Monday, 29 August 2011

Ramadhan Tanpamu..(episod akhir)

Hari ni 29 Ramadhan.. tandanya esk dijangka hari Raya.. perasaan aku? entahlah.. sukar nak digambarkan dengan kata2.. kekdg aku blh buat2 biase sj… kdg2 aku tpksa menahan sebak yg tpdendam di dada..

Aku fikir,bukan tdk pernah aku meraikan hari raya tnpa abg.. dulu ms bujang pun 24 tahun aku meraikan hari raya tanpa abg.. kenapa la aku nak sedih sgt (ayat pujuk ati).. tapi kenyataannya adalah wpun 25 tahun aku beraya tanpa kehadiran sseorg yg bernama suami, bila Allah takdirkan jodohku dgn abg, aku merasakan hari raya yg akan ku raikan sepanjg hidupku begitu bmakna dengan kehadiran insan yg paling istimewa di hatiku itu…

6 tahun saja sempat aku berhari raya dengan abg… Aku masih ingat betapa gembiranya kami mymbut raya pertama setelah bgelar suami isteri.. seawal malam sblm esk hari raya,aku dn abg akan bsama2 mengucapkan selamat hari raya dan bermaaf-maafan.. sambil dia akan memegang erat tanganku ini.. pagi itu pula, slps solat subuh bersama kami akan sekali lg menatap wajah masing2 dn mngucapkan selamat hari raya dan bermaaf-maafan lagi.. kali ini bersalam-salaman, mcium dahi dan kedua pipi ku… oh abg.. kenangan manis kita bsama.. segar di ingatanku.. begitulah seterusnya sehingga tahun 6 perkahwinan kami…


Ya Allah.. tak pernah ku duga hanya smpai detik 15/5/2011, Allah memberi aku peluang utk menikmati bahagia bersama abg.. aku ingin bersamanya hingga ke akhr hayat ku.. tapi kuasa Allah mengatasi kudrat hamba-Nya.. Jika Allah berkata, “Kun Fayakun..” jadilah.. maka akan jadilah… bila tika dan waktunya, ajalkan tiba maka Malaikat Maut utusan Allah tdk akan tleka… menjalankan tugasnya… ia tidak akan terlambat atau tercepat walau sesaat. Allahu Akbar..lemahnya diriku ini.. kerana tdk dpt menerima takdirMu ini dengan jiwa yg tenang dan hati yang tbuka.. Allah….

Allah..air mata yang cuba ku tahan ini tdk dapat dibendung lagi..akhrnya aku tewas menenangkan perasaanku sendiri.. aku terlalu rindukan dia.. aku inginkan dia hadir kembali dalam hidupku.. ketika aku menggagahkan diri membantu mak mbalut ketupat dan mengacau rendang,mataku tdk tlepas dari memandang ke arah pintu pagar… doaku kala itu.. mg abg akan balik.. umi tnggu abg balik…. baliklah abg… ya Allah… alangkah sakitnya menanggung perasaan2 yang datang ini.. seakan2 menekan2 di hati…pedih.. perit..aku sahaja yg dapat rasakan di saat ini… bagaimana aku ingin tabah ya Allah…aku perlukan dia utk kuat..aku tak mampu…

Astgfirullahal ‘azim…ya Allah ampuni dosaku.. perkenan setiap doa dan munajat ku.. kuatkan hati dan perasaan ku yg kian lemah ini ya Allah.. hinanya diriku ya Allah.. melebihkan cinta lain selain cinta kepadaMU ya Allah…berdosanya aku kerana mngutamakan cinta yang selayaknya cinta itu buatMu ya Tuhanku… Bimbinglah aku ya Allah dalam menelusuri jalan-jalan hidup yg berliku ini untuk menjadi hamba yang sentiasa mencari dan mengejar cinta dan kasih sayangMu dalam setiap degup jantung dan setiap nafasku… 

“Sesungguhnya Allah aza wajalla berfirman :”Aku bersama hambaKu selama ia mengingatKu dan kedua bibirnya bergerak (untuk berzikir) kepadaKu”.




