Pelik sikit tajuk entriku kali ini.. entah.. buntu nak fikir
tajuknya... hari ini 01.01.2012..hari pertama dalam tahun baru 2012.. tiada
yang istimewanya hari ini..biasa saja.. bezanya cuma keadaan jalan raya yg agak
sibuk.. maklumlah hari cuti am.. agaknya ibubapa sibuk membeli kelengkpan
perskolahan anak2.. sibuk membawa anak2 dn keluarga berjalan2 di tpt2
peranginan..
Aku juga tidak ketinggalan membawa anak2 berjalan menikmati
keindahan alam ciptaan Allah yang Maha Berkuasa.. hari ini, destinasiku adalah
Pasir Panjang, Port Dickson.. bukanlah nawaitu semata2 utk membawa anak2
melihat dn bermain di pantai, tapi nawaitu utama musafirku hari ini adalah utk
menziarahi seorang teman, kak Nor yang pernah bersamaku di PPUM 8 bln yang
lalu..
8 bulan yang lalu, Kak Nor dan suaminya datang ke PPUM
kerana suaminya juga mengalami bengkak seperti yang dihidapi suamiku.. bezanya,
suamiku bengkak di paha kaki kanan, manakala suaminya bengkak di tangan kiri..
kami duduk dalam wad yang sama dan bilik yang sama.. bilik kami itu hanya
menempatkan 2 org pesakit dan katil kami sebelah menyebelah.. aku rapat sekali
dengannya kerana kami selalu bkongsi masalah dan mengalirkan air mata
bersama-sama.. takdir Allah yang merapatkan kami di saat doktor mengesahkan
penyakit suamiku sama dgn suaminya..
Akhir ptemuan kami ialah pada pertengahan bulan 4 tahun lps
selepas kak nor dan suaminya dibenarkan dktor utk berehat di rumah.. selang
sebulan selepas itu (bulan 5), kami pun dibenarkan dktor utk pulang.. dan
takdir Allah juga pada 15/5 tahun lepas, suamiku telah PULANG ke pangkuan Yang
Esa buat selama2nya.. setelah 3 minggu, aku kehilangan abg, baru aku ada
kekuatan menelefon dan memberi pengkhabaran sedih ini padanya.. aku ingat lagi,
responnya apabila menerima berita sedihku ini.. "Allah, ye ke dik.. sabar
ye.. akak dan abg pon tumpang sedih ni.. akak dah kenal adik dan ali.. dah
rapat benar rasanya.. tak sangka kan.." aku juga ketika itu, tdk lupa
menanyakan tentang kesihatan suaminya.. "Alhamdulillah abg sihat dah
dik..alhamdulillah sgt.. beza sgt la dari sebelum operate tu.." Aku
melafazkan syukur bila mendengar berita gembiranya itu..
Setelah itu, jarang aku menelefonnya atas sebab emosiku juga
kurang stabil dan banyak urusan yang perlu diselesaikan.. sampailah suatu hari
16/12 hari tu, aku menerima panggilan darinya.. "Dik, abg dah meninggal
dah dik.." Allah.. aku sebak.. dapat bayangkan remuknya hatinya seperti
hatiku dulu di saat menghadapi kenyataan yang pahit ini.."Ya Allah kak,
bila?".. "dah sebulan dah dik.. maaflah akak bagitau kau lambat, akak
dah tak ingat apa masa tu.. fikiran melayang2, tak tau nak fikir apa masa tu.."
ye kak nor, aku sangat memahami perasaan itu.... di saat berhadapan dgn
situasi2 itu, mata berkaca2.. bibir bergetap menahan tangisan yang berat.. mata
saja terbuka tapi segala pandangan terhadap dunia dan seisinya terasa tiada
makna... sangat memahami.. Allah, berilah kekuatan padanya... amin....
