesedihan, kehilangan, kerinduan, kerana dikau akan dapati semua itu akan kembali tersenyum kepadamu. Segala musibah yang berat besar menggunung kau akan dapati ia mengecil dan terus kecil.
Terbuktilah sudah kepada dirimu bahawa dunia ini tiada apa, hanya akhirat janji kita. Berbahagialah pae, kerana engkau isteri solehah, engkau ibu yang tabah. Tiadalah Allah itu memungkiri janji.
Pae,
Pernah kau bisikkan kepadaku, kau ada tikanya teguh berdiri, ada tikanya kau terduduk rebah. Benar, kerana kita hanyalah hamba. Di hadapan kita taqdir yang tidak terduga. Yang kita ada hanya doa dan redha.
Ku ulangi, dunia ini dewan ujian, bagi membezakan iman siapakah laksana Abu Bakar dan siapa pula Abu Jahal. Dirimu dan Ali kini berkilauan laksana berlian permata yang ditekan dan ditekan namun aku ini masih umpama arang tiada nilai tiada ditekan.
Sahabat, selagi hayat dikandung badan insya Allah kami akan terus menyokongmu. Senyumlah wahai sahabat sebagaimana senyumanmu dahulu walau ia kaku.
Ketahuilah, janji sebenar Pae dan Ali bukan di sini, tetapi di sana nanti. Bersabarlah sudah tidak lama, sebentar sahaja lagi. Dunia ini hanya sekelip mata. Kalian tidak pun terpisah jauh, hanya sehelai tirai memisahkan dunia dan barzakh. Tersingkap tirai itu Pae akan bertemu kembali kekasih hati.
Pae,
Sekiranya senyuman mu bersulam air mata, biarkanlah kerana kau hanyalah perempuan. Ku doakan dari kejauhan, moga kau sentiasa di dalam pelukan rahmat dan kasihan belas Allah. Semoga Allah memelihara kalian sekeluarga.
Jagalah diri baik-baik. Doa kami sentiasa untuk kalian.
Al-Fatihah.
http://albazrah.blogspot.com/
Renungan buatku..
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud," Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga." Riwayat Bukhari..Ya Allah,berikan kekuatan padaku..amin..
Subscribe to:
Posts (Atom)





