Showing posts with label Balik Kampung. Show all posts
Showing posts with label Balik Kampung. Show all posts

Wednesday, 23 May 2012

Setiap gambar ada cerita....

Bismillahirrahmanirrahim... Allahumma solli 'ala saiyidina wa habibiena Muhammad wa 'ala aalihi wasohbihi wasallam....

Tinggal lama blog kesayanganku ini kerana tidak sempat saya update.. akhir2 ini, kesibukan saya dengan beberapa urusan peribadi dan tanggungjawab sbgai seorg guru benar2 menghimpit masa saya dan menyempitkan waktu saya utk berblog..terpksa saya akur dgn kesuntukan masa saya ini, wpun banyak yg ingin dicoretkan di dalam blog ini.. apa kata saya ringkaskan saja melalui gambar2 di bawah ini.. bak kata Yuna, setiap gambar ada lagu..tp bagi saya, setiap gambar ada ceritanya... hehe....

CERITA 1: selepas balik dari sabah tempoh hari, saya dikunjungi PAKSU dan maksu (adik lelaki bongsu pd mak) yang lebih 10 tahun tidak berkunjung ke rumah saya.. kunjungannya bagai seribu rahmat bagi saya kerana saya akan pergi menunaikan umrah bersama dia sebagai mahram saya.. Allahu Akbar.. Allah menambah rhmat bagi saya lg, bila kakak dan abg ipar pun akan turut serta dlm rombongan kami ini...tak dapat digambarkan kegembiraan kurniaan Allah ini pada saya...

CERITA 2: Kesibukan saya bertambah lagi dengan sambutan Hari Kantin sekolah saya.. Sampai ke malam kami membuat persiapan gerai untuk jualan amal...anak2 yg paling gembira sebab dapat naik kuda yang ada...sekalipun kuda padi aje....






Cerita 3: pesta buku Antarabangsa 2012... kunjungan bertuah saya dan aleeya kerana berpeluang menemui 2 tokoh agama yang sangat2 sy segani dan kagumi... Ustaz Kazim elias dan Us Zahazan Mohamed.. Us Zahazan sempat memegang kepala alya dan berdoa utknya.. kata ustaz, "bawalah dia selalu ke majlis2 ilmu..."insya Allah us...t.ksh us kerana sudi mendoakan kebaikan utk puteriku ini"



CERITA 4: Seronoknya dapat tengok anak2 gembira bermain di taman permainan.. salah satu permainan yang mereka suka ialah menaiki kereta kecik ini... tersenyum gembira mereka..bahagia dan berbunga2 hati saya melihatnya..alhamdulillah...





CERITA 5: Sambung rawatan fawwaz..semoga kamu terus sihat sayang......amin...







CERITA 6: Ini gambar saya menghadiri dinner perpisahan dengan sekolah lama saya..terharu mereka buat majlis itu di hootelll.. terima kasih kawan2 acs..kenangan bersamamu tetap ku kenang.......

Alhamdulillah, syukur pada Allah atas segala nikmat yang Dia berikan dalam hidupku ini....smga Dia terus memberkati hidupku ini dan memberikan kebahagiaan juga pada suamiku di sana....amin..........


Friday, 6 April 2012

Antara Senyum dan Tangis (Siri II)

Bismillah Walhamdulillah was solaatu was salaamu 'alaa nabiyyinaa wa habeebinaa muhammad sollalahu 'alaihi wasallam..

Alhamdulillah masih diberi kelapangan masa oleh Allah untuk menyambung coretanku yang terdahulu… mmm.. nak kata saya sibuk  sangat.. tidak la.. ada juga masa utk makan, bermain dgn anak2, tido… entah.. mgkin masa untk ber’blog’ saja yang agak terhad kerana bagi orang seperti saya yang memerlukan masa yang tenang utk berfikir tercari2 waktu yang sesuai itu utk terus mencoret kisah hidup sy di dalam blog ini.. sekadar ingin berkongsi.. bagi saya, bila separuh dari semua yang terpendam dalam hati dan fikiran saya diluahkan di dalam blog ini, kala itu saya merasa sedikit lega.. dan separuh lagi yang agak berat saya luahkan pada bacaan umum di blog, sy simpan dan luahkan semuanya pada satu2nya yang Maha Mengerti hati dan perasaan saya…

