Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Sunday, 22 January 2012

Dunia jambatan ke sana...

Bismillah Walhamdulillah was solaatu was salaamu 'alaa nabiyyinaa wa habeebinaa muhammad sollalahu 'alaihi wasallam..

Bermulalah cuti Tahun Baru Cina… cuti seminggu utk sekolahku, Alhamdulillah dapat juga diri ini merehatkan minda dan fizikal ini setelah bertungkus lumus menyelesaikan segala urusan di sekolah dan urusan anak2.. Syukur padaMu ya Allah atas kurniaan kekuatan, kesabaran dan nkmat kesihatan yang tak putus2 buat hambaMu ini.. smga aku jadi hamba yang bersyukur atas segala2 kurniaan2Mu ini…


Tak byk pengisian waktu cuti ini.. tp kalu blh, xingin ku biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa diisi sesuatu yg akan mjadi bekalan buatku di sana nanti, juga hadiah buat kesayanganku di alam sana..insya Allah.. hidup ini singkat sahaja..1 hari akhirat bersamaan 1000 tahun dunia… Allahu akbar… terfikir dlm diri, di tangan manakah bakal diterima kitab amalanku nanti.. akan beratkah timbangan mizan sebelah kanan yg menentukan tempatku di syurgaMu nanti.. cukupkah bekalan dan hitungan amalku utk dibawa ke sana..

“Pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi.”  (al-Haqqah: 18)

Ya Allah kuatkan imanku utk terus berusaha menjadi hambaMU yg bsyukur ats sgla kurniaanMU padaku.. semoga segala ujian dan kedukaanku di dunia ini menjadi jambatan utk aku menuju kenikmatan syurgaMU di SANA.. di alam yg kekal abadi.. ya Allah, seandainya aku layak, gantikanlah derita perpisahanku dgn kekasihku ini dengan syurgaMU.. Allahu akbar..

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.”

Sodaqallahul ‘azim….

Hidup selagi hidup. Jangan mati sebelum mati.

La Hawla Wala Quwwata Illa Billahil 'Aliyyil 'Aziim.......


** Msih terkejut dgn berita kembalinya seorg pnyanyi ke rahmatullah..umur dan waktu kematian sama dgn insan kesygnku.. (6.15ptg).. tumpang sedih...:"( innalillahi wainna ilaihi rooji'un.. 

Sunday, 18 December 2011

Malam yang boring..layan je la..

Info yang berguna..apa salahnya kita share2 kan... kan... kan... layan jelah..

Wednesday, 7 December 2011

Hari Kesepuluh Muharam...

Bismillah wal hamdulillah..wassolatuwassalamu 'ala Rosulillah waba'd..

Syukur pada-Mu ya Allah...msh mengurniakan kekuatan dan kegembiraan padaku dan anak2.. sbnrnya ini bukanlah post yg ingin ku publish hari ini..sebetulnya usai subuh tadi, aku sedang berusaha menyiapkan entry dlm blog ini yg mengisahkan coretan aku dn anak2 serta kerinduan pada abg yang tidak terkata.. namun, entry ku itu terganggu dek luahan permintaan mak yg meminta aku membayarkan hutang adik beradikku... hilang mood dan lantas ku batalkan hasrat hatiku utk memasukkan entry itu..

Tapi memandangkan hari ini hari kedua aku berpuasa sunat, teringin pula aku memasukkan post tentang hari Asyura.. byk artikel yang menerangkan tentang Hari 'Asyura.. antaranya yg ingin dikongsi..

1. Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari)

2. Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (Sahih Muslim)

3. Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (Sahih Muslim)

4. Dari Ibnu Abbas r.a katanya, " Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, di mana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu"(Sahih Muslim)

5. Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (Sahih Muslim)...

http://aktivismuaz.blogspot.com/search?q=asyura (aku pernah juga belajar dn dengar hadith2 ni masa belajar dulu...

