Bismillah wal hamdulillah..wassolatuwassalamu 'ala Rosulillah waba'd..
Syukur pada-Mu ya Allah...msh mengurniakan kekuatan dan kegembiraan padaku dan anak2.. sbnrnya ini bukanlah post yg ingin ku publish hari ini..sebetulnya usai subuh tadi, aku sedang berusaha menyiapkan entry dlm blog ini yg mengisahkan coretan aku dn anak2 serta kerinduan pada abg yang tidak terkata.. namun, entry ku itu terganggu dek luahan permintaan mak yg meminta aku membayarkan hutang adik beradikku... hilang mood dan lantas ku batalkan hasrat hatiku utk memasukkan entry itu..
Tapi memandangkan hari ini hari kedua aku berpuasa sunat, teringin pula aku memasukkan post tentang hari Asyura.. byk artikel yang menerangkan tentang Hari 'Asyura.. antaranya yg ingin dikongsi..
1. Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari)
2. Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (Sahih Muslim)
3. Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (Sahih Muslim)
4. Dari Ibnu Abbas r.a katanya, " Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, di mana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (Sahih Muslim)
5. Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (Sahih Muslim)...
http://aktivismuaz.blogspot.com/search?q=asyura (aku pernah juga belajar dn dengar hadith2 ni masa belajar dulu...
Kenapa kita digalakkan berpuasa.. sebab hari ini melakarkan beberapa peristiwa besar dlm sejarah Islam:
* Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
* Nabi Idris diangkat Allah ke langit.
* Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari bahteranya sesudah
bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
* Nabi Ibrahim diselamatkan Allah daripada dibakar Raja
Namrud.
* Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
* Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
* Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakob.
* Nabi Isa diangkat ke langit.
* Nabi Ayub dipulihkan Allah daripada penyakit kulitnya
* Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun, selepas
berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
* Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan
pengikutnya daripada tentera Firaun.
* Allah mengampunkan kesalahan Nabi Daud.
* Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
* Hari pertama Allah mencipta alam.
* Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
* Hari pertama Allah menurunkan hujan.
* Allah menjadikan Arasy.
* Allah menjadikan Luh Mahfuz.
* Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Juga cara berpuasa hari Asyura: Puasa sehari sebelum 10 Muharam arau sehari selepasnya.. utk membezakan kita daripada Kaum Yahudi..
Selain berpuasa hari ini, dianjurkan solat sunat 10 Muharam
yang dilakukan selepas solat fardu kecuali selepas Subuh dan Asar. Selepas
solat sunat, digalakkan membaca doa bermaksud: Allah yang memelihara,
sebaik-baik penolong, sebaik-baik penjaga dan sebaik-baik memberi pertolongan atau dengan membaca doa dianjurkan Saidina Ali yang memohon Allah menunjukkan
jalan lurus, dijauhkan bala bencana dan dikabulkan hajat.(bagus amalan utk kita
sbb kpdNYA lah kita memohon segalanya..
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menyayangi anak-anak
yatim, dan lebih menyayangi mereka pd hari 10 Muharram (Asyura). Dan menjamu
serta bersedekah pd 10 Muharram bukan hanya pada anak yatim tapi keluarga,
anak, isteri, suami dan orang orang terdekat, kerana itu sunnah Baginda SAW dan
pembuka keberkahan hingga setahun penuh. (Faidhul qadir juz 6 hal 235-236).
Oklah..Smga dapat mngambil manfaat semua...kalu tak dapat buat tahun ni, smga kita bpeluang puasa thn depan pulak..selamat berpuasa...
*Insaf dgn ayat:
Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya, dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan...(Surah Al-Munafiquun: 11)
Allahu Akbar.....
*mood: buat2 gembira wpun hati sedih lagi..kerinduan ini takkan padam sayangku...Sayang, ummi cinta padamu.. Damailah abg di sana..al-Fatihah..
La Hawla Wala Quwwata Illah Billahil 'Aliyyil 'Aziim.......
La Hawla Wala Quwwata Illah Billahil 'Aliyyil 'Aziim.......

No comments:
Post a Comment