Sunday, 1 July 2012

Kembara Dunia Menuju Akhirat


Bismillah Walhamdulillah was solaatu was salaamu 'alaa nabiyyinaa wa habeebinaa muhammad sollalahu 'alaihi wasallam..

umifawwaz
Di terminal haji, Airport Jeddah...senyum puas kerana hajat tercapai...
Alhamdulillah.. Hamdan wassyukrulillah.. 25 Mei yang lepas saya telah meninggalkan bumi Malaysia dan berlepas ke bumi mulia Mekah dan Madinah..rasa bersyukur kerana hasrat saya utk menunaikan umrah telah dimakbulkan olehNya…gembira..sebak silih berganti kerana jauh di lubuk hati saya, tentulah saya ingin ke sana bersama dia..tapi Allah lebih menyayangi dia..utk mengurangkan rasa sedih  ini, saya bawa juga baju,kopiah dan gambar dia menemani saya..walaupun zahir saya masih lemah kerana masih demam, namun minda dan semangat saya kuatkan utk ke sana..semoga smuanya akan dipermudahkan…



Hotel kami di Madinah..200 meter dari Masjid Nabawi..
Saya ditemani kakak dan abang ipar..sebetulnya kami akan berada satu rombngan dgn pak su dan maksu.. namun, takdir Allah, flght kami tdk sama..jd kami akan bertolak dulu dan akan berjumpa di sana semasa ziarah..perjalanan kami bermula pada jam 5.40ptg (25/5) di KLIA..KL-HK…kenapa Hong Kong? Bukan Jeddah…ini adalah kerana kami akan transit di HK sebelum berlepas ke Jeddah keesokan harinya..merasa jugaklah berada di HK wpun hanya di airportnya saja.. kami sampai di HK pada jam 9.30 malam.. flgt seterusnya ke Jeddah ialah pada jam 1.30pagi..dijadualkan sampai ke Jeddah jam 12.30 tengahari..


Sesampainya di Jeddah, kami dikejutkan dengan berita kematian ayah mertua kepada Mutawif kami.. Ayah mertua ustz mengalami kemalangan semasa perjalanan pulang dari mengangkut barang2 jemaah kami dari Kedah ke KLIA..smoga rohnya dicucuri rahmat dan mendapat pahala syahid kerana membantu para jemaah utk ke umrah..itu ujian pertama yang kami hdapi di sana..ujian kedua sblm kami meneruskan perjalanan ke Madinah ialah, seorg dari jemaah hilang di airport.. sejam lebih mencari barulah berjumpa.. Robbi yassir wala tu’assir….smga Allah permudahkan segalanya..

Sampai di Madinah jam 6.30petang …pembahagian bilik dan makan malam.. terus ke Masjid Nabawi yang dirindui utk bersolat maghrib dan isyak.. melihat sahaja masjid nabi ini, sebaknya rasa hati.. Melangkah masuk sahaja, ingin menitis air mata menahan sebak.. Allah… bersyukurnya dapat menziarahi masjid nabiMu ini dan makam Rasulullah yng mulia…

masih demam…namun tetap gagahkan diri merebut peluang bersolat dan briktikaf di masjid nabi.. hanya 1 solat zohor saya terpaksa menguzurkan diri dek demam yang melanda sehingga mengigil2.. dalam keadaan begitu, hanya 3 kali sahaja peluang yang dapat direbut utk memasuki raudhah, tempat makam Nabi dan tempat mustajabnya doa.. pengalaman memasuki raudhah amat tidak dapat saya lupakan.. memasuki Raudhah bagi kaum wanita bukanlah mudah..memerlukan semangat yang kuat kerana ia memerlukan tekad yang kuat utk bersembahyg dan berdoa di sana.. ini kerana tempat yang dikhususkan pada wanita amatlah terhad dan bagi saya kecil berbanding dengan jumlah jemaah yang ramai yang berebut2 utk memasukinya.. alhamdulillah..dapat juga saya peluang ini…

di Madinah juga, kami dibawa melawat ke Masjid Quba’, jabal Uhud, Ladang kurma, tempat percetakan al-Quran dan pasar kurma. Setelah berada di Madinah selama 5 hari, kami  bertolak ke Makkah jam 3 petang 30/5 itu.. perjalananan ke Makkah mengambil masa hampir 8 jam termasuk berhenti di Bir ‘Ali utk niat umrah.. (huhu..sedihnya sebut nama masjid ni..mengingatkan aku pada empunya nama insan kesayanganku itu..:(


Paksu, maksu, saya, kakak dan abg ipar di hadapan masjidil haram
sampai di Makkah jam 11.30 malam.. pbahagian bilik, letak beg dan terus melakukan tawaf qudum.. ada jemaah yang tidur dulu dan melakukan tawaf qudum keesokan paginya..tapi bagi kami (saya, kakak dan abg ipar) lebih selesa menyelesaikan terus twaf qudum ini dulu.. maka pergilah kami melangkah masuk ke Masjidl Haram..kesekian kalinya diberi peluang oleh Allah utk melihat baitullah benar2 menyentuh hatiku…ya Allah… kuatkanlah hatiku ini.. permudahkan segala urusanku.. aku ingin menympurnakan umrah utk diriku dan suamiku yang kusayangi.…Alhamdulillah selesai tawaf qudum pada jam 3 pagi.. duduk di masjid sehingga masuk waktu subuh pada jam 4 pagi..

