Showing posts with label Ayat Al-Quran. Show all posts
Showing posts with label Ayat Al-Quran. Show all posts

Tuesday, 22 November 2011

Surah Kegemaran Yang Tersayang...

Bismillah Walhamdulillah was solaatu was salaamu 'alaa nabiyyinaa wa habeebinaa muhammad sollalahu 'alaihi wasallam..

[1] Apabila berlaku hari kiamat itu,
[2] Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
[3] Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).
[4](Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan.
[5] Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,
[6] Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,
[7] Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
[8] Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
[9] Dan puak pihak kiri; – alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
[10] Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), – yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
[11] Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
[12] (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
[13] (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
[14] Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian

(Surah al-Waqi'ah ayat 1-14)

Allahu Akbar… sesekali mentadabbur dalam2 setiap ayat pada Kalam Suci Allah ini…rasa menusuk terus dalam hati… Pagi yang hening ini, terasa sangat syahdu… membaca surah kegemaran suamiku ini benar2 mendamaikan jiwa… dulu, selesai subuh pasti surah Al-Waqia’h ini yang dibacanya.. dan isterinya ini, kdg2 mengikuti bacaannya.. dan kadang2 aku hanya melabuhkan kepalanya di ribaannya mendengarkan bacaannya.. Allah.. rindunya aku pada saat2 itu… Moga setiap huruf yang dibacanya dulu menjadi peneman dan cahaya untuknya di alam sana.. amin…

Dan pagi ini slesai membaca surah aku amati satu persatu maksud dan terjemahan ayat2 dlm surah ini.. Allah.. bgenang air mataku..  Dari kisah berlakunya peristiwa besar Hari Qiyamat hinggalah ke pembalasan utk umat manusia.. dari segi nikmat di syurga bagi yang beriman.. juga seksa dalam api neraka bagi yang mendustakan agamaNya (Nauzubillahi min zalik)… dan sampai ke ayat ini.. sebaknya rasa hati…

Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan; (Ayat 60)

Allah.. amat kerdilnya aku di bumi Allah ini… hati kdg2 lalai padaMU dek melayan kerinduan pd kekasihku… akal kdg2 terlanjur mempersoalkan setiap ujian dariMu.. lantas menidakkan kebenaran ayat2 dari kitabMu.. Allah… Kekalkanlah sifat redha dan letakkan kekuatan dalam hatiku dan akalku ini… Dan padaMu ya Allah ku rafa’kan doa dalam munajatku… Semoga suamiku berada dalam golongan  al-Muqarrabiin yang akan beroleh rehat kesenangan dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.juga dari puak kanan (ashabul Yamin) maka (akan dikatakan kepadanya): “Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan” (Ayat 89-91).. Allahu Allah...

Subhanallah… Katakanlah "Sodaqallah" (Benarlah apa yang difirmankan oleh Allah). ..

Usai membaca al-quran.. termenung seketika.. memikirkan kesibukan diri akhir2 ini.. tidak sempat meluangkan masa sedikit untuk diri sendiri… masaku banyak ku habiskan untuk kebahagiaan orang lain.. menyelesaikan urusan orang tanpa memikirkan diri sendiri yang kadang-kadang memberontak di dalam… Allah.. hidup seorang ibu tunggal.. bukanlah mudah.. banyak perkara perlu ku korbankan demi melihat kebahagiaan dan kesenangan orang lain… natijahnya, hati sering menangis sendiri…

Tapi, sekarang sudah pandai juga diri memujuk hati yg sering menangis ini.. setelah 6 bulan lebih pemergiaan abg, barulah ku rasa sedikit demi sedikit kekuatan dalam diri.. walau ku akui masih belum terlalu kuat untuk menjadi seperti dulu.. senyumku juga masih tidak seceria dulu.. dan ku rasa mustahil utk kembali ceria sperti dulu.. belum cukup kuat bila mendengar orang bercerita perihal kematian di mana2, masih juga aku teringat pada abg.. aku juga masih belum kuat utk membahasakan diri abg sebagai ‘arwah’… janggal benar kurasa..  apalagi bila orang membahasakan perkataan ‘arwah’ itu utk merujuk pada abg.. masih lagi ku rasa sedih…

