Bertautlah bercambahlah cinta.. Mengharum dalam jiwa.. Menemukan kerinduan syahdu.. Pada yang Maha Esa... Sutera kasih membelai.. Membalut kelukaan itu.. Sutera kasih melambai.. Mengisi kekosongan pengharapan.... Rela pasrahkan kehidupan... Mengharungi cabaran... Rintangan perjalanan di hadapan.. Doa dan titis air mata.. Mendamba sutera kasih.. Agar terus bersemi selamanya...
Mohon kekuatan dari-Mu ya Allah..meneruskan hidup ini tanpa dia yg amat aku cintai..
Tukar..tukar..tukar...nak tukar ke tak..nak tukar ke tak..huh..mlm ni berkali2 aku try membuka aplikasi pertukaran guru tapi gagal..ya Allah..kenapa susah sgt perjuanganku kali ini..dari sekolah tadi sampailah malam ini,belum slesai jgk urusanku ini..Allah tdk meredhai hasratku ini ke..bmcm2 bmain d fikiranku ini..
Kali ini aku tekad mengisi pertukaran guru d dlm daerah..bukan tdk suka dgn sekolahku skrg..cuma aku punya sebab dan alasan lain..dari bulan 5 sjk abg tiada,aku berulang kali ke pejabat mmohon ptukaranku ke sekolah yang lain demi menunaikan hasrat dan mungkin juga wasiat suamiku..
Abg pernah bkata padaku ms ptukaran kami ke n9...anak sulong kami,alya mesti mengikut salah seorg dari kami di saat dia akan mdaftar ke tahun 1 pd 2012 ini..tapi bl penempatan aku di sekolah di bwh 'aliran lain' abg awal2 lg melarang aku mbawa alya berskolah di sini nanti..maka tugas mjaga alya seterusnya mendaftarkan alya diambil alih oleh abg (wpun ketika itu abg sakit dan tlhpun btgkat) abang lah yang mbawa dia ke prasekolah sekolahnya dan mdftarnya di tahun 1 sekolah itu..tapi skrg abg tlh pun meninggalkan aku dn anak2 di dunia ini..bermakna aku akan mengambil alih tugas utk bsama2 dgn alya di satu sekolah yg sama..
Atas alasan itu,aku nekad btemu dengan ktua sektor utk berbincang, alhamdulillah ustaz itu memhami hasrat ku ini..tapi lama slps itu,dia mhubungi aku dn berkata bhwa ptukaranku dari sabah msh baru,skurg2nya ptukaran hnya blh dibuat slps 1 tahun prkhdmatanku di sekolah itu..dia kata cuba lg bulan 9 ni...kini genap setahun aku di sini..harap2 ptukaran ini dipermudahkan oleh Allah dan diluluskan oleh golongan2 tertentu,amin...
Semoga perjuanganku kali ini akan cepat selesai..ditambah2 plk dgn ujian2 yang lain sejak ketiadan suamiku..Allah.......hanya Engkau sahaja yang Maha Mengerti hatiku ini... betapa rindunya aku pada dia..kuatkan aku ya Allah...lemahnya aku ini ya Tuhanku...
Hari ni 4 bulan pmergiaan suami tsayang ke rahmatullah..Syukur padaMu ya Allah atas segala kekuatan yang telah Kau limpahkan kepada hamba ini ya Allah..hamba bdoa agar kekuatan ini terus Kau kurniakan kepada diri ini..janganlah Kau biarkan diri ini mharungi hidup di dunia ini tnpa bimbingan dan hidayah dariMu ya Allah..
Dah 2 minggu tidak bkesempatan mengupdate status di blog ku ini…tiada perasaan utk mcatat sesuatu..wpun hatiku meronta2 utk meluahkan segala2nya.. masa banyak kuhabiskan dengan bjalan ke kedai2 buku (hobi tbaru)…. menelaah buku2 yg kubeli sbg motivasi peribadi bg diriku ini.. entahlah akhr2 diri ini kian lemah.. mencari2 buku sbg motivator peribadi.. dulunya suami menjadi motivator yg setia.. dari saat bangun tidur,pergi sekolah, balik sekolah, smpaila ke saat tidur semula… dialah yg banyak memberi aku kata2 semangat, menegur kesilapan ku…
Dulu, dialah pendengar yang setia.. mdengar segala celoteh isterinya ini.. mdengar luahan hati seorg isteri tentang karenah anak2, mslh di sekolah..bila aku kehilangan dia, aku kdg2 seolah hilang arah.. hilang tpt bmanja.. Ya Allah aku tidak mahu lg bsedih.. bantulah aku ya Rahman.. lindungilah aku dari rasa putus harap pada-Mu.. ya Allah..