Mengimbau kembali kenangan manis (manis ke di hospital??
entahlah..) bersamanya dan arwah suaminya membuat hati ini rasa sayu dan rindu
yang teramat sangat pada abg.. ingat lagi, betapa terhutang budinya aku pada
dia dan arwah suaminya kerana sudi menjaga dan memerhatikan abg sekejap utk aku
pulang menjenguk Fawwaz yang ketika itu selalu menangis rindukan umminya.. aku
pulang dengan bas pada jam 9 pagi, dan balik semula ke PPUM pada pukul 10
malam.. semata2 utk menjenguk Fawwaz dan mhilangkan seketika rindu si kecil itu
padaku.. kak nor dan suaminya lah yg
membantu abg utk bgerak malah byk lagi jasanya pada kami melebihi apa yg adik
beradik kami lakukan pada kami.. Allah...membuka kembali SMS yang abg kirim
padaku pada hari aku tinggalkan abg tu..
- "B SYG CINTA MI SORG JA.. UCU..."
- "DAH SAMPAI RMH?DRESSING DH SIAP ADA SKT LG DARAH
KUAR.."
- "MCM MN FAWWAZ? MISI DTG NK DRESSG LAGI"
- "KJP JA DIA DRSG DAH SIAP, ABG NI ASYIK DOK TNYA B,
'LI NK KNCING?' HIHI MALU PLK DEN, MAN NK DTG TP XTAU KUL BRP.." (‘abg’ tu
merujuk pada suami kak nor yang sakit2 pun msh membantu abg..)
- "INSYALLAH SM2 KITA DOA..SYG UCU..."
Allah, sebak membaca kembali hampir 20 mesej2nya ini hr
itu.. juga mengingatkan tangisannya bila aku mencium tangan dan memeluknya
seblm bertolak balik ke n9 masa tu.. Allah.. abg..... betapa aku rindukan dia..
sdgkan berpisah 13 jam masa aku balik tu pun, kami bermesej2 meluahkan
kerinduan masing2, inilah pula sudah hampir 8 bulan aku kehlgn dia.. Allah...Allah...hanya
kkuatan dariNYA saja yg membuatkan aku dpt bertahan mhadapi sgala ujian slps
khilangan abg...
Buat kak nor, semoga Kak Nor dan semua teman setangisanku
redha atas segala qadak dan qadarNya pada kita.. redhailah pemergian abg..
Ketahuilah abg pergi kerana amanahnya
sbg khalifah di muka bumi telah selesai. Dia sudah menepati perjanjian seorang
hmba dengan Penciptanya... Kita ini yang masih hidup, juga akan kembali pada
Allah seperti dia jua. Entah bila, entah bagaimana dan entah di mana… telanlah
segala derita di dunia ini utk menghirup secangkir kebahagian di sana nanti..
itulah janji Allah untuk hamba2Nya yang bersabar dan beriman padaNya..
Ya Allah, sesungguhnya kami sedar semua yang berlaku adalah
ujian dari MU utk meningkatkan ketaqwaan kami pada Mu.. Kami pohon ya Allah
agar Engkau menetapkan iman dalam hati2 kami. Ya Allah, kami mohon ajarkan kami
erti kesabaran dan hikmah di sebalik ujian2Mu pada kami agar kami terdidik
menjadi hamba-Mu yang bersyukur. Sesungguhnya hanya Engkaulah tempat kami
memohon segalanya...Amin....
"Innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji'un, Allahumma la
ya'tii bilhasanati illa anta wa laa yadzhabu bissayyi-aati illaa anta, wa laa
haula wa laa quwwata illabillah"
Sesungguhnya kami adalah milik Allah & kpdNya kami
kembali. Ya Allah, tiada yg bisa mendatangkan kebaikan selainMu & tiada yg
bisa mendatangkan keburukan selainMu. Tiada daya & upaya kecuali hanya
Allah…"
Al-Fatihah utk suaminya dan mereka (kekasih hatiku dan
kekasih hati sahabat2 yang senasib denganku..)
** Malam tadi abg hadir lagi dalam mimpiku.. abg, ummi
rindukan abg... gembiranya hati bila dapat melihat abg dalam mimpi semalam..
tak ingat content mimpi itu, cuma mgkn abg nak ucap selamat tahun baru dan
memberi semangat padaku utk menempuh hari2 baru yg bakal menjelang... abg, miss
u a lot.. love u my SOUL MATE...
