Tuesday, 21 August 2012

Ramadhan..jangan pergi.. 'Aidilfitri cepatlah berlalu...

Bismillah Walhamdulillah was solaatu was salaamu 'alaa nabiyyinaa wa habeebinaa muhammad sollalahu 'alaihi wasallam..

Ramadhan telah berlalu meninggalkan kita… sedih rasanya.. masih kurang ibadah dan amalanku sepanjang melalui fasa2 tarbiyyah daripada Allah ini… tidak dapat lagi merasai kelunakan hati utk melipatgandakan amalan di siang dan malam hari.. tidak dapat jua menikmati ketenangan saat hati meluahkan segala yang tersurat dan yang tersirat pada DIA Yang Lebih Memahami… dan semoga masih ada Ramadhan utkku lagi… Allahu Allah...semoga masih ada umur dan kesihatan yang baik utkku bertemu Ramadhan yang akan datang...:"(

Hari ni hari ke-3 ‘Aidilfitri bagi tahun 1433H.. tiada apa yg istimewanya.. berlalu seperti hr2 biasa bg saya.. bezanya cuma saya terlalu sibuk mengemas lebih daripada hr2 yg biasa… sibuk sehingga nawaitu saya utk mengupdate blog ini pd mlm hr ry tertunda2 sehinggalah ke hr ini...org lain semua sibuk berjln raya, bergmbar2 dan mengupdate status n gmbar ry di fb..tp sy.. sibuk mengemas… mengemop… basuh pinggan… masak… susun pinggan..cawan… mcm2 keja lah… sy memangku semua tugas2 mak disebabkan keuzuran mak utk buat semua tu.. sy memang letih xtau nak cakap..tp sy bersyukur kerana mungkin itu tarbiyyah dari Allah supaya saya tidak merasa sangat sedih pd hari raya kali ni… wpun tak dapat saya nafikan, tetap juga saya merasa kehilangan dan kerinduan yg amat dalam.. sebak di saat kenangan demi kenangan pada hari raya bersama dia bermain2 di mata…saya rindu sekali utk membantu dia memasang butang di baju melayunya.. mengemaskan ikatan kain sampingnya… bersalam dan mencium tangannya sambil menanti dia membalas dengan ciuman di dahi saya… sebak……. kenangan… kenangan… andai dapat ku ulang semula… Wahai hati.. sabarlah...Wahai hati. redhalah... Wahai hati. tenanglah....

Dan hari ini jugalah saya baru sempat menjengah status2 kwn2 di fb… ada yg gembira dan xkurang juga yg sedih seperti saya.. ada yg mengupdate status mereka bersama gambar suami dan anak2.. dgn wajah yg gembira… ceria bersama baju raya yang sama tema.. Alhamdulillah jugak Allah sibukkan diri saya smpai saya tak sempat menjengah fb dn melihat gambar2 ceria ini.. kalu tak, mesti hati saya akan merasa sedih… dan jeles…? Memang saya jeles sbb saya tidak dapat merasai saat2 manis seperti itu lagi.. tp sy bsyukur kerana raya kali ini saya tidaklah bersedih hati sperti yang saya lalui pada tahun lps… air mata hanya mengalir pada malam raya ketika mendengar takbir raya bergema di surau berdekatan dengan rumah saya… ada juga shbt2 FB saya yang berkongsi rasa kehilangan seperti saya.. sudah pastilah kami bersedih… ada yang mengupdate tntg ziarah mereka di pusara… bercerita tentang kesdihan hati mereka di hari raya ini… terutama yang baru pertama kali beraya tanpa suami yang tercinta… sabarlah sahabat… tidak mengapa kita bersedih sekejap… saya amat memahami perasaan2 itu kerana saya telahpun mengalaminya pada tahun lps… insya Allah.. masa akan mengubat hati kalian… kesedihan itu tak mungkin hilang.. tp percayalah ia akan berkurang sedikit andai kita terus redha dan tenang hadapi ujian ini….

Oh ye… Hari raya ke-6 nanti saya akan terbang ke kg halaman suami yang tercinta di negeri jelapang padi.. sudah pasti saya membawa anak2 kesayangan saya ni.. kali ini misi saya adalah utk menziarahi pusara suami dan ahli keluarga mertua saya.. juga meraikan majlis pertunangan adik ipar saya… yang paling gembira dan tidak sabar utk ke sana ialah anak sulung saya, alya… hari2 bertanya… mungkin rindu dgn tokwannya.. mungkin juga sbb nk ziarah abinya.. entahlah… mm… jgn kata anak2, saya pun xsabar rasanya.. kalu blh, hari ini juga sy mahu terbang ke sana…rindu…amat rindu pada abg…….

