Sunday, 4 September 2011

Kenangan di 'Aidlfitri.....




Hari ni,5 Syawal..dah hari kelima umat Islam merayakan ‘Aidulfitri..wpun penat akibat perjalanan ke kedah belum reda lagi, aku tekad memulakan puasa keenamku..alhamdulillah sudah masuk hr ketigaaku bpuasa.. bukan apa..biarlah penat  dan letih bpuasa ini dapat melupakan aku dari kesedihan yang terpendam ini..

Alhamdulillah, aku memulakan pjalanan ke Kedah pada malam hari raya yang pertama..bukan tdk mahu btolak lebih awal..Cuma meraikan tetamu yg tdk putus2 dtg ke rumah membuatkan kami tpaksa memulakan pjalanan jam 9 lebih mlm tu..t.ksh abg shafik dan abg fauzi krn sudi menemaniku ke kedah kali ini..mak juga turut serta..maka btolaklah kami 6 beranak ke sana..pjalanan malam kali ini bersama abg shafik benar2 mengimbau kenangan pahitku pada malam aku btolak ke kedah utk menghantar dia menuju rumah barunya di alam sana..Cuma bezanya pjalanan kali ini, air mataku agak kurag..(Cuma sebak sekali sekala).. berbanding pada malam 15/5 yg lalu..air mata ku seperti air hujan yg mncurah2 ke bumi..ya Allah,benar2 mngimbau kenangan itu..pahitnya ku rasa..sakit perit menikam di jiwa…Allahu Akbar..Allahu Akbar..

Aku amat bsyukur kali ini abg2ku bsetuju menunaikan hajatku utk menziarahi puasaranya di sana..mlm itu,abg Shafik dn Abg Fauzi bgilir2 memandu.. akibat keletihan,aku kdg2 terlena..aku tsedar bila a.fauzi masuk ke susur keluar Sungai Petani..peliknya ku rasa,rupa2nya dia mcari stesen minyak..mak terjaga juga dn mcadangkan kami menginap di resort d sg petani malam itu memandangkan jam sudah hampir pukul 3 pagi..

Esoknya kami meneruskan pjalanan ke pendang..smpai di pendang jam 12..agak jem jalannya..teringat kata2 suami tsyg..pendang ni kalu time2 raya memang jem..tsenyum seketika mengingatkan memori bersama abg.juga bila melalui tempat2 yg meninggalkan kenangan manis padaku dan si dia..smpai di pusara kekasihku itu pada jam 12.30tghari..tenangnya ku rasa di kuburan itu,tdk sedikitpun merasakan hangatnya mentari wpun matahari pada tika itu tegak di atas kepala kami..

Setelah mngucapkan salam di pintu kuburan itu,aku menuju pusara abg… Allahu Akbar.. tiba2 kaki ini terasa lemah..mahu saja aku tkulai di atas pusara itu..memeluk pusara abg..tapi ku kuatkan semangat.. bristigfar bnyak2 di dlm hati..memeluk erat si kecilku, fawwaz yang tlena di bahuku ketika itu… “Assalamualaikum abg..umi datang..umi rindukan abg.Slmt hari raya suamiku sayang..”diam2 aku bkata di dlm hati..hati ini mula sebak..ku tahan juga..Aku memegang bahu alya.."alya bagi salam kat abi..kita duduk sini doa utk abi ye syg.."aku melarikan diri seketika mencari kekuatan diri..smbil beralasan ingin mcari tikar di bgsal kuburan itu…setelah mengambil tikar dan duduk di sebelah pusara abg,fawwaz tjaga.. “Fawwaz,ini kubur abi..fawwaz kan nk jmpa abi..” fawwaz hanya memandangku tnpa bkata apa2.. tiba2 dia mngangguk2 smcm memahami apa yg aku katakan.Allah, btmbh sebak ku rasa..

