Sunday, 1 July 2012

Kembara Dunia Menuju Akhirat


Bismillah Walhamdulillah was solaatu was salaamu 'alaa nabiyyinaa wa habeebinaa muhammad sollalahu 'alaihi wasallam..

umifawwaz
Di terminal haji, Airport Jeddah...senyum puas kerana hajat tercapai...
Alhamdulillah.. Hamdan wassyukrulillah.. 25 Mei yang lepas saya telah meninggalkan bumi Malaysia dan berlepas ke bumi mulia Mekah dan Madinah..rasa bersyukur kerana hasrat saya utk menunaikan umrah telah dimakbulkan olehNya…gembira..sebak silih berganti kerana jauh di lubuk hati saya, tentulah saya ingin ke sana bersama dia..tapi Allah lebih menyayangi dia..utk mengurangkan rasa sedih  ini, saya bawa juga baju,kopiah dan gambar dia menemani saya..walaupun zahir saya masih lemah kerana masih demam, namun minda dan semangat saya kuatkan utk ke sana..semoga smuanya akan dipermudahkan…



Hotel kami di Madinah..200 meter dari Masjid Nabawi..
Saya ditemani kakak dan abang ipar..sebetulnya kami akan berada satu rombngan dgn pak su dan maksu.. namun, takdir Allah, flght kami tdk sama..jd kami akan bertolak dulu dan akan berjumpa di sana semasa ziarah..perjalanan kami bermula pada jam 5.40ptg (25/5) di KLIA..KL-HK…kenapa Hong Kong? Bukan Jeddah…ini adalah kerana kami akan transit di HK sebelum berlepas ke Jeddah keesokan harinya..merasa jugaklah berada di HK wpun hanya di airportnya saja.. kami sampai di HK pada jam 9.30 malam.. flgt seterusnya ke Jeddah ialah pada jam 1.30pagi..dijadualkan sampai ke Jeddah jam 12.30 tengahari..


Sesampainya di Jeddah, kami dikejutkan dengan berita kematian ayah mertua kepada Mutawif kami.. Ayah mertua ustz mengalami kemalangan semasa perjalanan pulang dari mengangkut barang2 jemaah kami dari Kedah ke KLIA..smoga rohnya dicucuri rahmat dan mendapat pahala syahid kerana membantu para jemaah utk ke umrah..itu ujian pertama yang kami hdapi di sana..ujian kedua sblm kami meneruskan perjalanan ke Madinah ialah, seorg dari jemaah hilang di airport.. sejam lebih mencari barulah berjumpa.. Robbi yassir wala tu’assir….smga Allah permudahkan segalanya..

Sampai di Madinah jam 6.30petang …pembahagian bilik dan makan malam.. terus ke Masjid Nabawi yang dirindui utk bersolat maghrib dan isyak.. melihat sahaja masjid nabi ini, sebaknya rasa hati.. Melangkah masuk sahaja, ingin menitis air mata menahan sebak.. Allah… bersyukurnya dapat menziarahi masjid nabiMu ini dan makam Rasulullah yng mulia…

masih demam…namun tetap gagahkan diri merebut peluang bersolat dan briktikaf di masjid nabi.. hanya 1 solat zohor saya terpaksa menguzurkan diri dek demam yang melanda sehingga mengigil2.. dalam keadaan begitu, hanya 3 kali sahaja peluang yang dapat direbut utk memasuki raudhah, tempat makam Nabi dan tempat mustajabnya doa.. pengalaman memasuki raudhah amat tidak dapat saya lupakan.. memasuki Raudhah bagi kaum wanita bukanlah mudah..memerlukan semangat yang kuat kerana ia memerlukan tekad yang kuat utk bersembahyg dan berdoa di sana.. ini kerana tempat yang dikhususkan pada wanita amatlah terhad dan bagi saya kecil berbanding dengan jumlah jemaah yang ramai yang berebut2 utk memasukinya.. alhamdulillah..dapat juga saya peluang ini…

di Madinah juga, kami dibawa melawat ke Masjid Quba’, jabal Uhud, Ladang kurma, tempat percetakan al-Quran dan pasar kurma. Setelah berada di Madinah selama 5 hari, kami  bertolak ke Makkah jam 3 petang 30/5 itu.. perjalananan ke Makkah mengambil masa hampir 8 jam termasuk berhenti di Bir ‘Ali utk niat umrah.. (huhu..sedihnya sebut nama masjid ni..mengingatkan aku pada empunya nama insan kesayanganku itu..:(