Sudahlah wahai sesuatu yang bnama kesdihan..pergilah jauh2… aku ingin hidup sekadar mampu.. tapi penuh makna demi anak2 permata hati dan buah cinta dari suami yang kusyg…
Sibuk jg membawa anak2 berjalan2 hiburkan hati mereka.. sekurang2nya terubat jgk hati mereka.. akhr2 ni jgk,anak2 semacam mencari2 dan merindui sesuatu.. alya,pantang dimarahi pastikan cepat rajuknya…pnjg tangisnya…ksian aku tengok.. fawwaz plk asyik mengulang2 ayat yang sama.. umi, abi kat 'ampung'… kdg2 abi naik bas…entahlah apa yg bmain di fikiran anak bujangku itu.. Cuma doaku agar mereka terus kuat dan tabah mhadapi segala ujian dlm hidup ini tnpa kasih dn didikan abinya… dan moga2 aku dan anak2 kan terus bersabar dlm mharap redho-Mu ya Allah sepertimana sabar dan redhonya suamiku pabila menghadapi segala ujian dariMu dulu…
Aku tahu inilah kasihMu Aku tahu inilah cintaMu Dan ku tahu di segenap ruang rasaku Telah Kau titipkan kekuatan buatku
Menghadapi tarbiyah dariMu ini wahai Tuhan Rabbul Jalil...
Al-Fatihah utk suami yang amat ku cintai…. Semoga abg tenang di alam sana...
Hari ni,5 Syawal..dah hari kelima umat Islam merayakan ‘Aidulfitri..wpun penat akibat perjalanan ke kedah belum reda lagi, aku tekad memulakan puasa keenamku..alhamdulillah sudah masuk hr ketigaaku bpuasa.. bukan apa..biarlah penat dan letih bpuasa ini dapat melupakan aku dari kesedihan yang terpendam ini..
Alhamdulillah, aku memulakan pjalanan ke Kedah pada malam hari raya yang pertama..bukan tdk mahu btolak lebih awal..Cuma meraikan tetamu yg tdk putus2 dtg ke rumah membuatkan kami tpaksa memulakan pjalanan jam 9 lebih mlm tu..t.ksh abg shafik dan abg fauzi krn sudi menemaniku ke kedah kali ini..mak juga turut serta..maka btolaklah kami 6 beranak ke sana..pjalanan malam kali ini bersama abg shafik benar2 mengimbau kenangan pahitku pada malam aku btolak ke kedah utk menghantar dia menuju rumah barunya di alam sana..Cuma bezanya pjalanan kali ini, air mataku agak kurag..(Cuma sebak sekali sekala).. berbanding pada malam 15/5 yg lalu..air mata ku seperti air hujan yg mncurah2 ke bumi..ya Allah,benar2 mngimbau kenangan itu..pahitnya ku rasa..sakit perit menikam di jiwa…Allahu Akbar..Allahu Akbar..
Aku amat bsyukur kali ini abg2ku bsetuju menunaikan hajatku utk menziarahi puasaranya di sana..mlm itu,abg Shafik dn Abg Fauzi bgilir2 memandu.. akibat keletihan,aku kdg2 terlena..aku tsedar bila a.fauzi masuk ke susur keluar Sungai Petani..peliknya ku rasa,rupa2nya dia mcari stesen minyak..mak terjaga juga dn mcadangkan kami menginap di resort d sg petani malam itu memandangkan jam sudah hampir pukul 3 pagi..
Esoknya kami meneruskan pjalanan ke pendang..smpai di pendang jam 12..agak jem jalannya..teringat kata2 suami tsyg..pendang ni kalu time2 raya memang jem..tsenyum seketika mengingatkan memori bersama abg.juga bila melalui tempat2 yg meninggalkan kenangan manis padaku dan si dia..smpai di pusara kekasihku itu pada jam 12.30tghari..tenangnya ku rasa di kuburan itu,tdk sedikitpun merasakan hangatnya mentari wpun matahari pada tika itu tegak di atas kepala kami..
Setelah mngucapkan salam di pintu kuburan itu,aku menuju pusara abg… Allahu Akbar.. tiba2 kaki ini terasa lemah..mahu saja aku tkulai di atas pusara itu..memeluk pusara abg..tapi ku kuatkan semangat.. bristigfar bnyak2 di dlm hati..memeluk erat si kecilku, fawwaz yang tlena di bahuku ketika itu… “Assalamualaikum abg..umi datang..umi rindukan abg.Slmt hari raya suamiku sayang..”diam2 aku bkata di dlm hati..hati ini mula sebak..ku tahan juga..Aku memegang bahu alya.."alya bagi salam kat abi..kita duduk sini doa utk abi ye syg.."aku melarikan diri seketika mencari kekuatan diri..smbil beralasan ingin mcari tikar di bgsal kuburan itu…setelah mengambil tikar dan duduk di sebelah pusara abg,fawwaz tjaga.. “Fawwaz,ini kubur abi..fawwaz kan nk jmpa abi..” fawwaz hanya memandangku tnpa bkata apa2.. tiba2 dia mngangguk2 smcm memahami apa yg aku katakan.Allah, btmbh sebak ku rasa..
