Showing posts with label mimpi. Show all posts
Showing posts with label mimpi. Show all posts

Friday, 28 December 2012

Ya Allah.. saya rindukan dia...

Bismillah wal hamdulillah..

Menghitung hari utk kembali ke sekolah wlaupun pd hakikatnya mmg saya tlh mula bersekolah secara tdk formal.. pegi mesyuarat balik mesyuarat.. pergi print balik rumah.. mcm2 sejak makhluk yg bernama KSSR ini muncul dlm kehidupan seorg guru spti saya.. hehe.. itu sbbnya tertunda2 entri terbaru utk blog ini sampailah hari ini sy merasakan ingin meluahkan mengenai mimpi saya semalam.. insan yg senasib dengan saya sahaja yg paham bagaimana perasaannya bila dpt bermimpi orang yg dirindu… bahagiaaaa sangat rasanya….

Ya, smlm saya bermimpi abang.. terlalu lama menanti saat ini akhirnya Allah hadirkan dia sekali lg dlm mimpi saya.. mimpi yg berlaku pada malam tadi.. malam jumaat.. saya bermimpi dia mengajak saya melihat satu konsert nasyid.. (mungkin ada kaitan dgn rasa kempunan melihat konsert Demi Palestin yg berlangsung hari tu..hehe) yg sy ingat ada kump inteam yg sdg buat persembahan.. dlm dewan tu diasingkan penonton lelaki dan perempuan.. jadi terasinglah kami duduk buat seketika.. stlh hbs konsert, saya mencari2 dia.. mmm..tersenyum nampak dia dan terus mendapatkan dia…


Saya berkata pada dia, ‘abang, ummi kena balik lps ni.. sbb anak2 tinggal ngan mak kat umah.. jom abang kita balik…’  abang tersenyum dan berkata, ‘malam ni tak payah la balik.. kita tido mana2.. abang xpuas lagi jumpa ummi..’ saya tersenyum manja, memeluk abang dan membalas.. ‘ok..nanti ummi telefon mak kejap bagitahu… ternyata sekejap saja peluang yg Allah bagi utk menatap wajah abg.. selesai telefon mak, bila saya berpaling sahaja, saya lihat abg sudah tiada.. saya memanggil2.. tapi tiada sahutan dr dia.. Allahu Akbar.. terus terjaga.. Allah… sedihnya hati yg tidak dapat diungkapkan dgn kata2.. hanya Allah sahaja yg tahu kepedihan itu… saya tiada hati utk menyambung tidur saya malam td dan terus bangun utk menunaikan solat tahajud.. smga Allah beri kekuatan… smga Allah beri ketenangan…smga Allah pelihara insan ksygan saya di sana.. semoga abg baik2 sahaja… aamiin………..

Sedih hati ini.. namun tetap bersyukur…….

Sayu terpisah

Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu


Sunday, 16 September 2012

Rinduku terubat di alam mimpi..

Bismillah Walhamdulillah.. was solaatu was salaamu 'alaa nabiyyinaa wa habeebinaa Muhammad sollalahu 'alaihi wasallam..


Pg td, entah kenapa… usai solat subuh.. lama sy termenung di sejadah kesygan yg selalu sy bawa bersolat di masjidil haram dan nabawi... sedih.. pedih rs hati menanggung perasaan ini… sy teringatkan abg… dan hati rasa berat menanggung sesuatu.. sesuatu yang payah nak diluahkan… Allahu rabbi… hati memendam sebak yg amat sangat… sesuatu yang menyesakkan dada sehingga saya memejamkan rapat2 mata sambil hati beristighfar panjang… Allah.. saya tahu ini semua ujian dariMu… sy teringatkan abg… bayangan demi bayangan wajah abang bermain2 di mata saya… senyumannya.. matanya… saya tahu ini tandanya Allah sedang menghadirkan perasaan rindu yg teramat sangat kepada suami saya.. seharusnya saya bersyukur kerana masih diberikan anugerah rindu ini… tapi dlm masa yg sama, sy tidak dapat menidakkan jeritan hati saya utk memeluk dia.. menyentuh dia dgn tangan saya sendiri.. Allah…betapa tidak kuatnya hati saya menanggung semua ini…

Astaghfirullah….. Astaghfirullah…..  Astaghfirullah…..

