Assalamualaikum Faizah sadiqati wa hamimati,
Apa khabar Pae, selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Pae, saya mungkin tidak rasa apa yang Pae rasa. Tapi saya tahu sekarang Pae sangat sunyi, tiada teman berkongsi rasa untuk gelak ketawa dan ketika duka. Please Pae, kuatkan hati Pae ingatlah Allah yang mengaturkan perjalanan hidup Pae semenjak kecil, sehingga berkahwin mempunyai anak, kemudian suami pergi meninggalkan Pae... sesungguhnya Allah tahu dan tidak pernah lupa. Dia akan terus mengatur hidup Pae, Dia tidak pernah menganiaya hamba.
Pae, tafakkurkan ke dalam diri. Pada waktu dan ketika ini ada ribuan perempuan di seluruh dunia yang kehilangan teman hidup, ada ribuan perempuan mendidik anak sendirian. Pae tidak keseorangan, ketahuilah semua ribuan itu sentiasa dikasihi Allah, dijaga oleh Allah yang tidak pernah lalai. Allah mendengar tangisan jutaan anak yatim. Kerana dunia ini tidak kekal,tidak baqa'. Ertinya setiap insan tidak suka perpisahan, tidak suka kehilangan...itulah bukti yang jelas di sana ada SATU TUHAN dan di sana ada HARI PERTEMUAN dan HARI AKHIRAT YANG ABADI.
Kalaulah Allah, tidak pernah membiarkan semut yang kelaparan diberikan rezekinya, Allah juga pengasih kepada cacing di dalam tanah ada rezekinya, Allah juga mendengar keluhan burung2 di pagi yang lapar diberinya rezeki, Allah juga mendengar keinginan makhluk2nya yang kecil yang lain lagi. Mustahil Allah tidak mendengar rayuan dan tangisan hambanya, sebaik-baik kejadian. ALLAH lebih lagi mendengar rayuan dan tangisan makhluk bernama manusia.
Makhluk bernama manusia ini menangis kerana berpisah daripada kekasihnya, rindu dan lemah tidak berdaya. Katahuilah PAe, Allah itu MAHA HIDUP tidak pernah mati, dia akan menghidupkan dan menyatukan hamba-hamba yang terpisah di negeri abadi.
Pae, kita ini semua umpama askar yang diutuskan menjalankan tugas rasmi. Setiap kita diberi arahan untuk melaksanakan tugas oleh jeneral agung. Apabila selesai tugas kita, sudah tentu kita perlu pulang. Setiap bayi yang lahir menerima watikah melaksanakan tugas sebagai tentera Allah. Di medan dunia inilah kita belajar dan terus belajar, medan ini kita bertempur dgn nafsu, di medan ini kita berusaha membantu orang lain. Dan bayi itu apabila telah selesai tugasnya sama ada ketika kecil atau tua tetap akan pergi untuk diganti tentera yang lain pula.
Begitulah peralihan semenjak zaman Adam. Semua kita datang dengan tugas, untuk mengenali Tuhan dan untuk mencari bekal. Insya Allah, Ali telah pun pulang ke kampung asalnya negeri syurga dan kita semua bakal pulang juga. Bukan kah kita semua merindui kampung halaman kita juga. Allah pasti tidak sia-siakan perasaan rindu kita kepada kekasih dan kepada kampung asal kita, kampung datuk kita Adam. Di sana semua kekasih akan dihimpunkan. Mudah-mudahan kita berkumpul bersama Baginda SAW. Alangkah bahagianya Ali, sekarang dia di tempat paling indah, mungkin sangat hampir dengan Baginda SAW. Pae, usahlah sedih dan hiba, ketahuilah Ali sekarang dalam inayah ALLAH tiada lagi keluh kesah. Pae, pasti sukakan yang terbaik untuk Ali. Pae pasti mahu Ali bahagia, dan sekarang Ali sedang berbahagia. Dan kita semua juga pasti menyusul tidak lama lagi.
Salam Ramadhan...senyumlah Pae, Allah pasti membuka rahsianya untuk Pae, serulah nama-Nya.
Apa khabar Pae, selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Pae, saya mungkin tidak rasa apa yang Pae rasa. Tapi saya tahu sekarang Pae sangat sunyi, tiada teman berkongsi rasa untuk gelak ketawa dan ketika duka. Please Pae, kuatkan hati Pae ingatlah Allah yang mengaturkan perjalanan hidup Pae semenjak kecil, sehingga berkahwin mempunyai anak, kemudian suami pergi meninggalkan Pae... sesungguhnya Allah tahu dan tidak pernah lupa. Dia akan terus mengatur hidup Pae, Dia tidak pernah menganiaya hamba.Pae, tafakkurkan ke dalam diri. Pada waktu dan ketika ini ada ribuan perempuan di seluruh dunia yang kehilangan teman hidup, ada ribuan perempuan mendidik anak sendirian. Pae tidak keseorangan, ketahuilah semua ribuan itu sentiasa dikasihi Allah, dijaga oleh Allah yang tidak pernah lalai. Allah mendengar tangisan jutaan anak yatim. Kerana dunia ini tidak kekal,tidak baqa'. Ertinya setiap insan tidak suka perpisahan, tidak suka kehilangan...itulah bukti yang jelas di sana ada SATU TUHAN dan di sana ada HARI PERTEMUAN dan HARI AKHIRAT YANG ABADI.