Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Wednesday, 7 November 2012

Penutup Tirai 2012 ep. 1

Bismillah wal hamdulillah...

Rindunya jari jemari ini menari2 di atas papan keyboard menaip butir2 kata yang bermain2 di dlm kotak fikiran.. namun kekangan masa dan ruang menjadi halangan bg saya utk terus aktif mengupdate laman ini...semakin dekat cuti sekolah, semakin menimbun kerja2 yg perlu dibereskan oleh saya sbgai seorg guru.. semakin byk sistem2 online yg perlu diupdate kepada kementerian... markah murid, data murid, data guru, senarai kursus guru, pentaksiran murid... bertarung dgn masa yang terhad dan kelembapan line internet yang agak lembap, semuanya memerlukan hati yg sabar demi tugas... satu2 markah yang nak dimasukkan memerlukan 2-3 min.. bygkan berapa lama masa yg diperlukan utk mengisi sejumlah 36-40 org pelajar bg satu2 kelas... rungutan biasa dlm bilik guru.. sanggup berjaga pukul 3pg utk mengisi online.. mmm... sabar ajalah...

belum masuk majlis2 yg perlu dikelolakan sbgai penutup sesi 2012 ini.. majlis khatam al-Quran, Hari Kanak2, Hari Anugerah, mesyuarat2, sijil2... mmm, terkejar2 rasanya.. balik dr sekolah baru rs letih dan lenguh kaki... ksian plk pd anak2.. balik dgn keletihan, layanan pada anak2 pun sekadar aja.. balik saja, mcm2 rungutan anak2.. umi ni asyik keja aja.. balik lmbat.. sabarlah anak2 ummi, nnti dah cuti sekolah blh manja byk2 ngan ummi ye...

Mmm.. byknya saya membebel hari ni pasal tugasan2 saya di sekolah.. :) sekadar luahan rasa.. cabaran seorang guru hari ni... diberi bebanan kerja yg melebihi dr keupayaan diri dan masa.. apa2pun smga saya sentiasa bersyukur dan redha.. bukan mudah utk melaksanakan apa sekalipun tanggungjawab kita andai tiada sifat syukur, redha, sabar dan berserah pada ALlah.. Dia yang mentakdirkan kerjaya ini di sekolah besar ini buat saya, maka Dialah jua yg memberi kekuatan utk menempuh segalanya.. juga semoga dikurniakan kesihatan yg bpnjangan buat saya dan anak2...

wpun x dinafikan, sesekali air mata ini menitis.. menanggung segala kesibukan ini sendirian... dulu, ada tpt ingin mengadu dan bercerita...  kini pada anak2 sy curahkan segalanya.. anak2 lah tpt sy melepaskan rindu yang terlampau padat di hati ini... tp sy tahu segalanya ada hikmah di sebalik sesuatu.. mungkin Dia mentakdirkan kesibukan ini utk sy melupakan sedikit kesunyian hati.... mm.. ya!!! saya tak blh lemah.. Allah kan ada bersama sy....

saya pernah mendengar ungkapan ringkas tapi padat dengan makna... Guru Jutawan Akhirat.... bunyinya agak ringkas tapi perlu difikir2 apa yang tersirat dari yg tersurat..  Cuma dr segi tafsiran sy sbgai insan biasa ialah kalau seorg guru itu benar2 menghayati tanggungjawabnya dan mendidik anak2 murid dgn ikhlas, maka itulah saham yang akan menjadi bekalan di akhirat sana.. sebagaimana yg disabdakan oleh Rasulullah dalam hadith:

“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan tiga perkara ; Sedekah Jariah, Ilmu yang bermanfaat, Anak soleh yang mendoakan keatasnya”

[Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari]

*** saya ingin sekali menjadi seorang guru yg menjadi jutawan di akhirat.. ya Allah, bantulah saya…. terfikir, abang juga seorang guru.. semoga abang juga menjadi jutawan di sana hasil curahan ilmu di dunia ini dgn ikhlas...aamiin...

Saturday, 14 January 2012

Back to School..

Bismillah Walhamdulillah was solaatu was salaamu 'alaa nabiyyinaa wa habeebinaa muhammad sollalahu 'alaihi wasallam..