Ku cuba mencari kkuatan dgn memandang ke pusara abg.. memandang kosong pada batu nisan kelabu yang bdiri kaku itu..juga pada batu2 kecil bwarna hijau dn putih di atas pusara abg.. Abg fauzi memulakan bacaan al-fatihah, selawat dan Yaasin..aku hanya sebak..sampai di ptghan surah, mataku yg bkca2 ini tdk dpt dibendung lagi..akhrnya berlinangan juga air mata ini..Allah..sakitnya menahan perasaan ini,ya Allah..kuatkanlah hambaMu yg bdosa ini…bkali2 ku cuba menahan tangisanku agar tdk keterlaluan dgn menumpukan spenuh tumpuan kepd bacaan Yaasinku itu..alhamdulillah,reda jgk tangisanku..tiba2 aku tdengar spti org menangis d blkgku..rupa2nya emak juga menangis..pada tika itu, perasaan hibaku kembali..dan aku menangis lagi..ya Allah.. ampuni aku..ssungguhnya telah ku cuba menahan tangisan ini..tapi hatiku tlalu hiba dan sayu…ya Allah..

Ku cuba mengalihkan phatianku pada alya..kulihat alya merenung pusara abinya..sayu mata itu..fawwaz plk..memegang2 batu blok yg disusun ayah mertuaku di sekeliling pusara abg… Masya Allah.. anak2ku.. kuatnya kalian..maka umi pun harus lebih kuat..aku memujuk2 diri..setelah hbs bacaan yaasin dan doa, aku, alya dan fawwaz menyiram pusara abg dengan air yg kami bawa lantas memetik daun2 hijau dan mberi pada alya dan fawwaz utk diletakkan di atas pusara abg.. abg fauzi dan abg shafik pula kulihat bjalan mnuju ke pokok yg bdekatan dan mengambil dahan kecil pokok itu lalu ditanam di atas pusara abg..t.ksh abg2ku..abg syg,smoga pokok2 ini dan dedaun ini akan terus bzikir pada Allah dan membantu abg di sana..

2 minit ku ambil masa btafakkur di pusara abg slps itu..melihat pusara insan yg amat kucintai itu..duduk di situ terasa dekat sangat dengan abg..tapi sedih kerana tak dpt melihat abg..namun hatiku puas dan lega melihat pusara itu..tenang dan bersih..jg pada ukiran hasil tangan ayah.. alhamdulillah, ayh mjaga dengan elok rumah baru abg…  benar kata mak,ayah selalu mjenguk pusara abg dan mbersih2kannya.. sayang, keputusan yang tepat umi buat..mengebumikan abg di sini..di kg abg..umi pasti abg tenang di sini..abg juga pasti tdk sunyi dengan kehadiran ayah dan adik beradik yg lain di sini.. wlaupun umi sedih dan snyi di sana..teringin selalu mengunjungi rmh baru abg ini.. tdk mengapa abg… umi redha…umi gembira kerana tahu dan yakin redha ayah dan mak akan membahagiakan abg di alam sana..insya Allah Taala…

Stlh bkemas,kami bgerak meninggalkan pusara abg..berat kaki ini melangkah berat lagi rasa hati untuk meninggalkan pusara abg itu..ingin shja aku tinggal di situ menemani abg..hati beristigfar lagi..wahai hati,tenanglah kamu..jgn diikutkan rasa itu… “abg,umi pulang dulu..umi akan datang lagi..assalamualaikum wahai kekasihku..” ku gagahkan kaki ini melangkah ke kereta.. ya Allah… Tiada daya dan kkuatn melainkan semua itu dariMu ya Allah.. ssungguhnya ujian dan dugaan ini dari Mu, maka ku pohon kekuatan dariMu jua ya Allah…

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (surah Az-Zumar: ayat 53)

Abg sayang, kekasih hati ummi..smga Allah menjaga abg di sana.. Bersemadi dan berbahagialah abg di alam sana..sampai masa dan ketikanya, kuturuti jua langkahmu nanti....La hawla wala quwwata illa billahil "aliyyil 'azim....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...