Ku cuba mencari kkuatan dgn memandang ke pusara abg.. memandang kosong pada batu nisan kelabu yang bdiri kaku itu..juga pada batu2 kecil bwarna hijau dn putih di atas pusara abg.. Abg fauzi memulakan bacaan al-fatihah, selawat dan Yaasin..aku hanya sebak..sampai di ptghan surah, mataku yg bkca2 ini tdk dpt dibendung lagi..akhrnya berlinangan juga air mata ini..Allah..sakitnya menahan perasaan ini,ya Allah..kuatkanlah hambaMu yg bdosa ini…bkali2 ku cuba menahan tangisanku agar tdk keterlaluan dgn menumpukan spenuh tumpuan kepd bacaan Yaasinku itu..alhamdulillah,reda jgk tangisanku..tiba2 aku tdengar spti org menangis d blkgku..rupa2nya emak juga menangis..pada tika itu, perasaan hibaku kembali..dan aku menangis lagi..ya Allah.. ampuni aku..ssungguhnya telah ku cuba menahan tangisan ini..tapi hatiku tlalu hiba dan sayu…ya Allah..
Ku cuba mengalihkan phatianku pada alya..kulihat alya merenung pusara abinya..sayu mata itu..fawwaz plk..memegang2 batu blok yg disusun ayah mertuaku di sekeliling pusara abg… Masya Allah.. anak2ku.. kuatnya kalian..maka umi pun harus lebih kuat..aku memujuk2 diri..setelah hbs bacaan yaasin dan doa, aku, alya dan fawwaz menyiram pusara abg dengan air yg kami bawa lantas memetik daun2 hijau dan mberi pada alya dan fawwaz utk diletakkan di atas pusara abg.. abg fauzi dan abg shafik pula kulihat bjalan mnuju ke pokok yg bdekatan dan mengambil dahan kecil pokok itu lalu ditanam di atas pusara abg..t.ksh abg2ku..abg syg,smoga pokok2 ini dan dedaun ini akan terus bzikir pada Allah dan membantu abg di sana..
2 minit ku ambil masa btafakkur di pusara abg slps itu..melihat pusara insan yg amat kucintai itu..duduk di situ terasa dekat sangat dengan abg..tapi sedih kerana tak dpt melihat abg..namun hatiku puas dan lega melihat pusara itu..tenang dan bersih..jg pada ukiran hasil tangan ayah.. alhamdulillah, ayh mjaga dengan elok rumah baru abg… benar kata mak,ayah selalu mjenguk pusara abg dan mbersih2kannya.. sayang, keputusan yang tepat umi buat..mengebumikan abg di sini..di kg abg..umi pasti abg tenang di sini..abg juga pasti tdk sunyi dengan kehadiran ayah dan adik beradik yg lain di sini.. wlaupun umi sedih dan snyi di sana..teringin selalu mengunjungi rmh baru abg ini.. tdk mengapa abg… umi redha…umi gembira kerana tahu dan yakin redha ayah dan mak akan membahagiakan abg di alam sana..insya Allah Taala…
Stlh bkemas,kami bgerak meninggalkan pusara abg..berat kaki ini melangkah berat lagi rasa hati untuk meninggalkan pusara abg itu..ingin shja aku tinggal di situ menemani abg..hati beristigfar lagi..wahai hati,tenanglah kamu..jgn diikutkan rasa itu… “abg,umi pulang dulu..umi akan datang lagi..assalamualaikum wahai kekasihku..” ku gagahkan kaki ini melangkah ke kereta.. ya Allah… Tiada daya dan kkuatn melainkan semua itu dariMu ya Allah.. ssungguhnya ujian dan dugaan ini dari Mu, maka ku pohon kekuatan dariMu jua ya Allah…
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (surah Az-Zumar: ayat 53)
Abg sayang, kekasih hati ummi..smga Allah menjaga abg di sana.. Bersemadi dan berbahagialah abg di alam sana..sampai masa dan ketikanya, kuturuti jua langkahmu nanti....La hawla wala quwwata illa billahil "aliyyil 'azim....