Saturday, 28 January 2012

Tukar Layout...

Bismillah Walhamdulillah was solaatu was salaamu 'alaa nabiyyinaa wa habeebinaa muhammad sollalahu 'alaihi wasallam..

Malam ni kucuba edit segala yg blh diedit dlm blogku ini..blog kesayanganku yg menjadi tpt kuluahkan sebahagian dari rasa hatiku ini..sebahagian aja..sebahagian lg masih ku simpan sbgai rahsia hatiku ini..xmungkin berkongsi segala2nya sbgaimana dulu,segalanya bkongsi dgn abg..segalanya… rindu pada abg.. rindu.. rindu…benar2 rindukan dia. Lama jgk tak dapat tgk dia dlm mimpi2ku..ya Allah hadirkanlah dia dalam mimpiku agar rindu ini reda seketika…

Mengaji bersama puteri kita,
alya.. Miss u abg...
Oh ye.. rasa2 cantik tak layout baruku kali ini.. lama jgk aku tak buat design pd blog ini.. nak kata tak da masa, ada shja masa utkku update FB ku.. mmm…xpala, yg penting aku tersenyum puas dgn layout dn design baru blog ku ini.. dan yg paling2 penting warnanya biru.. warna kesukaan aku dan abg…… oh abg.. ingat tak abg kata sblm kahwin dgn umi, abg suka warna2 lain (mcm2 hijau la,merah la) tapi disebabkan ummi suka warna biru, abg pun jd suka..abg… abg betul2 manjakan aku.. betul2… ku tak pasti bg pasangan suami isteri yg lain, tp bagiku, sjk kahwin smpailah akhir hayatnya dia benar2 manjakan aku,setiap masa. Blh dikatakan setiap kemahuanku semua dituruti..sehinggalah kehembusan nafasnya yg terakhir… ku terfikir patutla dulu abg mencurahkan seluruh kasih sayang dan cintanya padaku dan anak2.. rupa2nya kerana singkatnya waktu Allah pinjamkan dia padaku…

Ha… sedar tak sedar sekejap sahaja lagi habis la cuti seminggu ku.. masa cpt betul berlalu… ingatkan cuti seminggu ni ckup utkku menyelesaikan urusan2 bank, kereta,dan keja2 sekolah.. tnyata ada lg belum dpt kubereskan.. dan ingatkan blh berehat.. tp……. terlalu ‘pack’ cutiku ini.. aku hanya sempat ke bank menyelesaikan ½ urusan ptukaran nama kereta2 abg.. aku juga sempat ke pejabat tanah utk urusan geran rmh mak.. yg lain smua urusan2 kecil mcm pbyran bil2, hantar@jemput alya di sekolah, jumpa ckgunya tntg surat2 sekolah, shopping brg2 dapur.. tu belum masuk urusan2 peribadi adik beradikku yg lain.. kekadg merasa letih dan tak berdaya utk urusan2 ini.. tp apakan daya, segalanya kini terletak di bahuku.. abg, ummi letih..dulu ada abg, dapat juga ummi bertanya itu dan ini.. dpt juga ummi mengadu keletihan ini.. dapat juga ummi merasai pelukan abg utk memujuk ummi yg keletihan.. ya Allah…. Aku rindukan dia ya Allah..smga Engkau selalu menjaga dia untukku ya Allah.. dan memberikan ganjaran terbaik utk dirinya yg amat baik padaku sepanjang Kau pinjamkan dia sebagai suamiku.. ya Allah perkenanlah doaku ini…

"Ku hidup seolah-olah kau masih ada di dunia ini.. Bisikkan kata kepadaku.. walau hakikatnya kau tlh kembali kepada yang Maha Mencipta… Allahu Rabbi teguhkan kesabaranku ini…."


Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hasbunallahu Wani’mal Wakil, Ni’mal Mawla Wani’man Nasir”.

Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung, Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong”.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...