Thursday, 8 December 2011

Diari Kehidupan (I)

Bismillah wal hamdulillah..wassolatuwassalamu 'ala Rosulillah waba'd..

Hari ni, dah nak msuk minggu keempat cuti sekolah... rasa sekejap sahaja masa berlalu.. pejam celik, pejam celik.. hampir 7 bulan abang pergi meninggalkan aku dan anak2... sbnrnya aku lebih suka masa ini berlalu dgn cepat.. sekurang2nya aku tidak terlalu memikirkan ketiadaan abg.. wpun tidak ku nafikan kerinduan itu tetap datang bertamu di hati..

Dulu cuti bln 12 inilah yg mnjadi kesukaan aku dan abg. kami blh pulang ke kedah bsama anak2... g jln2.. menghabiskan banyak masa bersama... indahnya saat bersamamu abg.. tak dpt kulupakan sepanjang hayatku ini.. tapi cuti kali ini, banyak masa kuhabiskan di rumah bersama2 anak2.. kalu blh ingin ku lihat mereka tersenyum puas bila melihat umminya sntiasa ada bsama..masa cuti inilah masa untukku memperuntukkan sepenuh perhatian pada mereka... Mendengar tawa riang mereka, melihat wajah mereka yang keletihan seharian bermain sedikit sebanyak melegakan kesedihan dan kerinduanku pada abinya... 


Sememangnya jadual cuti sekolah ini penuh dengan program dan aktiviti yg telah ku atur sendiri bersama anak2 dan menyelesaikan urusan2 abg yg belum selesai.. Ahad ini aku akan balik ke Kedah... keluarga mertua akan mengadakan kenduri tahlil untuk abg.. sambung pula urusan dengan Pejabat Tanah di sana... huh.. Semoga kami diberikan kekuatan untuk mengharung segalanya.. Takpalah, yang penting dapat ziarah pusara dia yang amat kurindui... 
Minggu Pertama: Jalan2 Cari Komputer.. ke Pc Fair..
Sekembalinya nanti ke sini (insya Allah), aku akan kembali menyambung urusanku dengan PTPTN pula... Allah... selagi hidup belum berakhir, selagi itulah tanggungjawab dan amanah kita tidakkan selesai... ALlah, pohon kekuatan dari Mu sepanjang aku menyelesaikan urusan2ku ini... 

Minggu Kedua: Bermain kolam di hotel..

Alya memeluk adiknya...
Program wajib: Kem Bestari Solat. Jumlah Peserta: 2 org...
Ya Allah, sesungguhnya tiada apa yg dapat mengubati derita kerinduan ini... ibarat penyakit yg tiada ubatnya.. tapi cukuplah anak2 menjadi penawar lantas dpt mengurangkan deritaku ini... Astagfirullah.. bukanlah maksudku utk meluahkan keluh kesahku atas ujianMu ini... Sejujurnya hati dan jiwa masih belum kuat menelan segala kepahitan ini.. 

Teringat aku, saat menerima ujian ini aku merasakan dunia gelap.. apa yang ada di sekelilingku bagaikan tidak ada maknanya.. aku diibaratkan satu bilik yang tertutup dan tiba2 lampu itu terpadam.. di saat itu, terasa pisau yang tajam menikam2 hati ini.. ms itu, terkapai2 aku seketika... ku rasakan kehidupanku sudah berakhir... waktu itu, hati cuba beristigfar panjang.. cuba mencari kekuatan dalam diri... cuba berfikir tentang nasib anak2 ini andai aku terus begini... kalaupun kehidupanku telah pergi bersama abang, aku masih punya tanggungjawab pada anak2 yang kehidupan mereka baru sahaja bermula..


Minggu Ketiga: Tolong Ummi katalog buku2 sekolah sambil membaca...


Allah, kuatkanlah hambaMu ini... Semoga Kau sentiasa memberiku penawar atas derita kerinduan yang ku tanggung ini.. Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, Maha Melindungi dan Maha Benar... Dan jagalah aku dan anak2ku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat... Ya ALLAH ya tuhan kami, KAU ampunkanlah segala dosa-dosa suami, ayah serta kakakku baik kecil mahupun besar. Kau peliharalah roh mereka dan tempatkan mereka bersama-sama orang-orang yang soleh. KAU perluaskan dan terangkan kubur mereka. Lepaskan mereka dari seksa kubur. Dan KAU sampaikanlan sedekah dan amalanku kepada mereka….Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Cintaku...
Aku selalu bersabar menantikan dirimu
karena aku sayang padamu dengan kesungguhanku
Aku rela bersabar menantikan dirimu
Kerana hanya dirimu sayang
Yang selalu kurindu

Aku selalu bersabar aku rela bersabar
Aku kan bersabar menantikanmu Duhai kekasihku



La hawla wala quwwata illa billah..........

1 comment:

  1. salam pa'e.. :)
    kak nashwa ni..
    doa buat pa'e dan anak2..
    pa'e kuat..!
    yakinlah.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...