Cukuplah episod terakhir Ramadhan Tanpamu kali ini.. sebak.. hiba.. sayu.. syahdu.. Allah.. doaku mg2 tahun depan aku akan diizinkan olehNya utk mengecapi keberkatan bulan Ramadhan ini lagi…namun tiada siapa yang dapat meyakini akan ketemu dengan bulan yg penuh berkat ini lagi… andai ditakdirkan tidak ketemu dengan bulan Ramadhan yang akan datang, ku pohon padaMu ya Allah, terimalah amalanku di bulan ini. Ampuni segala dosa dan kekhilafanku ini... ampuni juga dosa suamiku, ayah dan ibuku,guru2ku serta semua kaum muslimin dan muslimat…bahagiakanlah roh suamiku di sana.. izinkan kami bertemu dan bersatu di sana.. di syurgaMu yang kekal abadi…amin... 

Assalamualaikum abang...apa khbar abg di sana? umi amat merindui abg..sarat rasa hati ini menanggung kerinduan yang tak btepi ini..smga Allah pelihara abg di sana..umi tahu abg dan roh2 umat Islam yang lain pasti sedih mengenangkan Ramadhan akan pergi meninggalkan kita..abg akan mengucapkan selamat tinggal dan pulang semula ke Luh Mahfuz...umi juga sedih abg..sedih terpksa melepaskan Ramadhan yang penuh keberkatan dan ketenangan ini...abg..jgn sedih kerana umi sentiasa doakan abg berada di kalangan jiwa2 yg tenang: 

"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku" (Al-Fajr: ayat 27-30) 

Abg,umi akan sntiasa mengirimkan bekalan buat abg di sana..smga Allah sentiasa memberi kekuatan pada umi utk menjadi sungai amal yang sentiasa mengalir utk kesejahteraan abg di sana..juga anak2 yg akan umi didik utk jadi titian kita ke syurga..amin..umi kan selalu memanjatkan doa agar Allah Yang Maha Pemurah sentiasa memberi petunjuk dan hidayahNya pada umi dan anak2 agar dapat meneruskan kehidupan ini dengan sabar, tabah dan tenang...damailah wahai kekasihku di sana...umi kan mnyusul bila tiba detiknya nanti.. 

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepada kalian, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah:155) 

ALLAHU AKBAR..ALLAHU AKBAR..WALILLAHIL HAMD..

Saturday, 27 August 2011

Ramadhan Tanpamu.. (Episod 4)

Bismillah Walhamdulillah was solaatu was salaamu 'alaa nabiyyinaa wa habeebinaa muhammad sollalahu 'alaihi wasallam..


Membaca status kawan2ku yg begitu gembira menikmati saat2 mnymbut lebaran, keterujaan mereka  mencatat setiap detik dn peristiwa dalam pjalanan…siap ngan foto lagi.. hatiku jadi sayu..sayu sgt..suatu ketika dulu,detik2 indah itu aku nikmati bsama abg..6 tahun aku dpt menemaninya pulang ke kampong di kedah utk beraya bersama mereka..selalunya raya ptama di rumahku dulu di seremban..bukan ku pinta,Cuma abg kesian melihat ibuku yg sudah tua mbuat psiapan raya sdirian…seingt aku spnjg 6 tahun usia pkhwinan kami, sekali sahaja prnah aku btl2 beraya di pendang..

di saat org lain bgaduh utk balik ke kg masing2,abg lebih dhulu buat kputusan utk beraya di rumah ku dulu..rindunya pada abg….mungkin kerana abg bfikiran begini,kalu beraya di n9 dulu, dia msh blh mnyambut ry ptama di pendang.. sbb kami terus balik ke sana hr raya ptama itu juga.. tapi kalu beraya ptama di kedah, abg akan berat ati utk balik n9 hr ry ptama itu juga..pasti ry kedua baru kami btolak..itupun belum tentu lagi..lagipun kalu beraya di n9 dulu,abg blh berlama2 di kedah dlm smggu dua.. Begitu lah tolak ansur abg padaku..


