Bismillahirrahmanirrahim…wal hamdulillah…
2012 telah melabuhkan tirainya.. 2013 tiba dan bakal
mencatat 1001 kisah suka duka dalam kehidupanku ini.. kehidupan seorang ibu
tunggal bersama 2 orang permata comelku.. kehidupan seorang guru yang berazam
utk memperbaiki kelemahan 2012.. kehidupan seorang hamba Allah, juga seorang anak yg masih mempunyai
tanggungjwb pada mak serta mak ayah suamiku.. Allah.. beratnya taklifan2 ini..
tak tertanggung rasanya… pada Allah ku pohon kekuatan dan kesabaran
melaksanakan segalanya dengan sempurna demi meraih cinta dan keredhoan dariMu
semata…
Permulaan tahun ini agak berbeza dengan tahun 2012 kerana
saya berada di tempat yang berbeza dari tahun yang lepas.. di sekolah baru
saya.. takda la baru.. ingat tak entri saya tentang ptukaran saya ke sekolah
anak saya pd bulan 3 tahun lps.. mmm.. saya memulakan tahun 2013 ini di sekolah
ini.. masih di sekolah ini.. Cuma bezanya pada kesibukan di sekolah ini… beza
daripada 2 buah sekolah yg pernah saya mengajar sebelum ini.. maklumlah
berdepan dengan lebih kurang 1400 lebih murid manakan sama dengan berdepan
dengan 200-300 murid sahaja sebelum ini.. sekolah pula bakal dinaikkan kepada
cluster.. tentulah banyak dokumentasi, kerja2 tambahan ke arah matlamat tersebut…mmm..
ape2pun.. prinsip di hati
saya.. jangan mengeluh… Allah letakkan saya di sini pasti ada hikmahnya.. Dia
Maha Mengetahui tahap kekuatan diri saya utk menempuh segala cabaran ini.. ya
Allah.. ku mohon petunjuk dariMu dalam setiap langkahku di dalam hidupku kini…
Minggu
pertama sekolah agak mencabar juga.. saya masih cuba menyesuaikan diri dengan
kelas2 yang banyak dan waktu2 yg ‘packed’..
minggu kedua saya lalui dengan tenang walaupun agak pening dengan 3x
pertukaran jadual waktu… juga dengan jawatan2 yg semuanya menuntut komitmen
penuh dari saya.. smoga Allah permudahkan..kini masuk minggu yg ketiga.. kepala
yg pening2 ditambah pula dengan kehadiran sang selsema yg tidak diundang… sedangkan banyak lg urusan yg belum
diselesaikan utk menyambut kehadiran nazir ke sekolah bermula daripada minggu
hadapan… mm.. semua ini cabaran… ujian utk menguatkan dan mematangkan
diri saya utk menjadi superwoman.. super mom dan super teacher.. insya Allah…
*******************
“Abang, aleyya dah naik tahun 2.. kelasnya setentang dengan
bilik guru.. senang ummi melihat dia setiap kali keluar dari bilik guru.. malah
sebelum ke kelas pasti ummi sengaja mengambil lajak melihat dia yang duduk di
meja depan sekali sebelah pintu masuk kelas.. abang jangan risau.. ummi akan
pastikan dia belajar dengan baik, berkelakuan baik di dalam kelasnya dan
menghormati orang lain.. (risau juga ummi, kelasnya antara kelas yang paling
bsing disebabkan murid lelaki lebih daripada perempuan..) abang… alya mula
sekolah agama tahun ini.. jadualnya sampai ke petang la nmpk gayanya…kerja ummi
makin bertambah.. waktu ummi di rumah makin berkurang… shinggakan mak pun
bising pada ummi sbb habiskan byk masa di sekolah.. sebetulnya ummi sibukkan
diri sbb ummi tak ingin terlalu memikirkan kesedihan dan kerinduan hati ini…
abg jangan risau, sibuk2 ummi pun anak2 ttp ummi jaga n tdk akan abaikan..
fawwaz, kalu ummi ke sekolah ummi..
Abang.. ummi rindu pada abg. Sangat2 rindu sehinggakan sejak
mula buka sekolah ini, sudah 2x ummi mimpikan abg.. xpuas rasanya hanya menatap wajah abg di alam mimpi…
terasa hati ingin menarik abg kembali ke alam realiti ini.. tapi mana mungkin
kerana abg telahpun berada di alam sana dan menunggu ummi dan anak2 di sana..
Allah… semoga Kau pertemukan kami sekeluarga di alam syurgawi milikMu… al-fatihah
utk abg yg dikasihi…… “

No comments:
Post a Comment