Tidak dapat saya luahkan kekalutan saya menerima kejutan budaya kerja di sekolah baru saya.. agak berlainan daripada 2 sekolah yang pernah saya berkhidmat dulu.. begitu berlainan… tidak ada pilihan lain, saya cuma mampu berdoa memohon kekuatan, kesabaran dan kesihatan olehNya utk terus saya menabur bakti mendidik anak2 murid saya… Allah.. berikanku kekuatan.. tiada daya dan kemampuanku selain dari kekuatan yang telah Kau pinjamkan pada diriku ini…

Tempat kami berjalan2 beriringan bersama anak2
untuk ke pantai berhadapan rumah..
Disebabkan ‘kejutan’ inilah maka niat saya untuk mencoret kenangan saya di Sabah juga terbantut.. alhamdulillah, perancangan untuk bercuti di Sabah pada cuti sekolah bulan 3 yang lalu berjalan lancar walaupun terdapat juga sedikit halangan kerana fawwaz demam panas sepanjang berada di sana… walau apa pun syukur, demamnya dapat dikawal… bermacam2 ubat dan ikhtiar saya buat untuk meredakan demamnya.. mungkin ada hikmah.. saya redha walaupun ada sedikit rasa terkilan kerana tidak dapat ke kundasang… tapi tak palah kerana tercapai juga hasrat hati melihat dan menginap di kawasan perumahan yang dulunya tempat kami mencipta pelbagai kenangan suka dan duka.. berjalan2 di pantai yang menjadi tempat kami mengambil angin petang2 sambil membawa anak2 bermain air… Allah… benar2 mengusik hatiku… terbayang2 dia ada bersama.. dan sememangnya aku benar2 mengharapkan kehadiran dia……….


Nak balik dah.. Fawwaz masih demam...
Saya hanya sempat menziarahi beberapa orang teman… membeli sedikit ole2 untuk dibawa pulang.. ohye.. perancangan awal saya dan anak2 saja yang ke sana.. namun pada saat2 akhir, mak dan anak buah saya terpksa ikut sekali bagi membantu saya yang masa itu agak lemah (maklum baru keluar wad…) Alhamdulillah kehadiran mereka banyak membantu saya… tidak banyak tempat yang saya pergi tapi cukup rasanya bila dapat melihat tempat2 kenangan indah bersama si dia... sedikit sebanyak mengubat luka dan rindu di hati.. malah segalanya bagai meniup kembali kekuatan pada diri saya.. alhmdulillah.. hari terakhir di sana, terasa berat dan sedih untuk meninggalkan tempat yang penuh dengan kenangan ini… mata bergenang dan hati sebak… sama seperti saat mendaratnya pesawat sewaktu saya sampai di Lapangan Terbang Kota Kinabalu tempoh hari…

Dan setelah kembali dari Sabah itu, saya mendapat sedikit kekuatan untuk memulakan khidmat dan amanah saya di sekolah baru saya… seminggu selepas itu, saya mencuri masa untuk balik ke kedah.. sedikit urusan perlu saya selesaikan di samping menziarahi ‘dia’ di sana… kali ini, pemergian saya ke sana tanpa ditemani anak2 kerana bimbangkan keadaan kesihatan fawwaz yang kurang stabil… setelah urusan saya selesai, saya telah mengajak adik ipar untuk ke pusaranya.. agak sebak juga hati ini tika sampainya di sana.. namun saya cuba beristighfar dan berdoa agar Allah terus memberi kekuatan pada saya.. alhamdulillah setelah setahun pemergian dia, baru kali ini saya dapat membaca yasin, berdoa, bertahlil tanpa suara yang tersekat2 dan titisan air mata…syukur.. setelah itu, saya membersihkan daun2 kering di atas pusaranya..menyapu2 di sekelilingnya, membetulkan batu bata di sekeliling rumahnya itu sambil dalam hati berbisik2 meluahkan segalanya pada dia… 