Cube menenangkan diri… memujuk hati supaya terus bersabar… terus kuat demi anak2…sambil tangan saya memegang dada yg sakit menahan peritnya menanggung rs rindu ini.. mata saya pejam..cuba tidur sekejap utk menenangkan gelodak d jiwa... terlena.....dan bermimpi......

tiba2 terdengar suara.. "kenapa syg abg?" sy menoleh ke arah suara.. ABANGGG... saya terus memeluk abg dan menangis sepuas2nya... gembira dapat bertemu dan memeluk abg...tidak ingat apa yg sy luahkan pd abg... cuma apa yg diingat ialah betapa eratnya saya memeluk tubuh abg dek kerana hati yg diasak kerinduan...

tiba2 terbangun...astaghfirullahhhh.. tangan menyapu pipi..eh kenapa tiada air mata sdgkan td sy menangis sungguh2 di dlm pelukan abg... astaghfirullah..saya bermimpi rupanya... Ya Allah.. sesungguhnya Engkau Maha Mengerti apa aku rasa ini... Engkau menunjukkan kuasaMu menghadirkan insan kesygan ku utk mengubat rindu yg sarat ku tanggung ini.. aku bersyukur pd Mu ya Allah... 

alhamdulillahi Rabbil 'alamin........



Wednesday, 29 February 2012

Ketenangan sebuah mimpi...

Bismillah Walhamdulillah was solaatu was salaamu 'alaa nabiyyinaa wa habeebinaa muhammad sollalahu 'alaihi wasallam..

2 minggu lebih tiada entry terbaru dalam blogku ini.. sibuk.. sibuk.. sibuk.. entahlah.. akhr2 ini, terasa masa begitu cepat.. rasa mcm tak cukup tangan nak buat semuanya.. masa begitu mencemburui aku…

Ditambah pula dgn tugas2 sekolah yang menuntut komitmen lebih dariku  untuk menyelaras soalan2 untuk Ujian Penggal Pertama.. dalam kesibukan itu, sempat juga aku curi2 masa membeli barang2 dan ole2 utk dibawa semasa percutianku bersama anak2 nanti…

Isnin lalu, ayah mertuaku datang membawa ole2 dari kedah di samping menjenguk cucu2nya ini.. kulihat wajah cengkungnya aku jadi sedih dan mengingatkan aku pada abg.. tidak banyak yang kami bualkan.. Cuma ada ku tanyakan tentang kubur abg..

- Ayah ada pegi kubur?
Ayah: Selalu ayah pegi.. jangan risau..
- Saya nak balik jgk.. lama tak pegi.. tapi tak taula ayah.. susah nak cari masa…
Ayah: xpa lah.. nanti kalu nak balik kau cakaplah..
- Kubur ok ke ayah?
Ayah: OK.. tak dak apa.. Cuma ayah tambah sikit tempat nak duduk tepi kubur tu.. nanti kau balik senang la sikit nak duduk..

Sebak aku ketika itu.. Abg.. ummi tahu ayah dan adik2 yang lain selalu jaga rumah abg di sana.. umi juga rindu untuk ke sana.. apakan daya ummi.. ummi hanya mampu kirim doa dan Yasin buat abg yang ummi rindui.. smga sampai pahalanya untuk abg… umi juga yakin doa dari mak dan ayah abg tidak putus2 pada abg.. semoga berkat keredhaan mereka pada abg membahagiakan abang di sana.. ummi yakin itu.. kerana abglah harapan mereka dulu..


Semalam.. aku bermimpikan abg.. mulanya aku hanya melihat abg dengan sihatnya berjalan.. seingatnya, aku spontan berkata, “abg dah sihat..dah dapat berjalan…?” abg hanya tsenyum.. “marilah kita balik bang..” abg hanya tsenyum dan membuat isyarat dengan menggeleng sahaja.. aku jadi sedih waktu itu.. lantas aku genggam tangannya seerat-erat yang mungkin untuk melepaskan rindu yang sarat di hati ini..