Mak ayah ngan cucunya...


Kenangan: Abg tersyg sibuk memuatkan brg dlm keta..rindu abg...
Sesungguhnya perasaan rinduku ini tak dapat nak ku ungkapkan dengan kata2.. terasa sungguh sakit menahannya ya Allah… Allahu Allah.. padaMu aku berserah.. padaMu aku memohon kekuatan.. tiada daya dan kekuatan dalam diri ini melainkan dengan kekuatan yang hanya datang dariMu ya Tuhanku..

Ya Allah,aku bersyukur kerana mentakdirkan dia menjadi jodohku dan aku menjadi suri hatinya..semoga Kau terus mengizinkan aku untuk menjadi bidadarinya di syurga yang abadi di sana..amin ya Allah…

Friday, 26 August 2011

Bila rindu itu datang bertamu..

Malam ni terasa sunyi..sepi…mungkinkah lailatul qadar?mlm ni kan ke mlm yg ke-27..fawwaz awal2 lagi sudah tlena lps bbuka td..tinggal si alya..yg leka bmain..kdg2 bcakap sorg2..senyap2 aku mjenguk apa la yg leka dibuatnya dlm bilik..sedih rasa bila aku lihat dia tgh bmain2 dgn tongkat abinya..sudah kusorokkan di blkg almari baju.. jmpa jgk dicarinya..rindu benar agknya pada abinya, sehingga tongkat abinya itu dipeluk2…dibelek.. Sabarlah syg umi...mg kau jd anak yg tabah…

Aku pun kdg2 tak blh kawal perasaan bila melihat pakaian2 abg..kupiah2 abg..rindu sggggt..brg2 abg yg dibawak balik dr hospital hari tu pun aku tak kemas2 lagi..ubat2an abg pun blm kubuang lagi.. xsanggup melihat brg2 dn ubat2 itu..terasa dirobek2 hati ini..apatah lagi nk membelek2  dn mbuangnya..berilah hatiku masa untuk btenang..berilah diriku masa utk mengumpul kekuatan..bukan tidak redha pada takdirMu ya Allah..Cuma sbg insan biasa yg bernama wanita, aku tidak punya kekuatan  utk menahan perasaan sedih ini..prasaan rindu yg semakin lama semakin menebal pada kekasihku yg kurindu itu..



Ketika rindu datang menyapa
Menyengat sukma dalam dada
Tak usahlah jiwamu meronta
Merana, dan putus asa

Cukuplah engkau pejamkan mata
Dekap erat sajadah indah
Demi air mata yang kian membasah
Karena itulah wujud dari cinta

Wednesday, 24 August 2011

Ramadhan Tanpamu (Episod 3)

Bismillah Walhamdulillah was solaatu was salaamu 'alaa nabiyyinaa wa habeebinaa muhammad sollalahu 'alaihi wasallam..


Alhamdulillah..hari ni siap jgk minit mesyuarat yang aku kena siapkan...syukur Allah masih beri aku kekuatan untuk meneruskan tugasan2 di sekolahku..ni kali pertama aku diberikan taklifan membuat minit mesyuarat..sblm ni tugasku diambil alih oleh orang lain memandangkan keadaan hidupku yg agak huru hara sebelum ni...menguruskan abg..pastu ambil cuti separuh gaji.. sambung pulak dengan cuti tanpa gaji mjga abg di hosp...itu semua tpksa aku harungi semata-mata untuk memastikan abg dapat kujaga sepanjang rawatan pnyakitnya itu..

mmm...mnyebut pasal abg...rasa rindu plk..tmbahan plk saat suasana lebaran itu kian terasa.. rata2 rakan2 yang senasib denganku semua menyatakan kesdihan utk mymbut lebaran kali ini...mmm..bgitu jgk aku...tahun ini, tahun pertama aku dapat berpuasa penuh di semenanjung.. sepatutnya aku berasa gembira.. namun tiada makna bagiku..