“Assalamualaikum abang, ummi dah dapat tukar sekolah.. ummi dapat sekolah sama dengan alya.. abang mesti suka kan.. ummi akan dapat menjaga alya di rumah dan di sekolah sebagaimana yang abang pesan pada ummi dulu..abang, ummi akan berangkat ke tanah suci tak lama lagi.. ummi rindu sangat untuk ke sana… ummi teringin ke sana bersama abang.. namun tidak kesampaian.. insya Allah ummi akan ke sana membawa hasrat dan impian kita dulu… dan insya Allah juga, di depan Kaabah dan di Raudhah nanti akan ummi kirimkan doa2 ummi buat abang dan salam kepada baginda Rasulullah s.a.w bagi pihak abang.. insya Allah..abang, ummi akan berdoa agar Allah mencucuri rahmat ke atas roh abang dan menempatkan abang di kalangan roh para solihin dan muqarrabin.. Dan semoga Allah menyatukan kembali cinta kita bersama anak2 di sana nanti.. di syurgaNya insya Allah…. Sayang, ummi balik dulu.. nanti ummi datang bawa anak2 pula... abang berehat dengan tenang dan aman di sana, ummi yakin Allah akan jaga abang di sana dan pelihara ummi dan anak2 di dunia ini.... ”

Dan hari ini, saya merasa sedikit lega kerana urusan penukaran nama kereta kesayangan abang telah selesai… seperti saya mendapat kembali kekuatan pabila melihat dan merenung kereta wiranya ini… pulang dari sekolah, merenung kereta itu, seolah2 merasakan dia sedang menunggu saya di dalam rumah.. Allah.. xmampu saya tepis perasaan rindu yang maha tebal ini padanya..

‘Ala kulli haal.. sesungguhnya perancangan hidup seorang insan yang lemah seperti saya adalah aturan Dia yang Maha Kuasa… semoga hati ini akan terus bersyukur dengan apa yang telah Allah tentukan buat saya.. terjumpa kata-kata dari sebuah blog:

Hidup itu kembarnya ujian..
Datang dan datang tanpa perhentian, 
Hanya dengan keimanan, 
Kau mampu bertahan,
Jangan kau jatuh hari ini,
Kerna hanya selepas mati,

Baru ujian terhenti.


Semoga rahmat dan hidayah Allah sentiasa menemani saya di sepanjang perjalanan sepi ku di dunia ini tanpa kamu wahai suamiku yang amat kucintai... al-fatihah....... 

Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah… 

Saturday, 4 February 2012

Andai itu takdirNya...


Bismillah Walhamdulillah was solaatu was salaamu 'alaa nabiyyinaa wa habeebinaa muhammad sollalahu 'alaihi wasallam..

“Kita hanya merancang, Allah jualah yg menentukan..” sakit mmg sakit, perit memang perit, sedih mmg sedih.. tp walau mcmna sakit, perit dan sedih sekalipun, itulah takdir yg perlu ditelan walaupun ia pahit..

Dalam hidup ini, pastilah banyak perancangan yang telah kita aturkan.. perancangan yang bakal mewarnai hari-hari dalam kehidupan kita… begitu juga aku dan abg.. banyak perancangan yg aku dan abg atur dlm melayari khdupan sbgai suami dan isteri.. kami merancang utk mempunyai sekurang2nya 5 org anak… 7 lg bagus kata abg.. merancang utk mengerjakan umrah bersama.. merancang utk membina sebuah banglo yang ada pondok rht2 ptg2 di depan..merancang utk mengusahakan satu kebun buah-buahan dan sayur-sayuran bersama… mcm2 perancangan yang telah kami atur.. tp perancangan hanya tggal kenangan jika tiada keizinan dariNya yang Maha Berkuasa…Hebat lagi perancangan Dia… tak ku sangka abang yg sihat, tiba2 mengalami bengkak kaki.. ingatkan bengkak biasa… tkejut bila doctor mngesahkan itu adalah kanser yang agak jarang berlaku.. dan semua perancangan ini terkubur saat terkuburnya jasad abg.. entahlah.. sbgai hambaNya, pastinya kita kena terima ketentuanNya ini dan berserah segalanya pada Yang Maha Kuasa setelah berusaha dan berikhtiar sebaiknya..           

Begitu juga apa yang terjadi hari ini..semua telah kurancang.. tiket pegi dan balik tlh kubeli.. baju2 tlh ku kemas.. buah tangan utk mak dan ayah mertua juga sudah kubeli.. itu hanya perancangan aku sebagai manusia biasa.. tdk dapat menandingi takdir yang Dia tetapkan.. hari ini.. tiket yang kubeli hampir sahaja hangus begitu shaja gara2 anakku fawwaz tibe2 sahaja demam.. hasrat utk ‘btemu abg’ tpksa kubatalkan kerana tak mahu menempuh risiko dek demam si fawwaz..