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh pada sesiapa sahaja yang singgah membaca tulisan dan entri2 ku di sini.. rindu rs utk kembali bercerita di blogku ini setelah sepi sejak sekolah buka 4/1 hari tu.. keletihan menguruskan satu2nya puteriku yang masuk tahun 1 pd thn ni, membuatkan ms utkku ber’FB’ dan ber’blog’ agak terhad.. walau ms bgku bagaikan tdk cukup mengurus segalanya, tp yg peliknya ingatanku pd abg tetap sama.. rindu di hati ttp membara.. mlh mmbuak2 shggakan kdg2 merasa tdk sabar btemu dgnnya di sana meluahkan sgala2nya..Allahu Akbr..

Muka tension kn bangun pagi...
Kembali pada cerita puteriku yg semakin meningkat umurnya ini.. pengalaman mengurusnya memasuki tahun 1 adalah pngalaman baru bagiku.. sgalanya diurus sndiri tanpa bantuan seorg suami.. kulihat ramai para ibu yg dtg dgn suami mereka..gembira skali.. sgt bahagia.. tp aku.. semuanya sndiri.. alya juga rupa2nya merasa ‘rasa’ yg sama..

Alya:umi, napa abi meninggal cepat sgt? Xsmpat nk tgk masuk sekolah..
Umi: (sebak dan cb mnyediakan jwpn sebaik mgkin) ummi ada.. ya belajar elok2, abi msti gembira kat sana…

Allahu Akbar.. kuatkan hati puteriku ini.. hari ptama, awal2 lg sudahku mohon cuti utk meneman anakku di sekolah.. mujur hari ptama kulihat alya xmenangis.. tabah juga puteriku ini.. mcm abinya juga.. segaris senyuman ku ukirkan setiap kali alya memandang padaku melalui tgkap kelasnya.. ummi syg kamu puteriku..

Baru ceria sikit..senyumlah wahai puteriku..
Hari kedua, tpksa kutinggalkan alya setelah menghantar ke kelas pagi itu.. hnya Allah shja yg tahu btapa beratnya perasaanku ketika itu.. kufikir bukan tdk prnah ku tinggalkan alya di tadika dulu.. tapi kali ini perasaannya sgt beda.. aku jd risau.. maklumlah meninggalkan alya di sekolah besar yang muridnya hampir mencecah 2000 org.. Allah.. dlm hati,mahu menyumpah2 rasanya org jabatan yg tdk meluluskan permohonanku utk berpindah.. bila berpindh sekolah,dptlah aku bw alya bsekolah dgnku.. tp tnyata perancangan Allah tlh ditakdirkan bgitu.. mg hatiku lembut utk meredhai segalanya.. biarlah org jabatan tdk mahu menunaikan wasiat terakhr suamiku itu utk alya bersekolah dgnku.. biarlah aku shja yg menunaikan wasiatnya utk mhantar alya di sekolah yg selain dr sekolah methodistku itu… doaku cuma satu, agar alya dpt menyesuaikan diri secepatnya.. ya Allah bantulah hambaMu ini..

Makan di kantin..
Dalam pada ksibukanku di sekolah, mengurus puteriku ini.. aku diuji lg dgn beberapa ujian dr keluarga sndiri.. sejujurnya aku sndiri tdk mampu menghadapi semuanya, kerana dulu ada abg di sampingku.. setiap kali bedpan dgn mslah ini, akan ku peluk abg.. terasa hlg semuanya… leganya hati.. lapangnya fikiran.. namun skrg, aku sndiri tdk tahu..kuatkah aku hadapi semuanya.. menangis dan terus menangis.. tdk tahu kemana lagi mau ku bawa hati yang terluka ini.. ya Allah, aku tahu ujian2 ini tnda kasihMu pada ku… aku cuba utk bersabar… aku cuba utk terus bertahan.. cuba utk kuat…

Ya Allah hanya padaMu tpt ku mohon segalanya..ku panjatkan doa dan harapan hanya  padaMu.. ku sandarkan segalanya padaMu ya Robb… moga Kau sentiasa membimbingku dalam menghadapi mehnah dan ujian2Mu ini..

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta


detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMU..


Hasbunallah hu wani’mal wakil
Cukuplah Allah bagiku

Thursday, 22 December 2011

Diari Kehidupan II

Bismillah Walhamdulillah was solaatu was salaamu 'alaa nabiyyinaa wa habeebinaa muhammad sollalahu 'alaihi wasallam..

