Monday, 2 January 2012

Teman Setangisan..

Pelik sikit tajuk entriku kali ini.. entah.. buntu nak fikir tajuknya... hari ini 01.01.2012..hari pertama dalam tahun baru 2012.. tiada yang istimewanya hari ini..biasa saja.. bezanya cuma keadaan jalan raya yg agak sibuk.. maklumlah hari cuti am.. agaknya ibubapa sibuk membeli kelengkpan perskolahan anak2.. sibuk membawa anak2 dn keluarga berjalan2 di tpt2 peranginan..

Aku juga tidak ketinggalan membawa anak2 berjalan menikmati keindahan alam ciptaan Allah yang Maha Berkuasa.. hari ini, destinasiku adalah Pasir Panjang, Port Dickson.. bukanlah nawaitu semata2 utk membawa anak2 melihat dn bermain di pantai, tapi nawaitu utama musafirku hari ini adalah utk menziarahi seorang teman, kak Nor yang pernah bersamaku di PPUM 8 bln yang lalu..

8 bulan yang lalu, Kak Nor dan suaminya datang ke PPUM kerana suaminya juga mengalami bengkak seperti yang dihidapi suamiku.. bezanya, suamiku bengkak di paha kaki kanan, manakala suaminya bengkak di tangan kiri.. kami duduk dalam wad yang sama dan bilik yang sama.. bilik kami itu hanya menempatkan 2 org pesakit dan katil kami sebelah menyebelah.. aku rapat sekali dengannya kerana kami selalu bkongsi masalah dan mengalirkan air mata bersama-sama.. takdir Allah yang merapatkan kami di saat doktor mengesahkan penyakit suamiku sama dgn suaminya..  

Akhir ptemuan kami ialah pada pertengahan bulan 4 tahun lps selepas kak nor dan suaminya dibenarkan dktor utk berehat di rumah.. selang sebulan selepas itu (bulan 5), kami pun dibenarkan dktor utk pulang.. dan takdir Allah juga pada 15/5 tahun lepas, suamiku telah PULANG ke pangkuan Yang Esa buat selama2nya.. setelah 3 minggu, aku kehilangan abg, baru aku ada kekuatan menelefon dan memberi pengkhabaran sedih ini padanya.. aku ingat lagi, responnya apabila menerima berita sedihku ini.. "Allah, ye ke dik.. sabar ye.. akak dan abg pon tumpang sedih ni.. akak dah kenal adik dan ali.. dah rapat benar rasanya.. tak sangka kan.." aku juga ketika itu, tdk lupa menanyakan tentang kesihatan suaminya.. "Alhamdulillah abg sihat dah dik..alhamdulillah sgt.. beza sgt la dari sebelum operate tu.." Aku melafazkan syukur bila mendengar berita gembiranya itu..

Setelah itu, jarang aku menelefonnya atas sebab emosiku juga kurang stabil dan banyak urusan yang perlu diselesaikan.. sampailah suatu hari 16/12 hari tu, aku menerima panggilan darinya.. "Dik, abg dah meninggal dah dik.." Allah.. aku sebak.. dapat bayangkan remuknya hatinya seperti hatiku dulu di saat menghadapi kenyataan yang pahit ini.."Ya Allah kak, bila?".. "dah sebulan dah dik.. maaflah akak bagitau kau lambat, akak dah tak ingat apa masa tu.. fikiran melayang2, tak tau nak fikir apa masa tu.." ye kak nor, aku sangat memahami perasaan itu.... di saat berhadapan dgn situasi2 itu, mata berkaca2.. bibir bergetap menahan tangisan yang berat.. mata saja terbuka tapi segala pandangan terhadap dunia dan seisinya terasa tiada makna... sangat memahami.. Allah, berilah kekuatan padanya... amin....

Mengimbau kembali kenangan manis (manis ke di hospital?? entahlah..) bersamanya dan arwah suaminya membuat hati ini rasa sayu dan rindu yang teramat sangat pada abg.. ingat lagi, betapa terhutang budinya aku pada dia dan arwah suaminya kerana sudi menjaga dan memerhatikan abg sekejap utk aku pulang menjenguk Fawwaz yang ketika itu selalu menangis rindukan umminya.. aku pulang dengan bas pada jam 9 pagi, dan balik semula ke PPUM pada pukul 10 malam.. semata2 utk menjenguk Fawwaz dan mhilangkan seketika rindu si kecil itu padaku..  kak nor dan suaminya lah yg membantu abg utk bgerak malah byk lagi jasanya pada kami melebihi apa yg adik beradik kami lakukan pada kami.. Allah...membuka kembali SMS yang abg kirim padaku pada hari aku tinggalkan abg tu..