teringat kembali bulan september tahun 2010..  puasa kami yg terakhir di bumi bwh bayu itu.. permohonan kami utk btukar ke semenanjung atas alasan kesihatan abg tlh diterima..itupun setelah naik turun KPM, JPN Sabah, dan akhrnya tpksa mminta khidmat ‘org besar’.. stlh surat kebenaran diterima,aku mjadi org yg pling sibuk mngemas barg2 dan mnguruskan hal2 kargo..xmau mbebankan abg.. dari hari itu, hari2 la kami mengira detik penerbangan melepasi Laut China Selatan untuk btemu keluarga yg dirindui.. hari2 jgk abg akan cek tiket online kami utk memastikan tarikh dan masa penerbangan..abg jgk la yang mbuat jadual tentang pjlanan pulang kami pada hari itu- nk p airport dgn sapa, nak p kul brapa..dan mengira brapa banyak bagasi yang kami bwk pulang.. huh..kenangan… Sudahlah… bgenang sudah air mataku ini bl tbayang abg..wlaupun sakit masih cuba menolong ku mngemas brg2…

Ksian abg..wpun sakit,tapi tak sggup tengok umi letih mngemas seorg...rindu abg..

mmm,abg, terasa tiada makna hari raya kali ini tanpamu sayang...kalu sebelum ni,setelah smpai di semenjg, umi jgk jd insan yg plg sibuk menguruskan sgala persiapan raya kita..merancang tema kita pada tahun itu… tapi kali ni..umi lebih suka menyibukkan diri dengan kerja2 lain semata-mata utk tidak berfikir tentang raya yang bakal mnjelma..baju raya anak2 pun umi siapkan ala kadar sahaja…ckuplah mereka sahaja yg merasai suasana raya ni, tapi tdk bg umi yg sntiasa kerinduan menanti detik dan tika bertemu dgn abg…

abg, tahun ni umi belikan baju anak2 dgn tema hijau..baju alya dan fawwaz sama…baju ni umi sudah beli seawal minggu kedua umat Islam bpuasa..sengaja umi belikan awal2 supaya 1. Nanti tdkla bsesak di saat2 akhr. 2. Umi nk mengelak drpd bunyi2 dan lagu2 raya yg akan mbuatkan umi jd lebih sedih.. dan Umi juga takut umi tak dpt menahan perasaan di saat2 akhr Ramadhan ini..

Abg…bagaimana abg di sana. Smga Allah Yang Maha Pengasih menjaga abg di sana.. mg abg tidak sunyi di sana wpun umi di sini amat sunyi tanpa abg di sisi..Smga Allah beri kekuatan pada umi utk sentiasa mengirimkan bekalan utk abg di sana. abg..nantikan umi di sana ye..Smga dgn limpah rahmat dan belas ihsanNya kita akan btemu di sana..di syurga yang abadi…amin..Ya Allah, jadikanku hambaMu yang sentiasa kuat dan redha dgn setiap takdir yg telah Kau tulis dalam suratan hidupku…

إنما يوفى الصابرون أجرهم بغير حساب
“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala tanpa batas.” (Az-Zumar: 10).

Tuesday, 23 August 2011

Rintihanku padaMU ya Robb...


Biar berlinangan airmata
Ku takkan hentikannya
Biarkan ia menyembuh luka
Hilanglah rasa duka
Tidak ku termampu merentasi liku-liku
Oh tidak ku mampu menghadapi semua itu
Oh sungguh ku tak upaya
Jangan dibiarkan jerih perih kehidupan
Bisa meleraikan iman
Kan hancur semuanya
Walau menitis airmata darah
Tak bisa merubah segalanya
Melainkan taubat nasuha
Moga kan diterima
Namun ku percaya
Masih ada kesudahannya
Kerana Allah itu
Maha Kaya Maha Mendengar
Rintihan hamba-hambaNya
Kerana sesiapa bertaqwa kepadaNya
Pasti akan ada
Jalan keluarnya
Rezeki yang tidak disangka-sangka
Cukup allah baginya
Berkuasa segala-galanya
Terima seadanya

Friday, 19 August 2011

Kosong dan sepi....


