Bismillah Walhamdulillah was solaatu was salaamu 'alaa nabiyyinaa wa habeebinaa muhammad sollalahu 'alaihi wasallam..
| Di terminal haji, Airport Jeddah...senyum puas kerana hajat tercapai... |
| Hotel kami di Madinah..200 meter dari Masjid Nabawi.. |
Sesampainya di Jeddah, kami dikejutkan dengan berita kematian ayah mertua kepada Mutawif kami.. Ayah mertua ustz mengalami kemalangan semasa perjalanan pulang dari mengangkut barang2 jemaah kami dari Kedah ke KLIA..smoga rohnya dicucuri rahmat dan mendapat pahala syahid kerana membantu para jemaah utk ke umrah..itu ujian pertama yang kami hdapi di sana..ujian kedua sblm kami meneruskan perjalanan ke Madinah ialah, seorg dari jemaah hilang di airport.. sejam lebih mencari barulah berjumpa.. Robbi yassir wala tu’assir….smga Allah permudahkan segalanya..
Sampai di Madinah jam 6.30petang …pembahagian bilik dan makan
malam.. terus ke Masjid Nabawi yang dirindui utk bersolat maghrib dan isyak.. melihat
sahaja masjid nabi ini, sebaknya rasa hati.. Melangkah masuk sahaja, ingin
menitis air mata menahan sebak.. Allah… bersyukurnya dapat menziarahi masjid
nabiMu ini dan makam Rasulullah yng mulia…
masih demam…namun tetap gagahkan diri merebut peluang
bersolat dan briktikaf di masjid nabi.. hanya 1 solat zohor saya terpaksa
menguzurkan diri dek demam yang melanda sehingga mengigil2.. dalam keadaan begitu,
hanya 3 kali sahaja peluang yang dapat direbut utk memasuki raudhah, tempat
makam Nabi dan tempat mustajabnya doa.. pengalaman memasuki raudhah amat tidak
dapat saya lupakan.. memasuki Raudhah bagi kaum wanita bukanlah
mudah..memerlukan semangat yang kuat kerana ia memerlukan tekad yang kuat utk
bersembahyg dan berdoa di sana.. ini kerana tempat yang dikhususkan pada wanita
amatlah terhad dan bagi saya kecil berbanding dengan jumlah jemaah yang ramai
yang berebut2 utk memasukinya.. alhamdulillah..dapat juga saya peluang ini…
di Madinah juga, kami dibawa melawat ke Masjid Quba’, jabal Uhud, Ladang kurma, tempat percetakan al-Quran dan pasar kurma. Setelah berada di Madinah selama 5 hari, kami bertolak ke Makkah jam 3 petang 30/5 itu.. perjalananan ke Makkah mengambil masa hampir 8 jam termasuk berhenti di Bir ‘Ali utk niat umrah.. (huhu..sedihnya sebut nama masjid ni..mengingatkan aku pada empunya nama insan kesayanganku itu..:(
| Paksu, maksu, saya, kakak dan abg ipar di hadapan masjidil haram |
di Makkah, banyak masa diberi oleh Mutawwif utk kami
melakukan umrah secara sendiri di samping ziarah di Jabal Rhmah, tempat2 Haji –
Mina, Mudzalifah, Jabal Tsur, Jabal Nur dan Ladang unta... Alhamdulillah dengan peluang dari Allah ini, dapat saya menyempurnakan umrah2 utk diri saya dan umrah utk sang kekasih yang dirindui.. semoga pahala ini sampai padanya di alam sana.. semoga dia bahagia di sana.. sejahtera dan tenang..amin... Abg ipar saya awal2 telah berpesan agar banyak berdoa di sini dan melihat ka'abah yang mulia ini.. inilah yang saya selalu buat.. seusai solat, saya selalu membawa al-Quran dan membacanya di depan kaabah di samping doa semoga saya selalu ada kekuatan dalam kehidupan ini..
hari terakhir di Makkah, bertambah sebak rasa hati ini utk meninggalkan kaabah dan bumi makkah.. satu pengalaman yang tdk mungkin saya lupakan dalam umrah saya kali ini ialah peristiwa mengucup hajarul aswad.. kalu blh saya tidak mahu melepaskan peluang utk mengucup hajarul aswad.. kalau dilihat dari jauh, kelihatan agak mustahil wanita utk mengucupnya memandangkan ramai jemaah lelaki yang berebut utk mengucupnya.. saya benar2 berdoa agar diberi peluang sebelum saya balik ke tanah air keesokan harinya.. saya berjalan menuju ke Baitullah dan Hajarul Aswad.. mulut tak henti2 membaca doa “Rabbi yassir wala tu’assir, Rabbi Atmim bil khair..” sambil tangan memegang2 multazam dan kelambu kaabah.. menyelit punya menyelit, sedar tak sedar hajarul Aswad berada di hadapan muka saya.. Alhamdulillah, saya diberi peluang buat kali kedua mengucup hajarul aswad selepas umrah yang pertama tahun 1993.
