Friday, 6 April 2012

Antara Senyum dan Tangis (Siri II)

Bismillah Walhamdulillah was solaatu was salaamu 'alaa nabiyyinaa wa habeebinaa muhammad sollalahu 'alaihi wasallam..

Alhamdulillah masih diberi kelapangan masa oleh Allah untuk menyambung coretanku yang terdahulu… mmm.. nak kata saya sibuk  sangat.. tidak la.. ada juga masa utk makan, bermain dgn anak2, tido… entah.. mgkin masa untk ber’blog’ saja yang agak terhad kerana bagi orang seperti saya yang memerlukan masa yang tenang utk berfikir tercari2 waktu yang sesuai itu utk terus mencoret kisah hidup sy di dalam blog ini.. sekadar ingin berkongsi.. bagi saya, bila separuh dari semua yang terpendam dalam hati dan fikiran saya diluahkan di dalam blog ini, kala itu saya merasa sedikit lega.. dan separuh lagi yang agak berat saya luahkan pada bacaan umum di blog, sy simpan dan luahkan semuanya pada satu2nya yang Maha Mengerti hati dan perasaan saya…

Tidak dapat saya luahkan kekalutan saya menerima kejutan budaya kerja di sekolah baru saya.. agak berlainan daripada 2 sekolah yang pernah saya berkhidmat dulu.. begitu berlainan… tidak ada pilihan lain, saya cuma mampu berdoa memohon kekuatan, kesabaran dan kesihatan olehNya utk terus saya menabur bakti mendidik anak2 murid saya… Allah.. berikanku kekuatan.. tiada daya dan kemampuanku selain dari kekuatan yang telah Kau pinjamkan pada diriku ini…

Tempat kami berjalan2 beriringan bersama anak2
untuk ke pantai berhadapan rumah..
Disebabkan ‘kejutan’ inilah maka niat saya untuk mencoret kenangan saya di Sabah juga terbantut.. alhamdulillah, perancangan untuk bercuti di Sabah pada cuti sekolah bulan 3 yang lalu berjalan lancar walaupun terdapat juga sedikit halangan kerana fawwaz demam panas sepanjang berada di sana… walau apa pun syukur, demamnya dapat dikawal… bermacam2 ubat dan ikhtiar saya buat untuk meredakan demamnya.. mungkin ada hikmah.. saya redha walaupun ada sedikit rasa terkilan kerana tidak dapat ke kundasang… tapi tak palah kerana tercapai juga hasrat hati melihat dan menginap di kawasan perumahan yang dulunya tempat kami mencipta pelbagai kenangan suka dan duka.. berjalan2 di pantai yang menjadi tempat kami mengambil angin petang2 sambil membawa anak2 bermain air… Allah… benar2 mengusik hatiku… terbayang2 dia ada bersama.. dan sememangnya aku benar2 mengharapkan kehadiran dia……….


Nak balik dah.. Fawwaz masih demam...
Saya hanya sempat menziarahi beberapa orang teman… membeli sedikit ole2 untuk dibawa pulang.. ohye.. perancangan awal saya dan anak2 saja yang ke sana.. namun pada saat2 akhir, mak dan anak buah saya terpksa ikut sekali bagi membantu saya yang masa itu agak lemah (maklum baru keluar wad…) Alhamdulillah kehadiran mereka banyak membantu saya… tidak banyak tempat yang saya pergi tapi cukup rasanya bila dapat melihat tempat2 kenangan indah bersama si dia... sedikit sebanyak mengubat luka dan rindu di hati.. malah segalanya bagai meniup kembali kekuatan pada diri saya.. alhmdulillah.. hari terakhir di sana, terasa berat dan sedih untuk meninggalkan tempat yang penuh dengan kenangan ini… mata bergenang dan hati sebak… sama seperti saat mendaratnya pesawat sewaktu saya sampai di Lapangan Terbang Kota Kinabalu tempoh hari…

Dan setelah kembali dari Sabah itu, saya mendapat sedikit kekuatan untuk memulakan khidmat dan amanah saya di sekolah baru saya… seminggu selepas itu, saya mencuri masa untuk balik ke kedah.. sedikit urusan perlu saya selesaikan di samping menziarahi ‘dia’ di sana… kali ini, pemergian saya ke sana tanpa ditemani anak2 kerana bimbangkan keadaan kesihatan fawwaz yang kurang stabil… setelah urusan saya selesai, saya telah mengajak adik ipar untuk ke pusaranya.. agak sebak juga hati ini tika sampainya di sana.. namun saya cuba beristighfar dan berdoa agar Allah terus memberi kekuatan pada saya.. alhamdulillah setelah setahun pemergian dia, baru kali ini saya dapat membaca yasin, berdoa, bertahlil tanpa suara yang tersekat2 dan titisan air mata…syukur.. setelah itu, saya membersihkan daun2 kering di atas pusaranya..menyapu2 di sekelilingnya, membetulkan batu bata di sekeliling rumahnya itu sambil dalam hati berbisik2 meluahkan segalanya pada dia… 

“Assalamualaikum abang, ummi dah dapat tukar sekolah.. ummi dapat sekolah sama dengan alya.. abang mesti suka kan.. ummi akan dapat menjaga alya di rumah dan di sekolah sebagaimana yang abang pesan pada ummi dulu..abang, ummi akan berangkat ke tanah suci tak lama lagi.. ummi rindu sangat untuk ke sana… ummi teringin ke sana bersama abang.. namun tidak kesampaian.. insya Allah ummi akan ke sana membawa hasrat dan impian kita dulu… dan insya Allah juga, di depan Kaabah dan di Raudhah nanti akan ummi kirimkan doa2 ummi buat abang dan salam kepada baginda Rasulullah s.a.w bagi pihak abang.. insya Allah..abang, ummi akan berdoa agar Allah mencucuri rahmat ke atas roh abang dan menempatkan abang di kalangan roh para solihin dan muqarrabin.. Dan semoga Allah menyatukan kembali cinta kita bersama anak2 di sana nanti.. di syurgaNya insya Allah…. Sayang, ummi balik dulu.. nanti ummi datang bawa anak2 pula... abang berehat dengan tenang dan aman di sana, ummi yakin Allah akan jaga abang di sana dan pelihara ummi dan anak2 di dunia ini.... ”

Dan hari ini, saya merasa sedikit lega kerana urusan penukaran nama kereta kesayangan abang telah selesai… seperti saya mendapat kembali kekuatan pabila melihat dan merenung kereta wiranya ini… pulang dari sekolah, merenung kereta itu, seolah2 merasakan dia sedang menunggu saya di dalam rumah.. Allah.. xmampu saya tepis perasaan rindu yang maha tebal ini padanya..

‘Ala kulli haal.. sesungguhnya perancangan hidup seorang insan yang lemah seperti saya adalah aturan Dia yang Maha Kuasa… semoga hati ini akan terus bersyukur dengan apa yang telah Allah tentukan buat saya.. terjumpa kata-kata dari sebuah blog:

Hidup itu kembarnya ujian..
Datang dan datang tanpa perhentian, 
Hanya dengan keimanan, 
Kau mampu bertahan,
Jangan kau jatuh hari ini,
Kerna hanya selepas mati,

Baru ujian terhenti.


Semoga rahmat dan hidayah Allah sentiasa menemani saya di sepanjang perjalanan sepi ku di dunia ini tanpa kamu wahai suamiku yang amat kucintai... al-fatihah....... 

Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah… 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...