Jauh di lubuk hatiku, aku rasa amat sedih kerana tidak dapat membawa Fawwaz menziarah abinya sempena hari lahirnya yang ke-3.. ingin aku bawa ke pangkuan abinya kerana ku tahu abinya di sana pasti gembira kerana aku tahu abg sangat sayangkan fawwaz.. sedihnya tidak kesampaian hasratku ini… dengan linangan air mata, aku kemas kembali baju anak2 yg tlh ku susun utk dibawa ke sana… sewaktu solat tadi juga, aku mengadu sesungguh hati dalam sujudku akan kedukaan yg melanda hatiku ini.. aku rindu sekali padanya ya Allah… aku ingin sekali bertemu dgnnya.. paling tidak berada dekat dgn pusaranya.. tapi aku tdk mampu ya Allah… Allahu Akbar.. letakkanlah sifat redha dan sabar dalam hatiku…

Abang, ummi rindukan abg.. maafkan ummi kerana tak dapat menziarah abg seperti yang ummi rancangkan.. ummi sebenarnya ingin sekali membawa fawwaz menziarah abg di hari lahirnya esok (5/2).. sedih sekali hati ummi abg.. slps solat isyak tadi, tika ummi pejamkan mata menahan sebak dan air mata, ummi terbayang abang di dalam rumah abg sdg melayan adik2 dan mak ayah berbual.. bila ummi buka mata, air mata laju mengalir.. Allah.. betapa sakitnya rindu ini.. 

ya Allah, tabahkan hatiku ini.. kuatkan jiwaku ini.. teguhkan imanku ini.. aku pohon sesungguhnya.. ya Allah…

Namun Allah Maha Kaya.. ada juga rezekiku bila ku menunggu di kaunter bas utk menjual kembali tiket yang tlh kubeli itu.. dapat juga pulangannya walaupun tpksa dijual dgn harga murah.. kulihat bas yang bakal ku naiki itu.. terkilannya rasa tak dapat pulang ke sana… Ku cuba pujuk hatiku… insya Allah akan kucari waktu lain utk pulang ke sana btemu dgnnya.. insya Allah.. ya Allah.. padaMu ya Allah, bimbinglah aku dalam setiap langkahku sepanjang kehidupan ini ya Allah.. agar setiap keputusan yang ku ambil memberi manfaat pada agamaku, akhiratku dan hidupku.. permudahkanlah segalanya ya Allah… 

Andai ini takdirMu... cukuplah Allah bagiku.. cukuplah Allah bagiku.. cukuplah Allah bagiku..

“Apabila kita merasa cukup dengan Allah , Allah akan mencukupkan kita dengan nikmat-nikmatnya.”

La Hawla Wala Quwwata Illa Billahil 'Aliyyil 'Aziim.......

*** jam menghampiri pukul 12.. Selamat hari lahir anakku sayang Muhammad Fawwaz.. semoga menjadi anak soleh kebanggaan ummi dan abi...amin...

Saturday, 24 December 2011

Diari Kehidupan 2011

Bismillah Walhamdulillah was solaatu was salaamu 'alaa nabiyyinaa wa habeebinaa muhammad sollalahu 'alaihi wasallam..

Meneruskan kisahku yang lalu tentang perjalananku ke kedah menunaikan hasrat seorang tok wan dan atok utk bermain dgn cucu2nya.. ayah mertua meminta aku dan anak2 utk tinggal lama di sana… hanya Allah saja yg tahu perasaanku.. aku juga sudah blh agak bagaimana perasaanku di sana nanti.. ALLAH.. kembali ke tempat aku dan abg mencipta banyak kenangan.. tempat abg bercerita suka dan duka kehidupannya kepadaku… dan tempat abg disemadikan… Allah..tak dapat aku gambarkan perasaan yg aku alami sepanjang 5 hr itu…

Rentetan perjalananku itu..

11 Dis (Ahad)
Dalam bas..sempat lagi gurau wpun muka letih...
Kali ini ku pilih bas sbgai pengangkutanku ke sana.. tak mahu menyusahkan adik beradikku utk mhantarku pulang kali ini..lg pun kali ini, aku akan tggal semnggu di sana.. jd, kalu dihantar susahkan mereka plk.. belum ckup yakin utk drive sejauh itu dgn btemankan anak2… nak bwak teman@kawan.. Sapa?? Takpalah pengalaman baru utk anakku Fawwaz..Alya pernah naik bas masa mengikut aku ke Kelantan tahun lepas..