hari terakhir di Makkah, bertambah sebak rasa hati ini utk meninggalkan kaabah dan bumi makkah.. satu pengalaman yang tdk mungkin saya lupakan dalam umrah saya kali ini ialah peristiwa mengucup hajarul aswad.. kalu blh saya tidak mahu melepaskan peluang utk mengucup hajarul aswad.. kalau dilihat dari jauh, kelihatan agak mustahil wanita utk mengucupnya memandangkan ramai jemaah lelaki yang berebut utk mengucupnya.. saya benar2 berdoa agar diberi peluang sebelum saya balik ke tanah air keesokan harinya.. saya berjalan menuju ke Baitullah dan Hajarul Aswad.. mulut tak henti2 membaca doa “Rabbi yassir wala tu’assir, Rabbi Atmim bil khair..” sambil tangan memegang2 multazam dan kelambu kaabah.. menyelit punya menyelit, sedar tak sedar hajarul Aswad berada di hadapan muka saya.. Alhamdulillah, saya diberi peluang buat kali kedua mengucup hajarul aswad selepas umrah yang pertama tahun 1993.
| semasa kenduri Nasi Mandy yg diadakan oleh Mutawwif |
Tanpa membuang masa, saya mengucupnya tidak henti2..tibe2
hati terdetik, mana pergi orang yang bertolak2 utk mengucupnya td.. selesai
mngucupnya, saya berpaling utk keluar…terkejutnya bila melihat lautan manusia
yg bertolak2 utk mengucup hajarul aswad.. dengan keadaan yg payah, saya
menyelit2 utk keluar.. tiba2 saya terjatuh akibat ditolak.. hampir dipijak
membuatkan saya menjerit Allahu Akbar.Takdir Allah, seorang jemaah lelaki yang
berkulit putih dan berbadan besar menarik tangan saya sehingga saya dapat
berdiri.. namun, saya masih gagal keluar dari celah2 jemaah yang berpusu2 utk
menuju ke hajarul aswad.. tiba2 saya ternampak kelibat lelaki yang menarik
tangan saya tadi lantas menarik bucu kain ihramnya shingga saya dpat keluar ke
tempat yang lapang.. saya mencari2 lelaki itu tapi gagal menemuinya..dalam
hati, mungkin malaikat yang Allah hantar utk menyelamatkan nyawa saya.. dalam
keadaan lutut yg terketar2 dan tubuh yang menggigil, saya berdiri tegak di
hadapan multazam dan berdoa sambil menangis semahu2nya… dalam hati bersyukur
kerana Allah beri saya kesempatan utk mengucup hajarul aswad… Allahu Akbar..
Berakhirlah kembara dunia saya di Makkah dan Madinah menuju keredhaanNya
di tempat yang abadi iaitu di akhirat sana.. smoga kembara dunia menuju akhirat
saya pada kali ini diterima Allah sebagai Umrah yang Mabrurah.. dan semoga
Allah beri saya peluang utk menjadi tetamuNya lagi dalam siri2 umrah yg akan
datang dan juga haji yan wajib ke atas diri saya nanti.. Allah.. aku rindu utk
menjadi tetamu di baitullahMu dan Makam KekasihMu…. Dan semoga ALlah menerima doa2 saya di sana dan semoga pahala umrah yang saya hadiahkan buat suami yang amat saya cintai dapat membahagiakn dia di sana... Kabulkan doa2ku ini ya
Allah……. Amin……..
Labbaikallahumma Labbaik……
bestnya kak dpt kucup hajar aswad.sy,msih blum berkesempatan..insyaallah suatu hari nnt...
ReplyDeleteAlhamdulillah..sekadar berkongsi pengalaman..xterniat utk berbangga2 yus..cuma bila kita tekad nak kucup Hjrul aswad, jgn ada sedikit pon ingatan kita pd dunia..kn bulatkan semangat letakkan penggntungan pd Allah..insya Allah..dimudahkan olehNya...kak pae pon sentiasa bdoa dpt pegi lg dan ada peluang utk mengcupnya lg....
DeleteSalam
ReplyDeleteSaya masih ingat pada tahun 2009 saya telah menjadi tetamu allah utk menunaikan ibadah umrah. Hati tidak sabar kesana kerana matlamat pada asalnya ingin beribadah tiba2 bertukar ingin melihat wajah isteri kesayangan saya di mekah. Ujian saya lalui dgn menakutkan. Terlalu rindu saya pada arwah yang meninggal pada tahun 2008 akibat perbuatan keji manusia yg berhati syaitan. Insyaallah akan saya lalui hari2 mendatang bersama isteri kedua saya setelah disatukan pada tahun 2009. Kami telah mendapat tajaan dari rakan2 yg begitu gembira bila kami berdua berkahwin. Rindu itu tidak pernah padam dan ia tidak bisa di hapuskan. Semoga mereka yang kita sayangi ditempatkan bersama para solihin
AllahuAkbar...
ReplyDeleteMay Allah hold u tight, kakak...