Hari ni rasa kosong dan sangat sepi....yg aku tahu ialah hatiku menjerit kuat memanggil namanya....aku rindukan dia...rindu sangat2...kekdg mcm tu la..ada kala aku blh tsenyum,buat mcm takda apa yg pernah blaku..tetapi kekadang aku dihimpit oleh plbagai perasaan...sakitnya menahan perasaan itu.............

abang, umi rindukan abg..anak2 smua rindukan abg........Ya Allah....


Tuesday, 16 August 2011

Ramadhan Tanpamu (Episod 2)

Hari ini mlm ke-17 umat Islam menunaikan ibadat puasa..Alhamdulillah..syukur padaMU ya Allah..Kau beriku kekuatan utk mharungi hari2 sukar ini dengan tabah…akhr2 ini kurang sudah air mata ini..ttpi kdg2 bila mendengar imam membacakan ayat2 tentang kematian, musibah, ujian, sabar..cepat benar tsentuh hatiku ini..bgenang air mata..kdg2 tak tertahan akhrnya tumpah juga di fabrik putih itu..Masya Allah..

Abg, algkah indahnya Ramadhan ini jika abg ada bersama…abg pndai memujuk anak kt yg sulung gara2 tdk tahan menahan laparnya itu…ksian tgk..spjg kiraan umi, dari 17 hari,hanya 2 hari alya bpuasa penuh..bakinya hanya separuh hari..paling awal dia mtk utk bbuka ialah 2.00 petang…mm..jadilah utk tarbiyah awal anak umi ini…

Kdg2 karenahnya mmbuatkan hati umi geram juga..bila lapar tu mcm2 perangai dia buat..kacau adik..mnjerit2..marah2..kdg2 atoknya pun naik pening dibuatnya..umi fikir mungkin lapar bukanlah sebab utama karenahnya itu..Cumanya akhr2 ni makin mjadi2 lps abg pergi..ingin shja umi melepaskan geram padanya (kdg2 mmg dah terlepas pun), tp bila teringat kata2 abg..umi cb bertenang..abg pernah kata pada umi,alya jenis yg keras sikit..kn guna diplomasi dn cara lembut utk tegur dia.entahlah bang..kdg2 umi dpt bsabar..mg2 Allah tingkatkan kesabaran dlm hati umi ini sbgmana kesabaran yg abg miliki..

Alya dan fawwaz selepas sahur..membaca buku Kisah 
dari Al-Quran sambil menunggu tayangn upin ipin
Tetapi di sebalik karenahnya itu,kdg2 pndai jgk mengambil hati umi..ada 1 mlm,lps balik tarawih: Alya:umi letih ke?mai Ya picit umi ye..ksian… Alahai baiknya anak umi ini.. juga bila umi belikan baju raya utknya dan adiknya..dia tanya umi.”knpa baju ry umi xda?”umi: “umi tak raya..anak2 umi je la raya ye…” Alya: “ala xbest la umi..umi kan ada Ya..ada adik..raya la ngan Ya..ngan adik…ngan atok…”huhu..sedihnya umi dengar pujukan anak kt tu bang…persis abg..pndai memujuk…

Adik pula..sejak2 blh bcakap ni..hari2 btanyakan abg.. “umi,na abi..umi,na abi?” kdg2 umi hanya diam..akhrnya dia mjwb sndri “abi kat ampung..”isk..isk…umi hnya mmpu menahan sebak dan memeluk adik..sabarlah anakku..betul anakku,abi di kampong..kampung kt yg sebenar..kg datuk Adam kita…sayang… bila dah rindu sangat dia akan blari ambik kain pelikat abg..memeluk..mencium..dan bermain sampai leka..dan kdg2 smpai terlena dibaluti kain itu…oh abg..andai abg ada lagi..andai Allah bg kesempatan kedua utk abg bersama2 kami..Allahu Allah..maafkan kekhilafanku mengungkapkan kata2 ini..aku tdk mampu menahan perasaanku..menahan rasa hati yg pedih ini…astagfirullah…

