Bismillah Walhamdulillah was solaatu was salaamu 'alaa
nabiyyinaa wa habeebinaa muhammad sollalahu 'alaihi wasallam..
[1] Apabila berlaku hari kiamat itu,
[2] Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
[3] Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang
ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).
[4](Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan
sebenar-benar goncangan.
[5] Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan
selebur-leburnya,
[6] Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,
[7] Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan
keadaannya);
[8] Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan
puak pihak kanan itu?
[9] Dan puak pihak kiri; – alangkah seksanya keadaan puak
pihak kiri itu?
[10] Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang
telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), – yang akan mendahului
(mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
[11] Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi
Allah),
[12] (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh
nikmat.
[13] (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat
manusia yang terdahulu;
[14] Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang
kemudian
Allahu Akbar… sesekali mentadabbur dalam2 setiap ayat
pada Kalam Suci Allah ini…rasa menusuk terus dalam hati… Pagi yang hening ini,
terasa sangat syahdu… membaca surah kegemaran suamiku ini benar2 mendamaikan
jiwa… dulu, selesai subuh pasti surah Al-Waqia’h ini yang dibacanya.. dan
isterinya ini, kdg2 mengikuti bacaannya.. dan kadang2 aku hanya melabuhkan
kepalanya di ribaannya mendengarkan bacaannya.. Allah.. rindunya aku pada saat2
itu… Moga setiap huruf yang dibacanya dulu menjadi peneman dan cahaya untuknya
di alam sana.. amin…
Dan pagi ini slesai membaca surah aku amati satu persatu
maksud dan terjemahan ayat2 dlm surah ini.. Allah.. bgenang air mataku.. Dari kisah berlakunya peristiwa besar Hari
Qiyamat hinggalah ke pembalasan utk umat manusia.. dari segi nikmat di syurga bagi
yang beriman.. juga seksa dalam api neraka bagi yang mendustakan agamaNya
(Nauzubillahi min zalik)… dan sampai ke ayat ini.. sebaknya rasa hati…
Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa)
kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat
dikalahkan atau dilemahkan; (Ayat 60)
Allah.. amat kerdilnya aku di bumi Allah ini… hati kdg2
lalai padaMU dek melayan kerinduan pd kekasihku… akal kdg2 terlanjur
mempersoalkan setiap ujian dariMu.. lantas menidakkan kebenaran ayat2
dari kitabMu.. Allah… Kekalkanlah sifat redha dan letakkan kekuatan dalam hatiku
dan akalku ini… Dan padaMu ya Allah ku rafa’kan doa dalam munajatku… Semoga suamiku
berada dalam golongan al-Muqarrabiin yang akan beroleh rehat
kesenangan dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.juga
dari puak kanan (ashabul Yamin) maka (akan
dikatakan kepadanya): “Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari
puak kanan” (Ayat 89-91).. Allahu Allah...
Subhanallah… Katakanlah "Sodaqallah" (Benarlah
apa yang difirmankan oleh Allah). ..
Usai membaca al-quran.. termenung seketika.. memikirkan kesibukan
diri akhir2 ini.. tidak sempat meluangkan masa sedikit untuk diri sendiri…
masaku banyak ku habiskan untuk kebahagiaan orang lain.. menyelesaikan urusan
orang tanpa memikirkan diri sendiri yang kadang-kadang memberontak di dalam…
Allah.. hidup seorang ibu tunggal.. bukanlah mudah.. banyak perkara perlu ku
korbankan demi melihat kebahagiaan dan kesenangan orang lain… natijahnya, hati
sering menangis sendiri…
Tapi, sekarang sudah pandai juga diri memujuk hati yg
sering menangis ini.. setelah 6 bulan lebih pemergiaan abg, barulah ku rasa
sedikit demi sedikit kekuatan dalam diri.. walau ku akui masih belum terlalu kuat
untuk menjadi seperti dulu.. senyumku juga masih tidak seceria dulu.. dan ku rasa
mustahil utk kembali ceria sperti dulu.. belum cukup kuat bila mendengar orang
bercerita perihal kematian di mana2, masih juga aku teringat pada abg.. aku
juga masih belum kuat utk membahasakan diri abg sebagai ‘arwah’… janggal benar
kurasa.. apalagi bila orang membahasakan
perkataan ‘arwah’ itu utk merujuk pada abg.. masih lagi ku rasa sedih…
Tak apalah, mungkin aku perlu masa lagi untuk menyulam
ketabahan dalam diri ini.. setengah tahun ini mungkin belum cukup.. ada
sahabatku yang mengalami takdir yang sama, walaupun sudah lebih 2 tahun masih
lagi belum kuat sepenuhnya.. apatah lagi aku… sabarlah wahai hati.. apa-apa pun
aku tetap bersyukur padaNya kerana DIA lah sumber kekuatan ku kini.. Pada Nya
lah tempat aku meluahkan segala bebanan dalam hati dan kekalutan dalam
fikiran.... Masya Allah…
Tidak ku sedari matahari sudah mula menjengahkan diri.. mengucapkan
selamat tinggal buat bulan yang setia menerangi suasana malam… rasanya aku
harus merehatkan diri sebentar.. kerana pagi ini aku akan ‘bermusafir’ ke Bangi
untuk mengambil anakku yang mengikut Mak Ngahnya ke Cameron Highlands… mg2
Allah selamatkan perjalanan kami...
La Hawla Wala Quwwata Illah Billahil 'Aliyyil 'Aziim.......