Slot lain dalam mimpi tu, aku melihat abg sembahyang.. kulihat imamnya adalah arwah abah.. aku tsenyum kerana sememangnya dari dulu aku suka sangat melihat abg solat.. tambahan pula, aku terlalu rindu untuk melihat abg solat..Alhamdulillah Allah kabulkan doaku.. dan aku bersolat dengan abg dan arwah abah di dalam mimpi.. Alhamdulillah.. syukur ya Allah walaupun aku hanya dapat bersolat dengannya walau hanya dalam mimpi…


Satu ketenangan yang tak dapat aku gambarkan dengan kata-kata setelah terjaga dari mimpi itu.. Allah..Syukur.. smga ini petanda yang baik dariMu ya Allah atas segala persoalan dan kebimbanganku pada kekasihku di sana..Semoga Kau memelihara dia dan semua yang kusayangi itu..amin...


Ya Allah. Terlalu amat banyak kurniaMu pada diri ini berbanding dengan syukur dan amalanku padaMu.. tak termampu aku menghitung segala nikmatMu ini.. aku pohon ya Allah.. ampunilah kealpaan diri ini.. izinkan aku untuk terus kuat meneruskan ibadah padaMu sepanjang hayatku ini.. janganlah Kau biarkan diriku ini hanyut tanpa hidayahMu…Dan bahagiakanlah kekasihku di sana ya Allah.. tempatkanlah dia bersama hamba-hamba Mu yang Kau kasihi... amin... 

"Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Terimalah taubat kami dgn taubat nasuha…"

Allahu akbar… Allahu akbar…

Monday, 2 January 2012

Teman Setangisan..

Pelik sikit tajuk entriku kali ini.. entah.. buntu nak fikir tajuknya... hari ini 01.01.2012..hari pertama dalam tahun baru 2012.. tiada yang istimewanya hari ini..biasa saja.. bezanya cuma keadaan jalan raya yg agak sibuk.. maklumlah hari cuti am.. agaknya ibubapa sibuk membeli kelengkpan perskolahan anak2.. sibuk membawa anak2 dn keluarga berjalan2 di tpt2 peranginan..

Aku juga tidak ketinggalan membawa anak2 berjalan menikmati keindahan alam ciptaan Allah yang Maha Berkuasa.. hari ini, destinasiku adalah Pasir Panjang, Port Dickson.. bukanlah nawaitu semata2 utk membawa anak2 melihat dn bermain di pantai, tapi nawaitu utama musafirku hari ini adalah utk menziarahi seorang teman, kak Nor yang pernah bersamaku di PPUM 8 bln yang lalu..

8 bulan yang lalu, Kak Nor dan suaminya datang ke PPUM kerana suaminya juga mengalami bengkak seperti yang dihidapi suamiku.. bezanya, suamiku bengkak di paha kaki kanan, manakala suaminya bengkak di tangan kiri.. kami duduk dalam wad yang sama dan bilik yang sama.. bilik kami itu hanya menempatkan 2 org pesakit dan katil kami sebelah menyebelah.. aku rapat sekali dengannya kerana kami selalu bkongsi masalah dan mengalirkan air mata bersama-sama.. takdir Allah yang merapatkan kami di saat doktor mengesahkan penyakit suamiku sama dgn suaminya..  

Akhir ptemuan kami ialah pada pertengahan bulan 4 tahun lps selepas kak nor dan suaminya dibenarkan dktor utk berehat di rumah.. selang sebulan selepas itu (bulan 5), kami pun dibenarkan dktor utk pulang.. dan takdir Allah juga pada 15/5 tahun lepas, suamiku telah PULANG ke pangkuan Yang Esa buat selama2nya.. setelah 3 minggu, aku kehilangan abg, baru aku ada kekuatan menelefon dan memberi pengkhabaran sedih ini padanya.. aku ingat lagi, responnya apabila menerima berita sedihku ini.. "Allah, ye ke dik.. sabar ye.. akak dan abg pon tumpang sedih ni.. akak dah kenal adik dan ali.. dah rapat benar rasanya.. tak sangka kan.." aku juga ketika itu, tdk lupa menanyakan tentang kesihatan suaminya.. "Alhamdulillah abg sihat dah dik..alhamdulillah sgt.. beza sgt la dari sebelum operate tu.." Aku melafazkan syukur bila mendengar berita gembiranya itu..