Kenapa kita digalakkan berpuasa.. sebab hari ini melakarkan beberapa peristiwa besar dlm sejarah Islam:

* Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
* Nabi Idris diangkat Allah ke langit.
* Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari bahteranya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
* Nabi Ibrahim diselamatkan Allah daripada dibakar Raja Namrud.
* Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
* Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
* Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakob.
* Nabi Isa diangkat ke langit.
* Nabi Ayub dipulihkan Allah daripada penyakit kulitnya
* Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun, selepas berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
* Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya daripada tentera Firaun.
* Allah mengampunkan kesalahan Nabi Daud.
* Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
* Hari pertama Allah mencipta alam.
* Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
* Hari pertama Allah menurunkan hujan.
* Allah menjadikan Arasy.
* Allah menjadikan Luh Mahfuz.

* Allah menjadikan Malaikat Jibril. 


Juga cara berpuasa hari Asyura: Puasa sehari sebelum 10 Muharam arau sehari selepasnya.. utk membezakan kita daripada Kaum Yahudi.. 

Selain berpuasa hari ini, dianjurkan solat sunat 10 Muharam yang dilakukan selepas solat fardu kecuali selepas Subuh dan Asar. Selepas solat sunat, digalakkan membaca doa bermaksud: Allah yang memelihara, sebaik-baik penolong, sebaik-baik penjaga dan sebaik-baik memberi pertolongan atau dengan membaca doa dianjurkan Saidina Ali yang memohon Allah menunjukkan jalan lurus, dijauhkan bala bencana dan dikabulkan hajat.(bagus amalan utk kita sbb kpdNYA lah kita memohon segalanya..

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menyayangi anak-anak yatim, dan lebih menyayangi mereka pd hari 10 Muharram (Asyura). Dan menjamu serta bersedekah pd 10 Muharram bukan hanya pada anak yatim tapi keluarga, anak, isteri, suami dan orang orang terdekat, kerana itu sunnah Baginda SAW dan pembuka keberkahan hingga setahun penuh. (Faidhul qadir juz 6 hal 235-236).

Oklah..Smga dapat mngambil manfaat semua...kalu tak dapat buat tahun ni, smga kita bpeluang puasa thn depan pulak..selamat berpuasa... 

*Insaf dgn ayat:

Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya, dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan...(Surah Al-Munafiquun: 11)

Allahu Akbar.....

*mood: buat2 gembira wpun hati sedih lagi..kerinduan ini takkan padam sayangku...Sayang, ummi cinta padamu.. Damailah abg di sana..al-Fatihah..

La Hawla Wala Quwwata Illah Billahil 'Aliyyil 'Aziim.......


Tuesday, 22 November 2011

Surah Kegemaran Yang Tersayang...

Bismillah Walhamdulillah was solaatu was salaamu 'alaa nabiyyinaa wa habeebinaa muhammad sollalahu 'alaihi wasallam..

[1] Apabila berlaku hari kiamat itu,
[2] Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
[3] Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).
[4](Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan.
[5] Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,
[6] Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,
[7] Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
[8] Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
[9] Dan puak pihak kiri; – alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
[10] Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), – yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
[11] Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
[12] (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
[13] (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
[14] Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian

(Surah al-Waqi'ah ayat 1-14)

Allahu Akbar… sesekali mentadabbur dalam2 setiap ayat pada Kalam Suci Allah ini…rasa menusuk terus dalam hati… Pagi yang hening ini, terasa sangat syahdu… membaca surah kegemaran suamiku ini benar2 mendamaikan jiwa… dulu, selesai subuh pasti surah Al-Waqia’h ini yang dibacanya.. dan isterinya ini, kdg2 mengikuti bacaannya.. dan kadang2 aku hanya melabuhkan kepalanya di ribaannya mendengarkan bacaannya.. Allah.. rindunya aku pada saat2 itu… Moga setiap huruf yang dibacanya dulu menjadi peneman dan cahaya untuknya di alam sana.. amin…

Dan pagi ini slesai membaca surah aku amati satu persatu maksud dan terjemahan ayat2 dlm surah ini.. Allah.. bgenang air mataku..  Dari kisah berlakunya peristiwa besar Hari Qiyamat hinggalah ke pembalasan utk umat manusia.. dari segi nikmat di syurga bagi yang beriman.. juga seksa dalam api neraka bagi yang mendustakan agamaNya (Nauzubillahi min zalik)… dan sampai ke ayat ini.. sebaknya rasa hati…

Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan; (Ayat 60)

Allah.. amat kerdilnya aku di bumi Allah ini… hati kdg2 lalai padaMU dek melayan kerinduan pd kekasihku… akal kdg2 terlanjur mempersoalkan setiap ujian dariMu.. lantas menidakkan kebenaran ayat2 dari kitabMu.. Allah… Kekalkanlah sifat redha dan letakkan kekuatan dalam hatiku dan akalku ini… Dan padaMu ya Allah ku rafa’kan doa dalam munajatku… Semoga suamiku berada dalam golongan  al-Muqarrabiin yang akan beroleh rehat kesenangan dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.juga dari puak kanan (ashabul Yamin) maka (akan dikatakan kepadanya): “Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan” (Ayat 89-91).. Allahu Allah...

Subhanallah… Katakanlah "Sodaqallah" (Benarlah apa yang difirmankan oleh Allah). ..

Usai membaca al-quran.. termenung seketika.. memikirkan kesibukan diri akhir2 ini.. tidak sempat meluangkan masa sedikit untuk diri sendiri… masaku banyak ku habiskan untuk kebahagiaan orang lain.. menyelesaikan urusan orang tanpa memikirkan diri sendiri yang kadang-kadang memberontak di dalam… Allah.. hidup seorang ibu tunggal.. bukanlah mudah.. banyak perkara perlu ku korbankan demi melihat kebahagiaan dan kesenangan orang lain… natijahnya, hati sering menangis sendiri…

Tapi, sekarang sudah pandai juga diri memujuk hati yg sering menangis ini.. setelah 6 bulan lebih pemergiaan abg, barulah ku rasa sedikit demi sedikit kekuatan dalam diri.. walau ku akui masih belum terlalu kuat untuk menjadi seperti dulu.. senyumku juga masih tidak seceria dulu.. dan ku rasa mustahil utk kembali ceria sperti dulu.. belum cukup kuat bila mendengar orang bercerita perihal kematian di mana2, masih juga aku teringat pada abg.. aku juga masih belum kuat utk membahasakan diri abg sebagai ‘arwah’… janggal benar kurasa..  apalagi bila orang membahasakan perkataan ‘arwah’ itu utk merujuk pada abg.. masih lagi ku rasa sedih…

Tak apalah, mungkin aku perlu masa lagi untuk menyulam ketabahan dalam diri ini.. setengah tahun ini mungkin belum cukup.. ada sahabatku yang mengalami takdir yang sama, walaupun sudah lebih 2 tahun masih lagi belum kuat sepenuhnya.. apatah lagi aku… sabarlah wahai hati.. apa-apa pun aku tetap bersyukur padaNya kerana DIA lah sumber kekuatan ku kini.. Pada Nya lah tempat aku meluahkan segala bebanan dalam hati dan kekalutan dalam fikiran.... Masya Allah…

Tidak ku sedari matahari sudah mula menjengahkan diri.. mengucapkan selamat tinggal buat bulan yang setia menerangi suasana malam… rasanya aku harus merehatkan diri sebentar.. kerana pagi ini aku akan ‘bermusafir’ ke Bangi untuk mengambil anakku yang mengikut Mak Ngahnya ke Cameron Highlands… mg2 Allah selamatkan perjalanan kami...

La Hawla Wala Quwwata Illah Billahil 'Aliyyil 'Aziim.......


Friday, 8 July 2011

Renungan buatku..

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud," Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga." Riwayat Bukhari..Ya Allah,berikan kekuatan padaku..amin..

Wednesday, 6 July 2011

Doaku hari ini..





"Ya Allah, Yang Maha melenyapkan segala kesusahan, wahai Yang Maha Mengabulkan setiap doa, wahai Yang Maha Mempersatukan setiap yang berserakan, wahai Yang Maha Menghibur setiap yang kesepian ... Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, aku memohon kepada-Mu agar Engkau menganugerahkan kepadaku kelapangan dan jalan keluar; aku memohon kepada-Mu agar Engkau memasukkan cinta-Mu ke dalam kalbuku; dan aku memohon kepada-Mu agar Engkau menjaga dan menyayangiku, wahai Yang Maha Penyayang..amin..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...