Paksu, maksu, saya, kakak dan abg ipar di hadapan masjidil haram
sampai di Makkah jam 11.30 malam.. pbahagian bilik, letak beg dan terus melakukan tawaf qudum.. ada jemaah yang tidur dulu dan melakukan tawaf qudum keesokan paginya..tapi bagi kami (saya, kakak dan abg ipar) lebih selesa menyelesaikan terus twaf qudum ini dulu.. maka pergilah kami melangkah masuk ke Masjidl Haram..kesekian kalinya diberi peluang oleh Allah utk melihat baitullah benar2 menyentuh hatiku…ya Allah… kuatkanlah hatiku ini.. permudahkan segala urusanku.. aku ingin menympurnakan umrah utk diriku dan suamiku yang kusayangi.…Alhamdulillah selesai tawaf qudum pada jam 3 pagi.. duduk di masjid sehingga masuk waktu subuh pada jam 4 pagi..

di Makkah, banyak masa diberi oleh Mutawwif utk kami melakukan umrah secara sendiri di samping ziarah di Jabal Rhmah, tempat2 Haji – Mina, Mudzalifah, Jabal Tsur, Jabal Nur dan Ladang unta... Alhamdulillah dengan peluang dari Allah ini, dapat saya menyempurnakan umrah2 utk diri saya dan umrah utk sang kekasih yang dirindui.. semoga pahala ini sampai padanya di alam sana.. semoga dia bahagia di sana.. sejahtera dan tenang..amin... Abg ipar saya awal2 telah berpesan agar banyak berdoa di sini dan melihat ka'abah yang mulia ini.. inilah yang saya selalu buat.. seusai solat, saya selalu membawa al-Quran dan membacanya di depan kaabah di samping doa semoga saya selalu ada kekuatan dalam kehidupan ini..

hari terakhir di Makkah, bertambah sebak rasa hati ini utk meninggalkan kaabah dan bumi makkah.. satu pengalaman yang tdk mungkin saya lupakan dalam umrah saya kali ini ialah peristiwa mengucup hajarul aswad.. kalu blh saya tidak mahu melepaskan peluang utk mengucup hajarul aswad.. kalau dilihat dari jauh, kelihatan agak mustahil wanita utk mengucupnya memandangkan ramai jemaah lelaki yang berebut utk mengucupnya.. saya benar2 berdoa agar diberi peluang sebelum saya balik ke tanah air keesokan harinya.. saya berjalan menuju ke Baitullah dan Hajarul Aswad.. mulut tak henti2 membaca doa “Rabbi yassir wala tu’assir, Rabbi Atmim bil khair..” sambil tangan memegang2 multazam dan kelambu kaabah.. menyelit punya menyelit, sedar tak sedar hajarul Aswad berada di hadapan muka saya.. Alhamdulillah, saya diberi peluang buat kali kedua mengucup hajarul aswad selepas umrah yang pertama tahun 1993.


semasa kenduri Nasi Mandy yg diadakan oleh Mutawwif
Tanpa membuang masa, saya mengucupnya tidak henti2..tibe2 hati terdetik, mana pergi orang yang bertolak2 utk mengucupnya td.. selesai mngucupnya, saya berpaling utk keluar…terkejutnya bila melihat lautan manusia yg bertolak2 utk mengucup hajarul aswad.. dengan keadaan yg payah, saya menyelit2 utk keluar.. tiba2 saya terjatuh akibat ditolak.. hampir dipijak membuatkan saya menjerit Allahu Akbar.Takdir Allah, seorang jemaah lelaki yang berkulit putih dan berbadan besar menarik tangan saya sehingga saya dapat berdiri.. namun, saya masih gagal keluar dari celah2 jemaah yang berpusu2 utk menuju ke hajarul aswad.. tiba2 saya ternampak kelibat lelaki yang menarik tangan saya tadi lantas menarik bucu kain ihramnya shingga saya dpat keluar ke tempat yang lapang.. saya mencari2 lelaki itu tapi gagal menemuinya..dalam hati, mungkin malaikat yang Allah hantar utk menyelamatkan nyawa saya.. dalam keadaan lutut yg terketar2 dan tubuh yang menggigil, saya berdiri tegak di hadapan multazam dan berdoa sambil menangis semahu2nya… dalam hati bersyukur kerana Allah beri saya kesempatan utk mengucup hajarul aswad… Allahu Akbar..

Berakhirlah kembara dunia saya di Makkah dan Madinah menuju keredhaanNya di tempat yang abadi iaitu di akhirat sana.. smoga kembara dunia menuju akhirat saya pada kali ini diterima Allah sebagai Umrah yang Mabrurah.. dan semoga Allah beri saya peluang utk menjadi tetamuNya lagi dalam siri2 umrah yg akan datang dan juga haji yan wajib ke atas diri saya nanti.. Allah.. aku rindu utk menjadi tetamu di baitullahMu dan Makam KekasihMu…. Dan semoga ALlah menerima doa2 saya di sana dan semoga pahala umrah yang saya hadiahkan buat suami yang amat saya cintai dapat membahagiakn dia di sana... Kabulkan doa2ku ini ya Allah……. Amin……..

Labbaikallahumma Labbaik……
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...