Setelah itu, jarang aku menelefonnya atas sebab emosiku juga kurang stabil dan banyak urusan yang perlu diselesaikan.. sampailah suatu hari 16/12 hari tu, aku menerima panggilan darinya.. "Dik, abg dah meninggal dah dik.." Allah.. aku sebak.. dapat bayangkan remuknya hatinya seperti hatiku dulu di saat menghadapi kenyataan yang pahit ini.."Ya Allah kak, bila?".. "dah sebulan dah dik.. maaflah akak bagitau kau lambat, akak dah tak ingat apa masa tu.. fikiran melayang2, tak tau nak fikir apa masa tu.." ye kak nor, aku sangat memahami perasaan itu.... di saat berhadapan dgn situasi2 itu, mata berkaca2.. bibir bergetap menahan tangisan yang berat.. mata saja terbuka tapi segala pandangan terhadap dunia dan seisinya terasa tiada makna... sangat memahami.. Allah, berilah kekuatan padanya... amin....

Mengimbau kembali kenangan manis (manis ke di hospital?? entahlah..) bersamanya dan arwah suaminya membuat hati ini rasa sayu dan rindu yang teramat sangat pada abg.. ingat lagi, betapa terhutang budinya aku pada dia dan arwah suaminya kerana sudi menjaga dan memerhatikan abg sekejap utk aku pulang menjenguk Fawwaz yang ketika itu selalu menangis rindukan umminya.. aku pulang dengan bas pada jam 9 pagi, dan balik semula ke PPUM pada pukul 10 malam.. semata2 utk menjenguk Fawwaz dan mhilangkan seketika rindu si kecil itu padaku..  kak nor dan suaminya lah yg membantu abg utk bgerak malah byk lagi jasanya pada kami melebihi apa yg adik beradik kami lakukan pada kami.. Allah...membuka kembali SMS yang abg kirim padaku pada hari aku tinggalkan abg tu..


 - "DAH SAMPAI MANA? MISI DAH DTG.."

- "B SYG CINTA MI SORG JA.. UCU..."

- "DAH SAMPAI RMH?DRESSING DH SIAP ADA SKT LG DARAH KUAR.."


- "MCM MN FAWWAZ? MISI DTG NK DRESSG LAGI"
  
- "KJP JA DIA DRSG DAH SIAP, ABG NI ASYIK DOK TNYA B, 'LI NK KNCING?' HIHI MALU PLK DEN, MAN NK DTG TP XTAU KUL BRP.." (‘abg’ tu merujuk pada suami kak nor yang sakit2 pun msh membantu abg..)

- "INSYALLAH SM2 KITA DOA..SYG UCU..."

Allah, sebak membaca kembali hampir 20 mesej2nya ini hr itu.. juga mengingatkan tangisannya bila aku mencium tangan dan memeluknya seblm bertolak balik ke n9 masa tu.. Allah.. abg..... betapa aku rindukan dia.. sdgkan berpisah 13 jam masa aku balik tu pun, kami bermesej2 meluahkan kerinduan masing2, inilah pula sudah hampir 8 bulan aku kehlgn dia.. Allah...Allah...hanya kkuatan dariNYA saja yg membuatkan aku dpt bertahan mhadapi sgala ujian slps khilangan abg...

Buat kak nor, semoga Kak Nor dan semua teman setangisanku redha atas segala qadak dan qadarNya pada kita.. redhailah pemergian abg.. Ketahuilah  abg pergi kerana amanahnya sbg khalifah di muka bumi telah selesai. Dia sudah menepati perjanjian seorang hmba dengan Penciptanya... Kita ini yang masih hidup, juga akan kembali pada Allah seperti dia jua. Entah bila, entah bagaimana dan entah di mana… telanlah segala derita di dunia ini utk menghirup secangkir kebahagian di sana nanti.. itulah janji Allah untuk hamba2Nya yang bersabar dan beriman padaNya..