Sampai di Alor Setar pukul 9.30 malam.. lewat dr jangkaan sebenar.. inilah yg tjadi gara2 bas bertolak lambat.. janjinya pukul 11 pg.. datangnya pukul 12.. pastu bhenti plk d kajang kononnya nak tukar tayar… ditinggalkan kami di satu kantin kosong.. ms tu dalam hati hanya ingat Allah.. ingat abg.. sedih tgk anak2.. di saat matahari terpacak atas kepala, mereka tpksa menunggu d situ.. fawwaz sampai tertidur di atas meja makan… mmm… sabarlah anak2 ummi… ‘Ala Kulli hal, Alhamdulillah slmt sampai dijemput oleh Mak, Ayah dan Adik Jat..

12 Dis (Isnin)
Rumah sibuk utk psiapan kenduri tahlil utk abg..rupa2nya kenduri di kedah ini acaranya bmula sebelah petang dgn bacaan yasin oleh kaum wanita@para ibu.. malamnya pula tahlil dan doa oleh kaum lelaki.. jadi, persiapan dan masak memasak haruslah sedari awal pagi…

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dengan hidangan nasi myk, ayam golek, air asam dan pengat labu.. mm.. dalam hatiku.. sedih.. kduri di rumah abg.. tanpa abg.. sememangnya utk abg… khusus utkmu syg.. smga sayang tenang di sana..

Bergambar dgn gambar konvo abi.. sudut ini 
jgk yang banyak kenangan aku dan abg...
13 Dis (Selasa)
Awal2 pagi aku kejutkan Kak Long (kakak sulung abg) utk menemaniku ke pusara abg.. malam td, sblm tidur sudah ku beritahu hasrat hatiku ini pd kak long..mujur kak long stuju membawaku ‘bertemu’ abg.. kali ini kunjunganku tanpa anak2.. anak2 msh tidur…

alhmdulillah.. rindu benar ku rasa utk bertemu abg dan melihat pusaranya.... Sesampainya di pusara abg, aku membersihkan pusara abg.. membaca apa yang patut..bselawat dan berzikir di situ.. ku lihat kak long menyapu2 daun2 kering d sekitar pusara abg… Sayang, ummi datang bertemu abg.. rindunya ummi pada abg.. bagaimana abg di sana.. ummi doakan smga Allah melimpahi kebahagiaan dan rahmatNya buat abg… 

aku menangis di situ.. xtertahan air mata ini tatkala menyentuh batu nisan di kepala abg.. ummi tak dapat lagi melihat abg… menyentuh abg. hanya dpt melihat kuburan abg.. dan menyentuh batu nisan ini...

Aku membersihkan 2 batu nisan itu.. kelihatan seperti ada pasir2 halus membaluti batu itu.. dlm fikiranku.. hujan malam tadi agaknya.. memandang lagi ke pusara abg.. tenang rasanya… menyusun batu2 kecil hijau putih d ats pusara abg.. Allah… peliharalah suamiku yg kusayangi ini.. aku sangat menyayangi dia ya Allah.. tapi ternyata Kau lebih menyayanginya dan Kau telah mengambil hakMu.. aku redha ya Allah.. berilah kekuatan dan kesabaran dalam hatiku dn anak2ku..

Lamaku merenung pusara abg, tiba2 Kak long memegang bahuku.. aku mengangguk paham dan bangun menurutinya.. tiba2 aku terpndang pusara yang lebih kurang sama dgn pusara abg.. Nampak msh baru.. aku tanya kak long.. “ini kubur siapa kak long?” “ini kubur Che Cu..(panggilan utk Tok Su)..” baru ku ingat Datuk Saudara abg itu meninggal bulan 1.. ms tu abg sdg sakit dn xlarat nak balik menziarahinya.. ms terima berita itu, abg tkejut dan kelihatan sedih… aku tahu abg memang sedih sbb abg cerita ms kecik2 abg adik beradik dijaga oleh Che Cu dan Tok Su (isterinya).. Tok Su jugalah yg jaga abg ms kn demam kepialu di hosp.. abg terkilan tak dpt balik tgk arwah Che Cu.. spontannya bibir ini menguntum senyum.. takpe abg.. ummi pasti abg telahpun ketemu dgn Che Cu dan berada dkt dgn Che Cu kan.. Allahu Akbar…

Assalamualaikum abg.. ummi balik dulu..nnti ummi datang lagi bawa anak2 plk… Abg berehat la dengan tenang di sana..