At-Taghabun. Ayat 11Firman Allah (a.w): (Maksudnya:)'Tidak menimpa dari sesuatu musibah kecuali dengan izin Allah (a.w), dan barangsiapa yang beriman dengan Allah (a.w) Dia (Allah (a.w)) memberi petunjuk dalam hatinya; dan sesungguhnya Allah (a.w) dengan segala sesuatu itu Maha Mengetahui.'

Sodaqallahul’azim.. sesungguhnya benarlah ayat2 suci dari kalamMu ini ya Allah.. Selesai membaca surah at-Taghabun selepas Isyak tadi membuatkan aku termenung sendiri.. otak ligat berfikir..fikiran melayang2.. kekadang mata terpejam sambil mengeluh kecil.. ya Allah, kuatkanlah hatiku.. kuatkan hatiku… berkali2 aku mengucapkan doa ini di dalam hati setiap kali aku teringatkan dia.. rindukan dia… Allah…… Peliharalah dia di sana, aku hanya ingin dia bahagia di sisi Mu ya Allah..

La Hawla Wala Quwwata Illah Billahil 'Aliyyil 'Aziim.......

Allah, serabutnya rasa kepala ni..mcm2 yg nak difikirkan.. dulu segalanya dikongsi bersama… sampai agenda resepi pun difikirkan bersama… sekarang nah.. fikirlah sorang2.. aduh.. pening kepala.. segala urusan harus aku cuba selesaikan dalam waktu cuti sekolah ini..kalu tak, payah pula nk kena mintak cuti.. tambah pula nk mengurus alya dah masuk tahun 1.. Alya dah aku uruskan d sekolah rendahku dulu..percubaan aku utk bertukar ke sekolah utk memudahkan alya bsekolah bersamaku gagal… aku redha..mgkin ada hikmahnya.. wpun dlm hati msh ada rs terkilan tak dapat menunaikan hasrat dan pesanan terakhir abg… teringat smsa aku mbuat rayuan utk bertukar hari tu, pegawai tu cakap, kalu ckgu nk btukar semata2 utk menunaikan wasiat suami dan bersama2 anak d satu sekolah yg sama, semua org yg bgelar ckgu pun akan buat mcm tu.. dlm hati, gatal je nak menjawab, tuan, bukan semua org yg bgelar ckgu suaminya meninggal mcm suami saya.. tp budi bahasa msh ku jaga.. title ustazah msh ku pelihara.. mgkin ini ujian dariNya.. biarlah org nak kata apa, Allah Maha Adil.. aku berserah padaNya..

Lantas aku membuat kputusan utk menghantar alya ke KGV.. masa nak membuat rayuan utk ke sana, hampir2 juga aku menghadapi jln buntu…  GB kata dah penuh la.. kelas tak ckup la..mcm2.. tibe2 terpacul saja dari mulutku.. “tolongla ckgu.. saya rindu sekolah ini.. 6thn saya dari tahun 1 hingga tahun 6 saya di sini..” terus GB menjwab, “oh. Ckgu di sini dulu..” aku pun menmbah, “ ye ckgu, arwah ayah saya pun dulu ustaz di sini..” apalagi.. permohonan anda LULUS… yahoo… mmm, mcm2 zaman sekarang…kena guna kes kroni jgk ke nak sekolah pun… Selps menyelesaikan urusan persekolahan alya, aku brsiap2 utk pulang ke kg… mnunaikan hasrat mertua utk bersama2 dgn cucu2nya… Perasaan? mmm, bercampur baur.. sedih aku pulang ke sana tanpa dia dan sememangnya aku takkan bertemu dia lagi di dalam realiti kehidupan ini... gembira sebab aku memang rindu utk ke pusara kekasihku yang amat ku cintai itu.. huh... yg penting aku akan pulang ke sana membawa hati yg lega kerana permohonan alya utk bsekolah diluluskan.. yahooo.. alhamdulillah.....

Bersambung……............. 

** tak dapat meneruskan ceritaku... penat melayan dua permataku...** 

Thursday, 10 November 2011

Gagal lagi......

Bismillahirrahmanirrahim.....