Tak apalah, mungkin aku perlu masa lagi untuk menyulam ketabahan dalam diri ini.. setengah tahun ini mungkin belum cukup.. ada sahabatku yang mengalami takdir yang sama, walaupun sudah lebih 2 tahun masih lagi belum kuat sepenuhnya.. apatah lagi aku… sabarlah wahai hati.. apa-apa pun aku tetap bersyukur padaNya kerana DIA lah sumber kekuatan ku kini.. Pada Nya lah tempat aku meluahkan segala bebanan dalam hati dan kekalutan dalam fikiran.... Masya Allah…

Tidak ku sedari matahari sudah mula menjengahkan diri.. mengucapkan selamat tinggal buat bulan yang setia menerangi suasana malam… rasanya aku harus merehatkan diri sebentar.. kerana pagi ini aku akan ‘bermusafir’ ke Bangi untuk mengambil anakku yang mengikut Mak Ngahnya ke Cameron Highlands… mg2 Allah selamatkan perjalanan kami...

La Hawla Wala Quwwata Illah Billahil 'Aliyyil 'Aziim.......


Sunday, 14 August 2011

Ramadhan tanpamu.. (Episod 1)

Bismillah Walhamdulillah was solaatu was salaamu 'alaa nabiyyinaa wa habeebinaa muhammad sollalahu 'alaihi wasallam..



(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali".(al-Baqarah: 156)


Mati itu pasti.. Allah..bagaimana harus ku mulakan episod Ramadhanku ini..sebetulnya aku sedikit shocked dengan berita kematian anak jiranku yang baru berusia 40-an..sakitnya aku kurang pasti,namun katanya penyakit yg berkaitan dgn hati…yg menyentuh hatiku ialah mengenangkan betapa bertuahnya arwah kerana menemui Allah pada hari jumaat di bulan Ramadhan yg mulia ini..2 kali keberkatan yg arwah dapat,penghulu segala hari dan penghulu segala bulan..Allahu Akbar…pemerhatianku yg dhoif ini melihat arwah bukanlah seorg yg alim..malahan bersosial jgk la..Cuma mungkin ada kelebihannya yang Allah pilih hari ini dan bulan ini sbgai detik pertemuan dengan Dia yg empunya jiwa setiap insan…

Allah…..berfikir…bagaimana aku nanti ya Tuhanku..layakkah aku diterima sebagai hambaMu yang solehah. Aku tdk dapat menjadi ibu yg sempurna pada anak2ku..selalu memarahi mereka apabila mereka berbuat salah..padahal aku tahu mereka masih kecil..dulu, abg ada dia selalu menjadi back-up slps kemarahan yg aku lontarkan pada mereka..kini……

Aku juga bukanlah  isteri yg baik pada suamiku..selalu merajuk..(abg setia memujuk)…selalu membuat dia risau…aku juga tidak sempat meminta maaf di atas segala kesalahanku selama ini.(adakah abg memaafkanku?menghalalkan segala makan dan minumku…. ) kadang2 aku bdoa mg dia kembali utk aku meluahkan kekesalan dan memohon maaf atas segala kesilapanku kerana tidak menjaganya dengan baik..tdk melayan keperluannya dengan sempurna,namun mustahil segala2nya akan berlaku sperti doaku itu…kini,jasadnya jauh dariku…aku hanya mampu bermunajat padaNya yg Maha Mengetahui akan isi hatiku ini……Allahu Allah…