Setelah balik dari pusara, aku, mak, ayah dan jat ke pej tanah utk menyelesaikan urusan2 surat kuasa.. setelah itu. Terus ke alor setar utk urusan KWSP mak ayah…Alhamdulillah sgalanya selesai…

14 Dis (Rabu)
Hari ini hr terakhir kak long di sini.. mlm ni kak long sekuarga akan naik bas ke KL dan naik flght setelah suaminya mdpt waran utk flgt ke miri.. sedih rasa.. tiada sudah teman bercerita.. huhu.. tinggallah aku sorang dgn anak2 di sini… abg…………

15 Dis (Khamis) *15/05 – 15/12 7 bulan pemergian abg…
Pagi2 mcm biasa, tlg mak buat sarapan.. basuh baju… berangan teringat abg.. hihi..
Petang, alya tanya:
Alya:  ummi punye keja dah siap? (amboi skemanya soalan)
Ummi:  dah.. napa..
Alya: Habis kita dok sini lama2 buatpa..abi takda.. ya boring la..
Ummi: (tersenyum… dn cuba tersenyum) tok wan ngan atok nak main ngan ya… sian kat tok wan ngan atok..diorg dah takda abi..dorg main ngan ya ngan adik la..
Alya: ooooh… ummii, kita dah dok sini lama..napa tak g tgk abi lg..
Ummi: (senyum lagi) ummi dah g ngan maklong hari tu..ya ngan adik tido..
Alya: Ya rs nk pegi la hari ni tgk abi.. jom la ummi..
Ummi: g cakap ngan Pak ndak.. kalo pak ndak leh bawak kita pegi la..

Balik kubur, sempat lg main mercun..  tok wan
di belakang..
Melilau sampai ke semak2 bsama adikknya mencari pak ndak.. akhirnya ketemu jgk.. pak ndak dh siap dgn tracksuit nk g main ngan kwn2 agaknya.. Ptg tu aku, anak2, jat dan mak ke pusara abg..membaca yasin.. alya dan adiknya membersiihkan pusara dn menyusun batu2 kecil itu.. Abg, ummi bawak anak2… abg, hari ni gnap 7 bulan abg prgi… anak2 rindukan abg.. terutama alya.. selalu menyebut nama abg… fwwaz juga rindukan abg.. ummi tahu tu.. sbb setiap kali kakaknya mnyebut abi..dia akan tanya ummi. “Ummi na abi?” Allah… rindunya kami pada abg.. ya Allah.smga Allah menguatkan iman dn kesbaran kami..

Dalam keta nak blik dr pusara.. atoknya tanya fawwaz, “Fawwaz g mana tadi?” Fawwaz:”Fawwaz g jupe abi..” Allahu akbar lancer saja mulutnya berbicara ptg itu… Allah… bgenang air mata ummi mdengarnya…

16 Dis (Jummat)
Tersenyum2 melihat gambar abi.. ummi tak pasti apa
yg kamu rasakan sayang..
Jangkaannya hr ni aku akan balik ke n9 dgn bas.. tp mak menelefon..katanya akan lajak ke sini dn mngambil aku dan anak2.. sbb dia, kak mah sekuarga akan balik ke perak utk urusan tanah.. Alhamdulillah.. tak pyh naik bas.. ksian anak2…

Petang tu. Aku mbelek2 album2 lama.. byk gambar2 abg masa kecil, sekolah dan ms konvo… Allah.. suke ummi tgk wajahmu syg.. mg2 inilah wajah ahli syurga yg ummi rindu..amin….. tiba2 fawwaz yg tgh bmain mhampiriku dan trus mcium gambar abinya.. Allahu akbar.. syg…syg ummi rindukan abi ye.. nnti kita jmpa abi di sana ye syg.. ummi memeluk fawwaz…

17 Dis (sabtu)
Hr ni hr terakhr aku dn anak2 di sini.. rasa sedih nk tggalkan umah ini.. umah yg mberi 1001 kngan buat aku dn abg.. dulu, abg gmbira sgt kalu balik ke rumah ni.. dan hr nak blik ke n9 utk mulakeja.. ku lihat dia sedih sekali..