 - "DAH SAMPAI MANA? MISI DAH DTG.."

- "B SYG CINTA MI SORG JA.. UCU..."

- "DAH SAMPAI RMH?DRESSING DH SIAP ADA SKT LG DARAH KUAR.."


- "MCM MN FAWWAZ? MISI DTG NK DRESSG LAGI"
  
- "KJP JA DIA DRSG DAH SIAP, ABG NI ASYIK DOK TNYA B, 'LI NK KNCING?' HIHI MALU PLK DEN, MAN NK DTG TP XTAU KUL BRP.." (‘abg’ tu merujuk pada suami kak nor yang sakit2 pun msh membantu abg..)

- "INSYALLAH SM2 KITA DOA..SYG UCU..."

Allah, sebak membaca kembali hampir 20 mesej2nya ini hr itu.. juga mengingatkan tangisannya bila aku mencium tangan dan memeluknya seblm bertolak balik ke n9 masa tu.. Allah.. abg..... betapa aku rindukan dia.. sdgkan berpisah 13 jam masa aku balik tu pun, kami bermesej2 meluahkan kerinduan masing2, inilah pula sudah hampir 8 bulan aku kehlgn dia.. Allah...Allah...hanya kkuatan dariNYA saja yg membuatkan aku dpt bertahan mhadapi sgala ujian slps khilangan abg...

Buat kak nor, semoga Kak Nor dan semua teman setangisanku redha atas segala qadak dan qadarNya pada kita.. redhailah pemergian abg.. Ketahuilah  abg pergi kerana amanahnya sbg khalifah di muka bumi telah selesai. Dia sudah menepati perjanjian seorang hmba dengan Penciptanya... Kita ini yang masih hidup, juga akan kembali pada Allah seperti dia jua. Entah bila, entah bagaimana dan entah di mana… telanlah segala derita di dunia ini utk menghirup secangkir kebahagian di sana nanti.. itulah janji Allah untuk hamba2Nya yang bersabar dan beriman padaNya..

Ya Allah, sesungguhnya kami sedar semua yang berlaku adalah ujian dari MU utk meningkatkan ketaqwaan kami pada Mu.. Kami pohon ya Allah agar Engkau menetapkan iman dalam hati2 kami. Ya Allah, kami mohon ajarkan kami erti kesabaran dan hikmah di sebalik ujian2Mu pada kami agar kami terdidik menjadi hamba-Mu yang bersyukur. Sesungguhnya hanya Engkaulah tempat kami memohon segalanya...Amin....

"Innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji'un, Allahumma la ya'tii bilhasanati illa anta wa laa yadzhabu bissayyi-aati illaa anta, wa laa haula wa laa quwwata illabillah"
  
Sesungguhnya kami adalah milik Allah & kpdNya kami kembali. Ya Allah, tiada yg bisa mendatangkan kebaikan selainMu & tiada yg bisa mendatangkan keburukan selainMu. Tiada daya & upaya kecuali hanya Allah…"

Al-Fatihah utk suaminya dan mereka (kekasih hatiku dan kekasih hati sahabat2 yang senasib denganku..)

** Malam tadi abg hadir lagi dalam mimpiku.. abg, ummi rindukan abg... gembiranya hati bila dapat melihat abg dalam mimpi semalam.. tak ingat content mimpi itu, cuma mgkn abg nak ucap selamat tahun baru dan memberi semangat padaku utk menempuh hari2 baru yg bakal menjelang... abg, miss u a lot.. love u my SOUL MATE...




2 comments:

  1. Kenangan di hospital selama 2 mggu itulah kenangan terakhir bersama arwah suami akak. Setiap hari pergi hospital dengan seribu harapan agar dapat melihat srwah suami sedar dari komanya.Namun takdir penentu segaanya...arwah koma sehinggaa akhir hayatnya.Bukanlah manisnya untuk dikenang tp itulah yang terakhir...pae terlalu memahami apa yg dirasai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak shamam..Allah beri saya peluang menemaninya 3 bulan di hospital..itu lah terakhr kali kami menghabiskan masa bersama wpun bukan utk bgembira..tp utk melawan penyakitnya..namun saya bahagia waktu itu kerana dapat menemaninya hgga ke akhr hayat dia..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...