“Abang, ummi akan balik ke kg abg… ummi akan ziarah abang nanti bawa anak2 kita… ummi akan pakaikan mereka baju raya.. abang, ummi tak beli langsung baju raya utk mereka kali ni bang… murah rezeki mereka.. semua baju hadiah dari orang…1 sekolah bagi… 1 bakal calon wakil rakyat bagi… 1 makngahnya bagi.. Alhamdulillah… janganlah abg risaukan kami di sini.. insya Allah… Allah akan pelihara ummi dan beri kebahagian pada anak2 yatim ini…. Ummi juga berdoa semoga Allah merahmati roh abang di sana dan menempatkan abang di kalangan para solehin… amin…….”

Ya Allah, Ya Tuhanku! Jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungnya, sebaik-baik amalku pada penyudahannya dan sebaik-baik hariku adalah pada hari bertemu dengan-Mu. Kurniakanlah ketenangan, kesabaran dan kekuatan dalam menempuh kehidupan di dunia yang sementara ini..ya Rabbi...Hanya cintaMu dan redhaMu yang kudambakan..

Thursday, 16 August 2012

Panggilan dari Kampung....


Bismillah Walhamdulillah was solaatu was salaamu 'alaa nabiyyinaa wa habeebinaa muhammad sollalahu 'alaihi wasallam..

Ramadhan semakin menginjak ke fasa terakhirnya.. sedih, syahdu, pilu dan sendu silih berganti.. terasa masih byk kekurangan dalam beribadah di madrasah taqwa Ramadhan ini… masih byk lompang2nya.. Allah…iman masih lemah..masih belum mampu memaksimakan amalan.. belum mampu merasakan sebenar2 ketakutan ketika berdepan denganNYa.. air mata yang mengalir juga bukan seluruhnya kerana insaf dan gerun dengan sifat al-Jabbar dan al-mutakabbir Rabbul Jalil Tuhan sekalian alam… separuhnya air mata kasih pada insan yang dirindui yang telah kembali pada Penciptanya…Allahu Akbar.. ampunkanlah kekhilafanku… kedhoifanku ini…

Alhamdulillah.. anak2 semakin pulih.. mak saja yang belum sembuh lagi.. aleeya juga dah 4 hari menyambung kembali puasanya yang ditinggalkan kerana demam chicken pox hari tu.. maknanya hari ini hari yang ke-17 dia berpuasa.. Alhamdulillah.. semoga anak solehah ummi akan terus kuat… fawwaz macam biasa..belum mengerti apa2 tentang puasa.. bila ummi menyuapkan  makanan ke mulutnya, dia juga akan menyuap mulut ummi juga.. dan ummi akan menolak.. “ummi puasa sayang..”lantas disambut olehnya.. “Awaz puasa gak..” hehe… kelakar anak ummi…

Ya Allah…Syawal akan tiba, Ramadhan pula sedang bersiap untuk meninggalkan kita.. sedihnya rasa.. di sekolah saya sudah bergema mood raya.. seawal 7 pagi sudah berkumandang lagu2 raya.. kadg2 takbir raya juga.. pedihnya rasa hati.. bila membeli barang di pasaraya juga begitu, di bazaar juga begitu,rasanya mahu sahaja diri ini berkurung di rumah daripada mendengar lagu2 raya yang dulunya menjadi kegemaran saya dan abg… mendengar lagu Balik Kampung nyanyian Allahyarham Sudirman seperti terngiang2 suara abg di dlm kereta kami bila menyambut korus lagu itu.. Balik kampong oooo Balik kampong … ALlahu Akbar.. kenangan yang tidak pernah terpadam daripada kotak ingatanku…benarlah seperti kata teman setangisan saya..tiada kemeriahan syawal ini.. Ya Allah, hanya Engkau Maha Tahu hikmah di sebalik semua ini…

Semalam, saya menerima panggilan daripada adik ipar saya (perempuan) yang mengajak saya pulang ke kampong kerana dia bakal bertunang selepas raya ini… jika abg masih ada.. dialah insan yang paling seronok mendengar pengkhabaran ini.. semasa berbual dgn adik ipar saya, saya cuba mengawal perasaan sebak saya.. namun selepas itu, saya tdk dpt lagi menahan perasaan saya ini.. saya benar2 rasa kehilangan.. hati saya menjerit2 memanggil2 nama abg… benar2 ingin bertemu abg dan bercerita2 dgn abg..

