Detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
Seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup
Bismillahirrohmanirrohim.. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang… Allahummasolli ‘ala Saiyidina Muhammad wa ‘Ala aalihi wa ashaabih… Selawat dan salam ke atas kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w. dan para keluarga serta sahabat baginda..
Bismillahirrohmanirrohim.. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang… Allahummasolli ‘ala Saiyidina Muhammad wa ‘Ala aalihi wa ashaabih… Selawat dan salam ke atas kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w. dan para keluarga serta sahabat baginda..
Bertemankan lagu Rapuh nyanyian Opick, malam ni jari jemari
ini ringan sahaja menari2 di atas papan kekunci laptop kesygn abg ini.. malam ni mata masih blm mahu terpejam..
wpun jasadku ini agak letih, sesekali melihat anak2 yg sdg nyenyak dibuai
mimpi..tp blm mahu badan ini kulabuhkan di sebelah mereka… hati masih meronta2
meluahkan apa yg masih tersesak di dada..
Agak lewat saya menunaikan kewajipan solat Isyak malam ini..
agak lewat juga saya dapat membaca yasin yang menjadi rutin saya setiap malam,
hadiah buat dia yg tersayang.. ini
semua kerana meraikan tetamu istimewa saya dari kedah.. ayah, mak, kakak
ipar, adik ipar semuanya datang berkumpul di rumah saya tadi.. terharu.. sayu…
sebak menahan rindu… melihat satu demi satu wajah2 mereka menambah kerinduan
saya pada abg.. di kala itu, hati saya hanya berdoa agar dia kembali… kembali
ke sisiku.. sama2 berkumpul di sini.. merasai kemeriahan dan kemanisan ukhuwwah
ini.. Allahu akbar.. kekdg merasa 'dia' ada bersama... kekadang istighfar panjang sambil memujuk hati yg lara…. tapi saya yakin dia memang ada... sentiasa ada.. sbb dia tetap ada dalam hati saya...
Allahu akbar.. sungguh…. sesak saya rasa jiwa ini…usai solat
isyak tadi, saya menangis semahu2nya dalam doa panjang saya pada Dia yg Maha
Mengerti.. sebanyak titisan air mata saya tadi, sebanyak itulah luahan demi
luahan saya padaNya.. saya yakin Dia yang Maha Mendengar akan terus memberi kekuatan
pada diri saya.. Allah… betapa lemahnya diri ini.. betapa tidak kuatnya hati
ini menahan kerinduan kepada suamiku yang telah Kau jemput pulang ke sisiMu… Allahu
Allah.. berkali2 saya baca La
Hawla wala quwwata illa billah.. namun air mata masih mengalir laju.. Allah..
lantas saya terus memulakan bacaan yasin.. kuasa Allah, air mata ini berhenti
mengalir…Subhanallah.. benarlah al-Quran itu penawar hati yang merindu…
Hatiku berbisik.. aku masih rindu.. rindu yang teramat padamu.... Ya Allah, peliharalah dia dalam kasih sayang dan rahmatMu.. kurniakan sebaik2 tempat di sana.. di syurgaMu yang kekal abadi dan pertemukan kami kembali di sana...
Aamiin ya Robb...