Kul 5, btolak dari rumah.. singgah sekejap di pusara abg.. hanya sempat bertahlil dn bdoa..ya  Allah sayu hati.. berat kaki utk meninggalkan pusara itu.. abg, ummi akan datang lagi.. dan ummi pasti akn dtg lg.. ummi rindu abg.. rindu sangat… smga Allah jaga abg di sana…

Dalam keta, alya cakap, “ummi, kan best kalu kubur abi dkt ngan umah kita..kt blh g tiap2 hari…” huh.. alya ptanyaannya…pcakapannya selalu menggoncang hati ummi…”alya, wpun abi dah tak da ngan kita, tp abi ada dlm hati ya.. hati adik, hati ummi..bila kita igt abi.. kita doa dan bc fatihah kat abi ye syg..” ummi cuba tsenyum dn trus memandg keluar tgkap.. mnyembunyikan airmata yg hampir menitis… tinggallah kenangan pahit di sini… aku mesti kuat.. harus kuat….

*****
5 hari aku di sana,hampir setiap hari airmataku mengalir.. terbayang2 tempat pembaringan terakhir abg sblm jasad abg dibaluti kain kafan.. Walau apapun.. alhamdulillah segala yg dirancang dan segala urusan tlh Allah permudahkan dan selesai.. knduri tahlil utk abg, urusn pjbt tanah, KWSP utk faraid bahagian mak ayah, ziarah pusara abg, mjalin kmbali kemesraan antara cucu dan atoknya.. Hamdallah!!! ALLAH, smga Kau sentiasa memberi kekuatan kepada jiwa dan hatiku ini..

Hasbunallah hu wani’mal wakil
Cukuplah Allah bagiku 

**Entri terpanjang.. .. 

Saturday, 27 August 2011

Ramadhan Tanpamu.. (Episod 4)

Bismillah Walhamdulillah was solaatu was salaamu 'alaa nabiyyinaa wa habeebinaa muhammad sollalahu 'alaihi wasallam..


Membaca status kawan2ku yg begitu gembira menikmati saat2 mnymbut lebaran, keterujaan mereka  mencatat setiap detik dn peristiwa dalam pjalanan…siap ngan foto lagi.. hatiku jadi sayu..sayu sgt..suatu ketika dulu,detik2 indah itu aku nikmati bsama abg..6 tahun aku dpt menemaninya pulang ke kampong di kedah utk beraya bersama mereka..selalunya raya ptama di rumahku dulu di seremban..bukan ku pinta,Cuma abg kesian melihat ibuku yg sudah tua mbuat psiapan raya sdirian…seingt aku spnjg 6 tahun usia pkhwinan kami, sekali sahaja prnah aku btl2 beraya di pendang..

di saat org lain bgaduh utk balik ke kg masing2,abg lebih dhulu buat kputusan utk beraya di rumah ku dulu..rindunya pada abg….mungkin kerana abg bfikiran begini,kalu beraya di n9 dulu, dia msh blh mnyambut ry ptama di pendang.. sbb kami terus balik ke sana hr raya ptama itu juga.. tapi kalu beraya ptama di kedah, abg akan berat ati utk balik n9 hr ry ptama itu juga..pasti ry kedua baru kami btolak..itupun belum tentu lagi..lagipun kalu beraya di n9 dulu,abg blh berlama2 di kedah dlm smggu dua.. Begitu lah tolak ansur abg padaku..


Mak ayah ngan cucunya...


Kenangan: Abg tersyg sibuk memuatkan brg dlm keta..rindu abg...
Sesungguhnya perasaan rinduku ini tak dapat nak ku ungkapkan dengan kata2.. terasa sungguh sakit menahannya ya Allah… Allahu Allah.. padaMu aku berserah.. padaMu aku memohon kekuatan.. tiada daya dan kekuatan dalam diri ini melainkan dengan kekuatan yang hanya datang dariMu ya Tuhanku..

Ya Allah,aku bersyukur kerana mentakdirkan dia menjadi jodohku dan aku menjadi suri hatinya..semoga Kau terus mengizinkan aku untuk menjadi bidadarinya di syurga yang abadi di sana..amin ya Allah…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...