Abg,anak kt fawwaz itu begitu manja dengan umi..pantang nmpak umi ada2 saja..dan pantang umi hilang dari pandangan,psti menangis dn btanya pd atoknya..umi na?umi na?ksian.. dia seperti fobia dengan satu kehilangan..yg mnyentuh hati umi ialah waktu tidur..pasti muka umi diusap2 seperti abg selalu lakukan dulu..Allah…Dia mnggantikan ketiadaan abg dengan anak kita fwwaz ini..kata org..mukanya seiras abg..mm,bg umi perangai..tingkah lakunya yg sama mcm abg..umi ingat lagi..betapa abg bgitu sygkan anak2 kt terutama fawwaz…abg juga pernah menangis di hospital slps bcakap dengan fawwaz di telefon..bila nampak fawwaz,abg terus tsenyum wpun dlm keadan yg teramat sakit pd waktu itu… 


Leka bermain dengan kain abi.....
Cukuplah episod kedua Ramadhan Tanpamu kali ini..sakitnya dada ini menahan sebak..hanya DIA YANG MAHA TAHU hikmah di sebalik ujian ini..Ya Rahman Ya Rahim..padaMU ku berserah… mg aku kan terus kuat dan bersabar menunggu detik penyatuanku dengan kekasihku di alam sana nanti….amin….

Sunday, 14 August 2011

Ramadhan tanpamu.. (Episod 1)

Bismillah Walhamdulillah was solaatu was salaamu 'alaa nabiyyinaa wa habeebinaa muhammad sollalahu 'alaihi wasallam..



(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali".(al-Baqarah: 156)


Mati itu pasti.. Allah..bagaimana harus ku mulakan episod Ramadhanku ini..sebetulnya aku sedikit shocked dengan berita kematian anak jiranku yang baru berusia 40-an..sakitnya aku kurang pasti,namun katanya penyakit yg berkaitan dgn hati…yg menyentuh hatiku ialah mengenangkan betapa bertuahnya arwah kerana menemui Allah pada hari jumaat di bulan Ramadhan yg mulia ini..2 kali keberkatan yg arwah dapat,penghulu segala hari dan penghulu segala bulan..Allahu Akbar…pemerhatianku yg dhoif ini melihat arwah bukanlah seorg yg alim..malahan bersosial jgk la..Cuma mungkin ada kelebihannya yang Allah pilih hari ini dan bulan ini sbgai detik pertemuan dengan Dia yg empunya jiwa setiap insan…

Allah…..berfikir…bagaimana aku nanti ya Tuhanku..layakkah aku diterima sebagai hambaMu yang solehah. Aku tdk dapat menjadi ibu yg sempurna pada anak2ku..selalu memarahi mereka apabila mereka berbuat salah..padahal aku tahu mereka masih kecil..dulu, abg ada dia selalu menjadi back-up slps kemarahan yg aku lontarkan pada mereka..kini……

Aku juga bukanlah  isteri yg baik pada suamiku..selalu merajuk..(abg setia memujuk)…selalu membuat dia risau…aku juga tidak sempat meminta maaf di atas segala kesalahanku selama ini.(adakah abg memaafkanku?menghalalkan segala makan dan minumku…. ) kadang2 aku bdoa mg dia kembali utk aku meluahkan kekesalan dan memohon maaf atas segala kesilapanku kerana tidak menjaganya dengan baik..tdk melayan keperluannya dengan sempurna,namun mustahil segala2nya akan berlaku sperti doaku itu…kini,jasadnya jauh dariku…aku hanya mampu bermunajat padaNya yg Maha Mengetahui akan isi hatiku ini……Allahu Allah…

Abg,kalu  diberi peluang umi ingin sekali bertemu denganmu.. menatap wajahmu yg umi rindu selalu.. berbicara denganmu smbil menggengam erat tanganmu.. merasai kesyahduan ciumanmu di dahiku setiap pagi… abg,umi rindukan smua itu….. sungguh…….. ingin sekali,umi membawa abg kembali ke pangkuan keluarga kita..bsama anak2… tapi semua itu melangkaui batas kt sebagai insan yang lemah abg…umi hanya mmpu berdoa agar kt sentiasa dipertemukan di alam mimpi..wpun bukan realiti, umi sudah cukup bersyukur..agar dapat melihat abg selalu…..dengan keizinanNya,insya Allah……..

