Wednesday, 7 November 2012

Penutup Tirai 2012 ep. 1

Bismillah wal hamdulillah...

Rindunya jari jemari ini menari2 di atas papan keyboard menaip butir2 kata yang bermain2 di dlm kotak fikiran.. namun kekangan masa dan ruang menjadi halangan bg saya utk terus aktif mengupdate laman ini...semakin dekat cuti sekolah, semakin menimbun kerja2 yg perlu dibereskan oleh saya sbgai seorg guru.. semakin byk sistem2 online yg perlu diupdate kepada kementerian... markah murid, data murid, data guru, senarai kursus guru, pentaksiran murid... bertarung dgn masa yang terhad dan kelembapan line internet yang agak lembap, semuanya memerlukan hati yg sabar demi tugas... satu2 markah yang nak dimasukkan memerlukan 2-3 min.. bygkan berapa lama masa yg diperlukan utk mengisi sejumlah 36-40 org pelajar bg satu2 kelas... rungutan biasa dlm bilik guru.. sanggup berjaga pukul 3pg utk mengisi online.. mmm... sabar ajalah...

belum masuk majlis2 yg perlu dikelolakan sbgai penutup sesi 2012 ini.. majlis khatam al-Quran, Hari Kanak2, Hari Anugerah, mesyuarat2, sijil2... mmm, terkejar2 rasanya.. balik dr sekolah baru rs letih dan lenguh kaki... ksian plk pd anak2.. balik dgn keletihan, layanan pada anak2 pun sekadar aja.. balik saja, mcm2 rungutan anak2.. umi ni asyik keja aja.. balik lmbat.. sabarlah anak2 ummi, nnti dah cuti sekolah blh manja byk2 ngan ummi ye...

Mmm.. byknya saya membebel hari ni pasal tugasan2 saya di sekolah.. :) sekadar luahan rasa.. cabaran seorang guru hari ni... diberi bebanan kerja yg melebihi dr keupayaan diri dan masa.. apa2pun smga saya sentiasa bersyukur dan redha.. bukan mudah utk melaksanakan apa sekalipun tanggungjawab kita andai tiada sifat syukur, redha, sabar dan berserah pada ALlah.. Dia yang mentakdirkan kerjaya ini di sekolah besar ini buat saya, maka Dialah jua yg memberi kekuatan utk menempuh segalanya.. juga semoga dikurniakan kesihatan yg bpnjangan buat saya dan anak2...

wpun x dinafikan, sesekali air mata ini menitis.. menanggung segala kesibukan ini sendirian... dulu, ada tpt ingin mengadu dan bercerita...  kini pada anak2 sy curahkan segalanya.. anak2 lah tpt sy melepaskan rindu yang terlampau padat di hati ini... tp sy tahu segalanya ada hikmah di sebalik sesuatu.. mungkin Dia mentakdirkan kesibukan ini utk sy melupakan sedikit kesunyian hati.... mm.. ya!!! saya tak blh lemah.. Allah kan ada bersama sy....

saya pernah mendengar ungkapan ringkas tapi padat dengan makna... Guru Jutawan Akhirat.... bunyinya agak ringkas tapi perlu difikir2 apa yang tersirat dari yg tersurat..  Cuma dr segi tafsiran sy sbgai insan biasa ialah kalau seorg guru itu benar2 menghayati tanggungjawabnya dan mendidik anak2 murid dgn ikhlas, maka itulah saham yang akan menjadi bekalan di akhirat sana.. sebagaimana yg disabdakan oleh Rasulullah dalam hadith:

“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan tiga perkara ; Sedekah Jariah, Ilmu yang bermanfaat, Anak soleh yang mendoakan keatasnya”

[Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari]

*** saya ingin sekali menjadi seorang guru yg menjadi jutawan di akhirat.. ya Allah, bantulah saya…. terfikir, abang juga seorang guru.. semoga abang juga menjadi jutawan di sana hasil curahan ilmu di dunia ini dgn ikhlas...aamiin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...