Ya Allah, sesungguhnya kami sedar semua yang berlaku adalah ujian dari MU utk meningkatkan ketaqwaan kami pada Mu.. Kami pohon ya Allah agar Engkau menetapkan iman dalam hati2 kami. Ya Allah, kami mohon ajarkan kami erti kesabaran dan hikmah di sebalik ujian2Mu pada kami agar kami terdidik menjadi hamba-Mu yang bersyukur. Sesungguhnya hanya Engkaulah tempat kami memohon segalanya...Amin....

"Innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji'un, Allahumma la ya'tii bilhasanati illa anta wa laa yadzhabu bissayyi-aati illaa anta, wa laa haula wa laa quwwata illabillah"
  
Sesungguhnya kami adalah milik Allah & kpdNya kami kembali. Ya Allah, tiada yg bisa mendatangkan kebaikan selainMu & tiada yg bisa mendatangkan keburukan selainMu. Tiada daya & upaya kecuali hanya Allah…"

Al-Fatihah utk suaminya dan mereka (kekasih hatiku dan kekasih hati sahabat2 yang senasib denganku..)

** Malam tadi abg hadir lagi dalam mimpiku.. abg, ummi rindukan abg... gembiranya hati bila dapat melihat abg dalam mimpi semalam.. tak ingat content mimpi itu, cuma mgkn abg nak ucap selamat tahun baru dan memberi semangat padaku utk menempuh hari2 baru yg bakal menjelang... abg, miss u a lot.. love u my SOUL MATE...




Friday, 23 December 2011

Mimpikan dia...

Bismillah Walhamdulillah was solaatu was salaamu 'alaa nabiyyinaa wa habeebinaa muhammad sollalahu 'alaihi wasallam..

Alhamdulillah…Alhamdulillah… Alhamdulillah… dia datang… dia hadir menemaniku… Allah… Allah.. Allah…Syukur padaMu ya Allah kerana mengizinkan si dia kesayanganku hadir dalam mimpiku semalam… Alhamdulillah…


Dalam mimpi itu, aku dapati aku mengikuti satu rombongan ke satu tpt tinggi yg tak dpt aku gambarkan di mana.. mungkin di Cameron.. genting… Bukit Tinggi atau di Kundasang (tpt kenangan di sabah bsama dia)… dalam rmbongan tu, ramai peserta yg ku lihat adalah kawan2 nya.. pada mulanya aku tak nmpak dia.. tapi bila kami bhenti utk berehat (mungkin), bila aku turun dari van, dia menyapa aku dari belakang.. masa itu, aku tersenyum melihat dia.. dia pun membalas snyuman ku itu.. rasa bahagia mnyusup dalam hati… tiba2 kawannya berkata @ menegur sesuatu pada dia (aku pun xbrapa ingat apa yg diperkatakan).. dia membalas kata2 shbt itu dengan memandang dan tersenyum lagi padaku.. (seperti pertanyaan@perbualan itu ada kaitan dgn diriku..) pada masa tu, aku juga tsenyum padanya dan terus mencium antara dahi dan rambutnya.. (seperti yg selalu aku lakukan padanya sekiranya aku ingin memujuknya  dulu).. setelah itu, terus aku terjaga.. memandang kiri dan kanan..nyenyaknya anak2 di sebelah... dalam pada itu, mencari2 dia.. beristigfar dalam hati.. Allah... dia telah tiada dan kembali ke sisiMu.. Allahu Allah....

Ah... indahnya mimpi itu… benar2 bersyukur kerana ia menjadi penawar kepada rindu dalam hatiku yang tdk pernah berkurang padanya… Alhamdulillah.. walaupun seketika Kau hadirkan dia dalam mimpiku itu.. Ya Allah, bergenang air mata.. sebaknya dada ini bila terbayang kembali senyuman dan lirikan matanya pada aku di dalam mimpi itu.. ya Allah...benar2 rindukan dia... Allah…

'Ala kulli hal... Alhamdulillah… harap2 mimpi2 indah seperti ini akan selalu hadir menemani malam2 ku yg selalu sepi tanpa kehadirannya… Ya Allah, bahagiakanlah dia di alam sana… ampunilah segala dosa dan kekhilafannya yang lalu… Al-Fatihah..

La Hawla Wala Quwwata Illah Billahil 'Aliyyil 'Aziim.......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...