Permohonan anda tidak diluluskan.... Allah, sedihnya rasa hati ini.. hanya Allah yang Maha Mengetahui... aku cuba utk bertenang.. tapi aku tak dapat menahan perasaan dlm hati ini yang bagaikan remuk buat kedua kalinya... Allahhhh.. hikmah apa yang hendak Kau tunjukkan pada hambaMu yang hina ini...

kegagalan ini bermakna aku gagal menyempurnakan wasiat abang utk membawa alya bersekolah bersamaku... ummi tdk mampu abg......seperti aku mengecewakan satu2nya permintaan abg sblm abg pergi menghadap Ilahi.. Allah.. aku tahu ada hikmah di sebalik semua ini..... ada kebaikan yang tersembunyi di sebalik segala takdir yang telah Kau aturkan dalam hidupku ini...... Allah.. andai ini yang terbaik untkku dan keluargaku.. aku pohon kekuatan dan pertolongan dari Mu.....

Aku pohon keampunan dariMu andai aku selalu mempersoalkan segala aturan yang telah Kau tulis dalam kitab hidupku..... abg, ummi terlalu merindui abg... sejujurnya, ummi tak mampu hidup di dunia ini bertemankan sepi tanpa kehadiranmu...... semoga Allah mengganjari kesabaran abg, kekuatan ummi dan ketabahan anak2 dengan ganjaran yang tdk terlintas di fikiran kita di sana nanti.. nantikan ummi di sana.. ummi pasti akan mnyusuli langkah abg... bertemu di alam sana........... Al-Fatihah buatmu yang amat ku cintai..........

Astagfirullah................ 

Wednesday, 21 September 2011

Hanya Allah sahaja yang tahu..

Bismillah wassolatu wassalamu 'ala rosulillah waba'd..

Tukar..tukar..tukar...nak tukar ke tak..nak tukar ke tak..huh..mlm ni berkali2 aku try membuka aplikasi pertukaran guru tapi gagal..ya Allah..kenapa susah sgt perjuanganku kali ini..dari sekolah tadi sampailah malam ini,belum slesai jgk urusanku ini..Allah tdk meredhai hasratku ini ke..bmcm2 bmain d fikiranku ini..

Kali ini aku tekad mengisi pertukaran guru d dlm daerah..bukan tdk suka dgn sekolahku skrg..cuma aku punya sebab dan alasan lain..dari bulan 5 sjk abg tiada,aku berulang kali ke pejabat mmohon ptukaranku ke sekolah yang lain demi menunaikan hasrat dan mungkin juga wasiat suamiku..

Abg pernah bkata padaku ms ptukaran kami ke n9...anak sulong kami,alya mesti mengikut salah seorg dari kami di saat dia akan mdaftar ke tahun 1 pd 2012 ini..tapi bl penempatan aku di sekolah di bwh 'aliran lain' abg awal2 lg melarang aku mbawa alya berskolah di sini nanti..maka tugas mjaga alya seterusnya mendaftarkan alya diambil alih oleh abg (wpun ketika itu abg sakit dan tlhpun btgkat) abang lah yang mbawa dia ke prasekolah sekolahnya dan mdftarnya di tahun 1 sekolah itu..tapi skrg abg tlh pun meninggalkan aku dn anak2 di dunia ini..bermakna aku akan mengambil alih tugas utk bsama2 dgn alya di satu sekolah yg sama.. 

Atas alasan itu,aku nekad btemu dengan ktua sektor utk berbincang, alhamdulillah ustaz itu memhami hasrat ku ini..tapi lama slps itu,dia mhubungi aku dn berkata bhwa ptukaranku dari sabah msh baru,skurg2nya ptukaran hnya blh dibuat slps 1 tahun prkhdmatanku di sekolah itu..dia kata cuba lg bulan 9 ni...kini genap setahun aku di sini..harap2 ptukaran ini dipermudahkan oleh Allah dan diluluskan oleh golongan2 tertentu,amin...

Semoga perjuanganku kali ini akan cepat selesai..ditambah2 plk dgn ujian2 yang lain sejak ketiadan suamiku..Allah.......hanya Engkau sahaja yang Maha Mengerti hatiku ini... betapa rindunya aku pada dia..kuatkan aku ya Allah...lemahnya aku ini ya Tuhanku...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...