Tuesday, 9 August 2011

Ya Rabb..make me strong...

Make Me Strong

I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery

I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

Words: Sami Yusuf
Music: Sami Yusuf
Produced by Sami Yusuf

Saturday, 6 August 2011

Marhaban ya Ramadhan...


Bismillah Walhamdulillah was solaatu was salaamu 'alaa nabiyyinaa wa habeebinaa muhammad sollalahu 'alaihi wasallam..


Kata pepatah Arab, kewajipan itu lebih banyak daripada waktu.. begitu terkesan aku dengan pepatah ini..waktu yang berlalu di bulan Ramadhan ini aku rasakan begitu cepat... cepat berlalu seiring dengan tangisan dan kesedihan yang tidak tertanggung di bulan yg mulia ini..sehinggakan aku terlambat mengucapkan marhaban ya Ramadhan dengan kehadiran bulan hidayah ini...

Begitu sayu kali pertama menyambut kehadiran bulan yang lebih mulia dari seribu bulan ini tnpa kehadiran insan yang bernama suami... aku xsangka tahun lepas adalah tahun terakhir aku meraikan bulan ramadhan ini bersamanya... tahun terakhir aku mengejutkannya dan menydiakan makanan sahurnya, juadah berbuka untuknya..dan tahun yg terakhr aku menatap wajahnya ketika bersahur dan berbuka..rindu untuk mendengar suaranya ketika bertadarrus bsama dan bertarawih berjamaah...dan yang paling penting rindu untuk melihatnya melayan karenah anak sulong kami untuk belajar berpuasa…

abg…anak kita alya yg baru 6 tahun ini sudah mula berpuasa sbgaimana yg abg didik dia dahulu..sudah blh bangun sahur apabl dikejutkan..dan bertarawih ckup 8 rakaat bcampur 3 witirnya…fawwaz pula wpun belum blh bpuasa,sudah pandai mengikut umi ke msjid bertarawih..duduk bsimpuh di hujung soff dgn sabar menunggu tarawih tamat..bila penat dia akan berbaring atas bantal yg umi sediakan,siap dgn susu sebotol..kalau abg ada,umi pasti abg pasti tsenyum bangga melihat anak2 kita ni kan…umi berdoa siang dan malam agar mereka menjadi anak yg soleh dan solehah yg bakal mdoakan dan mhantar bekalan pada abg di sana dan pada umi juga yg pasti kan menyusul langkah abang nanti.....amin…

Malam tadi,5 ramadhan..imam mbacakan ayat daripada surah luqman…
“Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok, dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”.  (Q.S. Luqman :34)

Aku menangis….sungguh tdk tertahan air mata ini…sesungguhnya benar lah belaka ayat2Mu ya Tuhanku..di hatiku mengakui kebenaran ayat2 kalamullah ini…Allahu Allah..sesungguhnya manusia makhluk yang lemah…tidak mengetahui di bumi ia akan mati…di mataku terbayang wajah pucat dan jasad abg yang kaku pada hari itu…Benarlah kata2 Tuhan..dan benar juga apa yang berlaku pada hari itu..Allahu Akbar…tak tertanggung rasanya.. Allah,pinjamkan kekuatan padaku agar aku dapat terus kuat menahan rindu yang memenuhi segenap jjiwaku...




Takkan pernah ada yg lain disisi, 
Segenap jiwa hanya untukmu
Dan takkan mungkin ada yg lain disisi, 
Ku ingin kau disini tepiskan sepiku bersamamu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...