Ya Allah tabahkan hatiku ini…mudahkanlah perjalananku utk menziarahi suamiku yang tercinta…setakat ini tiada perancangan utk balik ke kedah memandangkan keadaan mak yang uzur dan tidak blh   ditinggalkan tanpa teman.. saya bercdg utk pulang dan tinggal lama di kedah pada cuti bln 12 nanti..tp bila menerima pnggilan dan harapan mereka utk saya pulang bersama2 meraikan majlis buat saya rasa amat terharu.. Allahu Akbar… sebak..sebak sgt….

“Abang syg.. adik abg akan bertunang selepas raya ini… pasti abg gembira mendengar berita ini kan… ummi tahu, abg amat mennti2 majlis seumpama ini kerana abg akan berpeluang berkumpul dengan semua ahli keluarga abg jauh dan dekat.. dan smemangnya ummi tahu abg seorg yang suka bersilaturrahim… abg… insya Allah ummi akan pulang meraikan majlis ini bagi pihak abg… juga ummi akan pulang ‘bertemu’  abg nanti.. smga Allah memudahkan perjalanan ummi ke sana…”

Allahu Rabbi..padaMu ku berserah… ku bermohon… ku merayu……. Aku amat2 merindui suamiku yang telah kembali ke sisiMu ya Allah…ampuni daku kerana amat payah menerima semua ujian dariMu ini dengan tenang dan sabar.. kdg2 jiwaku ini menginginkan dia kembali kepadaku… ya Allah.. lemahnya hambaMu ini… dhoifnya iman di dlm hatiku..pimpinlah aku ke jalan yang Kau redhoi…………………amin……. AL-FATIHAH…

Friday, 10 August 2012

Ujian Sebagai Tarbiyyah Ramadhan...

Bismillah Walhamdulillah was solaatu was salaamu 'alaa nabiyyinaa wa habeebinaa muhammad sollalahu 'alaihi wasallam..

Hari ke-21 Ramadhan.. insya Allah, hanya berbaki seminggu utk diri terus mengutip mutiara2 pahala di dalamnya sebagai bekalan di sana kelak… singkatnya rasa waktu… Ramadhan bagiku BULAN UJIAN… bukan sekadar diuji dengan lapar dan dahaga.. namun menguji sejauhmana diri ini bersabar…

Bermacam2 ujian.. Mak saya dijangkiti kayap… anak2 chicken pox… kereta kesygn abang accident.. Allah…semua menuntut saya utk bersabar dan menerima segalanya dengan tabah.. kedengaran seperti benda biasa.. kayap dan chicken pox..mulanya pun saya ingat biasa saja, namun bila melihat keadaan mak begitu, rupa2nya memang kayap ini penyakit yang ‘azab’ jgk utk warga emas.. mungkin disebabkan darah dan antibody yg tdk begitu kuat utk menangkis serangan dan bisa kayap itu… anak2 pula dengan chicken pox penuh satu badan… ke hulu ke hilir saya mencari penawarnya… daun semambu… air kelapa.. mcm2… tambah pulak dgn tanggungjwb sy di sekolah… kesimpulannya Ramadhan ini bulan yang agak busy bagi saya… Alhamdulillah, Allah memberi kesihatan utk saya menjaga mereka.. Cuma ada la batuk2 sikit.. maklumlah musim jerebu… smga Allah sentiasa bagi kekuatan pada saya…

Kereta kelabu kesygn abg plk accident.. pemandunya ialah abg saya sendiri… remuk depannya.. remuk jugalah hati saya melihatnya… kalu abg masih ada, pasti sedih melihat keretanya begitu.. claim plk tak dapat sebab pemandunya bukan saya… driver kedua pula nama abg yang sulong.. tiada pilihan lain.. redha sahaja… sabar… sabar.. sabar.. ye, mmg saya sgt sayang kereta itu.. kerana pemiliknya dulu amat2 menjaganya… entahlah… seperti yg saya kata.. hanya sabar.. sabar… mungkin ada hikmah yg kita tak pernah tahu…

Kata2 dari Us Pahrol Md Juoi melegakan sedikit kegusaran hati:

"Allah berikan yang pahit, jadikan ubat. Allah berikan yang pedih, anggaplah itu pembedahan jiwa untuk mengeluarkan penyakit-penyakit hati kita. Ya, jika limau yang kita dapat masam… buatlah air limau, kata orang yang bijaksana."

Allah.. ya Allah.. sabarlah wahai hati.... :(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...