Monday, 17 December 2012

Penawar hati yang merindu...

Detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang

suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

Bismillahirrohmanirrohim.. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang… Allahummasolli ‘ala Saiyidina Muhammad wa ‘Ala aalihi wa ashaabih… Selawat dan salam ke atas kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w. dan para keluarga serta sahabat baginda..


Bertemankan lagu Rapuh nyanyian Opick, malam ni jari jemari ini ringan sahaja menari2 di atas papan kekunci laptop kesygn abg ini.. malam ni mata masih blm mahu terpejam.. wpun jasadku ini agak letih, sesekali melihat anak2 yg sdg nyenyak dibuai mimpi..tp blm mahu badan ini kulabuhkan di sebelah mereka… hati masih meronta2 meluahkan apa yg masih tersesak di dada..

Agak lewat saya menunaikan kewajipan solat Isyak malam ini.. agak lewat juga saya dapat membaca yasin yang menjadi rutin saya setiap malam, hadiah buat dia yg tersayang.. ini semua kerana meraikan tetamu istimewa saya dari kedah.. ayah, mak, kakak ipar, adik ipar semuanya datang berkumpul di rumah saya tadi.. terharu.. sayu… sebak menahan rindu… melihat satu demi satu wajah2 mereka menambah kerinduan saya pada abg.. di kala itu, hati saya hanya berdoa agar dia kembali… kembali ke sisiku.. sama2 berkumpul di sini.. merasai kemeriahan dan kemanisan ukhuwwah ini.. Allahu akbar.. kekdg merasa 'dia' ada bersama... kekadang istighfar panjang sambil memujuk hati yg lara…. tapi saya yakin dia memang ada... sentiasa ada.. sbb dia tetap ada dalam hati saya...

Allahu akbar.. sungguh…. sesak saya rasa jiwa ini…usai solat isyak tadi, saya menangis semahu2nya dalam doa panjang saya pada Dia yg Maha Mengerti.. sebanyak titisan air mata saya tadi, sebanyak itulah luahan demi luahan saya padaNya.. saya yakin Dia yang Maha Mendengar akan terus memberi kekuatan pada diri saya.. Allah… betapa lemahnya diri ini.. betapa tidak kuatnya hati ini menahan kerinduan kepada suamiku yang telah Kau jemput pulang ke sisiMu… Allahu Allah.. berkali2 saya baca La Hawla wala quwwata illa billah.. namun air mata masih mengalir laju.. Allah.. lantas saya terus memulakan bacaan yasin.. kuasa Allah, air mata ini berhenti mengalir…Subhanallah.. benarlah al-Quran itu penawar hati yang merindu…

Hatiku berbisik.. aku masih rindu.. rindu yang teramat padamu.... Ya Allah, peliharalah dia dalam kasih sayang dan rahmatMu.. kurniakan sebaik2 tempat di sana.. di syurgaMu yang kekal abadi dan pertemukan kami kembali di sana...

Aamiin ya Robb...

2 comments:

  1. Assalamualaikum.. akak.. dapat bayangkan beratnya bahu yg memikul rs rindu itu..sabarla kak.. zikirlah selalu.. itu jg penawar kesedihan itu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...