Saturday, 6 August 2011

Marhaban ya Ramadhan...


Bismillah Walhamdulillah was solaatu was salaamu 'alaa nabiyyinaa wa habeebinaa muhammad sollalahu 'alaihi wasallam..


Kata pepatah Arab, kewajipan itu lebih banyak daripada waktu.. begitu terkesan aku dengan pepatah ini..waktu yang berlalu di bulan Ramadhan ini aku rasakan begitu cepat... cepat berlalu seiring dengan tangisan dan kesedihan yang tidak tertanggung di bulan yg mulia ini..sehinggakan aku terlambat mengucapkan marhaban ya Ramadhan dengan kehadiran bulan hidayah ini...

Begitu sayu kali pertama menyambut kehadiran bulan yang lebih mulia dari seribu bulan ini tnpa kehadiran insan yang bernama suami... aku xsangka tahun lepas adalah tahun terakhir aku meraikan bulan ramadhan ini bersamanya... tahun terakhir aku mengejutkannya dan menydiakan makanan sahurnya, juadah berbuka untuknya..dan tahun yg terakhr aku menatap wajahnya ketika bersahur dan berbuka..rindu untuk mendengar suaranya ketika bertadarrus bsama dan bertarawih berjamaah...dan yang paling penting rindu untuk melihatnya melayan karenah anak sulong kami untuk belajar berpuasa…

abg…anak kita alya yg baru 6 tahun ini sudah mula berpuasa sbgaimana yg abg didik dia dahulu..sudah blh bangun sahur apabl dikejutkan..dan bertarawih ckup 8 rakaat bcampur 3 witirnya…fawwaz pula wpun belum blh bpuasa,sudah pandai mengikut umi ke msjid bertarawih..duduk bsimpuh di hujung soff dgn sabar menunggu tarawih tamat..bila penat dia akan berbaring atas bantal yg umi sediakan,siap dgn susu sebotol..kalau abg ada,umi pasti abg pasti tsenyum bangga melihat anak2 kita ni kan…umi berdoa siang dan malam agar mereka menjadi anak yg soleh dan solehah yg bakal mdoakan dan mhantar bekalan pada abg di sana dan pada umi juga yg pasti kan menyusul langkah abang nanti.....amin…

Malam tadi,5 ramadhan..imam mbacakan ayat daripada surah luqman…
“Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok, dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”.  (Q.S. Luqman :34)

Aku menangis….sungguh tdk tertahan air mata ini…sesungguhnya benar lah belaka ayat2Mu ya Tuhanku..di hatiku mengakui kebenaran ayat2 kalamullah ini…Allahu Allah..sesungguhnya manusia makhluk yang lemah…tidak mengetahui di bumi ia akan mati…di mataku terbayang wajah pucat dan jasad abg yang kaku pada hari itu…Benarlah kata2 Tuhan..dan benar juga apa yang berlaku pada hari itu..Allahu Akbar…tak tertanggung rasanya.. Allah,pinjamkan kekuatan padaku agar aku dapat terus kuat menahan rindu yang memenuhi segenap jjiwaku...




Takkan pernah ada yg lain disisi, 
Segenap jiwa hanya untukmu
Dan takkan mungkin ada yg lain disisi, 
Ku ingin kau disini tepiskan sepiku bersamamu...

1 comment:

  1. As-salam ukht Faizah,

    Tahniah kerana mampu bangkit. Kami tahu dan yakin, Pae mmg kuat. Sepanjang menjaga arwah, kami dapat lihat semua itu dari gerak laku dan ketenangan yang Pae tunjukkan. Tidak salah merasai insan yang kita sayangi sentiasa berada disisi, bahkan ingatan itu yg akan membajakan lagi rasa cinta dan sayang. Teruskan doa yg terbaik utk arwah, moga Ali akan sentiasa tenang dan beroleh rahmah dan maghfirah.

    Sudah pasti, dan acap kali Pae terima pelbagai nasihat, kata2 peransang, utk terus bangkitkan Pae dari kesedihan dari ujian yg diberi. Yakinlah, itulah kalimat yang mampu kami berikan. Allah tidak akan menguji hambaNya dengan ujian yang tidak mampu ditanggung hambaNya. Ujian itu juga bagi menilai hambaNya yang beriman. Nah, moga Pae dalam golongan yang mampu menerima ujian ini, utk megharap redha Allah.

    Bagi saya, saya kagum dgn Pae. Moga hadirnya blog ini, menjadi medan utk Pae, 'bercerita'... segala apa juga cerita, suka dan duka... meluahkan apa yg terbuku akan mengurangkan perasaan sedih tu. Kalau tak mampu @ kuat utk bercerita cara 'direct'... cara ini lah yg paling cocok.

    Moga apa yg Pae tulis akan buatkan Pae kuat dan bertambah kuat. Sronok baca kisah Alya berpuasa dan Fawwaz yg setia menemani umminya solat terawih. Alhamdulillah, Allah berikan anak2 yang akan gantikan sedikit rindu pada Ali.

    Moga Ramadhan ini adalah yg terbaik utk kita semua. Percayalah, bukan Pae sahaja yang rindukan arwah Ali... sebagai org yg pernah kenal dan bersahabat dengan awrah juga... kami turut rasa kehilangan Ali. Kami akan bantu mana yang mampu... insyaAllah, kami akan berziarah Raya nanti... akan kita aturkan masanya, InsyaAllah...

    p/s: maaf tak berkesemptan utk bertanya pasal wakaf al-Quran hari tu. Balik kg 2 hari utk ziarah Ummi, Ayah dan Mak yang uzur... byk masa dihabiskan bersama mereka. InsyaAllah saya akn cuba tanyakan... kalu belum ada jawapannya...

    Ramadhan Kareem... Allahu Akram

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...