Abg,kalu  diberi peluang umi ingin sekali bertemu denganmu.. menatap wajahmu yg umi rindu selalu.. berbicara denganmu smbil menggengam erat tanganmu.. merasai kesyahduan ciumanmu di dahiku setiap pagi… abg,umi rindukan smua itu….. sungguh…….. ingin sekali,umi membawa abg kembali ke pangkuan keluarga kita..bsama anak2… tapi semua itu melangkaui batas kt sebagai insan yang lemah abg…umi hanya mmpu berdoa agar kt sentiasa dipertemukan di alam mimpi..wpun bukan realiti, umi sudah cukup bersyukur..agar dapat melihat abg selalu…..dengan keizinanNya,insya Allah……..

Saturday, 6 August 2011

Marhaban ya Ramadhan...


Bismillah Walhamdulillah was solaatu was salaamu 'alaa nabiyyinaa wa habeebinaa muhammad sollalahu 'alaihi wasallam..


Kata pepatah Arab, kewajipan itu lebih banyak daripada waktu.. begitu terkesan aku dengan pepatah ini..waktu yang berlalu di bulan Ramadhan ini aku rasakan begitu cepat... cepat berlalu seiring dengan tangisan dan kesedihan yang tidak tertanggung di bulan yg mulia ini..sehinggakan aku terlambat mengucapkan marhaban ya Ramadhan dengan kehadiran bulan hidayah ini...

Begitu sayu kali pertama menyambut kehadiran bulan yang lebih mulia dari seribu bulan ini tnpa kehadiran insan yang bernama suami... aku xsangka tahun lepas adalah tahun terakhir aku meraikan bulan ramadhan ini bersamanya... tahun terakhir aku mengejutkannya dan menydiakan makanan sahurnya, juadah berbuka untuknya..dan tahun yg terakhr aku menatap wajahnya ketika bersahur dan berbuka..rindu untuk mendengar suaranya ketika bertadarrus bsama dan bertarawih berjamaah...dan yang paling penting rindu untuk melihatnya melayan karenah anak sulong kami untuk belajar berpuasa…

abg…anak kita alya yg baru 6 tahun ini sudah mula berpuasa sbgaimana yg abg didik dia dahulu..sudah blh bangun sahur apabl dikejutkan..dan bertarawih ckup 8 rakaat bcampur 3 witirnya…fawwaz pula wpun belum blh bpuasa,sudah pandai mengikut umi ke msjid bertarawih..duduk bsimpuh di hujung soff dgn sabar menunggu tarawih tamat..bila penat dia akan berbaring atas bantal yg umi sediakan,siap dgn susu sebotol..kalau abg ada,umi pasti abg pasti tsenyum bangga melihat anak2 kita ni kan…umi berdoa siang dan malam agar mereka menjadi anak yg soleh dan solehah yg bakal mdoakan dan mhantar bekalan pada abg di sana dan pada umi juga yg pasti kan menyusul langkah abang nanti.....amin…

Malam tadi,5 ramadhan..imam mbacakan ayat daripada surah luqman…
“Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok, dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”.  (Q.S. Luqman :34)

Aku menangis….sungguh tdk tertahan air mata ini…sesungguhnya benar lah belaka ayat2Mu ya Tuhanku..di hatiku mengakui kebenaran ayat2 kalamullah ini…Allahu Allah..sesungguhnya manusia makhluk yang lemah…tidak mengetahui di bumi ia akan mati…di mataku terbayang wajah pucat dan jasad abg yang kaku pada hari itu…Benarlah kata2 Tuhan..dan benar juga apa yang berlaku pada hari itu..Allahu Akbar…tak tertanggung rasanya.. Allah,pinjamkan kekuatan padaku agar aku dapat terus kuat menahan rindu yang memenuhi segenap jjiwaku...




Takkan pernah ada yg lain disisi, 
Segenap jiwa hanya untukmu
Dan takkan mungkin ada yg lain disisi, 
Ku ingin kau disini tepiskan sepiku bersamamu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...