di Makkah, banyak masa diberi oleh Mutawwif utk kami melakukan umrah secara sendiri di samping ziarah di Jabal Rhmah, tempat2 Haji – Mina, Mudzalifah, Jabal Tsur, Jabal Nur dan Ladang unta... Alhamdulillah dengan peluang dari Allah ini, dapat saya menyempurnakan umrah2 utk diri saya dan umrah utk sang kekasih yang dirindui.. semoga pahala ini sampai padanya di alam sana.. semoga dia bahagia di sana.. sejahtera dan tenang..amin... Abg ipar saya awal2 telah berpesan agar banyak berdoa di sini dan melihat ka'abah yang mulia ini.. inilah yang saya selalu buat.. seusai solat, saya selalu membawa al-Quran dan membacanya di depan kaabah di samping doa semoga saya selalu ada kekuatan dalam kehidupan ini..

hari terakhir di Makkah, bertambah sebak rasa hati ini utk meninggalkan kaabah dan bumi makkah.. satu pengalaman yang tdk mungkin saya lupakan dalam umrah saya kali ini ialah peristiwa mengucup hajarul aswad.. kalu blh saya tidak mahu melepaskan peluang utk mengucup hajarul aswad.. kalau dilihat dari jauh, kelihatan agak mustahil wanita utk mengucupnya memandangkan ramai jemaah lelaki yang berebut utk mengucupnya.. saya benar2 berdoa agar diberi peluang sebelum saya balik ke tanah air keesokan harinya.. saya berjalan menuju ke Baitullah dan Hajarul Aswad.. mulut tak henti2 membaca doa “Rabbi yassir wala tu’assir, Rabbi Atmim bil khair..” sambil tangan memegang2 multazam dan kelambu kaabah.. menyelit punya menyelit, sedar tak sedar hajarul Aswad berada di hadapan muka saya.. Alhamdulillah, saya diberi peluang buat kali kedua mengucup hajarul aswad selepas umrah yang pertama tahun 1993.


semasa kenduri Nasi Mandy yg diadakan oleh Mutawwif
Tanpa membuang masa, saya mengucupnya tidak henti2..tibe2 hati terdetik, mana pergi orang yang bertolak2 utk mengucupnya td.. selesai mngucupnya, saya berpaling utk keluar…terkejutnya bila melihat lautan manusia yg bertolak2 utk mengucup hajarul aswad.. dengan keadaan yg payah, saya menyelit2 utk keluar.. tiba2 saya terjatuh akibat ditolak.. hampir dipijak membuatkan saya menjerit Allahu Akbar.Takdir Allah, seorang jemaah lelaki yang berkulit putih dan berbadan besar menarik tangan saya sehingga saya dapat berdiri.. namun, saya masih gagal keluar dari celah2 jemaah yang berpusu2 utk menuju ke hajarul aswad.. tiba2 saya ternampak kelibat lelaki yang menarik tangan saya tadi lantas menarik bucu kain ihramnya shingga saya dpat keluar ke tempat yang lapang.. saya mencari2 lelaki itu tapi gagal menemuinya..dalam hati, mungkin malaikat yang Allah hantar utk menyelamatkan nyawa saya.. dalam keadaan lutut yg terketar2 dan tubuh yang menggigil, saya berdiri tegak di hadapan multazam dan berdoa sambil menangis semahu2nya… dalam hati bersyukur kerana Allah beri saya kesempatan utk mengucup hajarul aswad… Allahu Akbar..

Berakhirlah kembara dunia saya di Makkah dan Madinah menuju keredhaanNya di tempat yang abadi iaitu di akhirat sana.. smoga kembara dunia menuju akhirat saya pada kali ini diterima Allah sebagai Umrah yang Mabrurah.. dan semoga Allah beri saya peluang utk menjadi tetamuNya lagi dalam siri2 umrah yg akan datang dan juga haji yan wajib ke atas diri saya nanti.. Allah.. aku rindu utk menjadi tetamu di baitullahMu dan Makam KekasihMu…. Dan semoga ALlah menerima doa2 saya di sana dan semoga pahala umrah yang saya hadiahkan buat suami yang amat saya cintai dapat membahagiakn dia di sana... Kabulkan doa2ku ini ya Allah……. Amin……..

Labbaikallahumma Labbaik……

Wednesday, 23 May 2012

Setiap gambar ada cerita....

Bismillahirrahmanirrahim... Allahumma solli 'ala saiyidina wa habibiena Muhammad wa 'ala aalihi wasohbihi wasallam....

Tinggal lama blog kesayanganku ini kerana tidak sempat saya update.. akhir2 ini, kesibukan saya dengan beberapa urusan peribadi dan tanggungjawab sbgai seorg guru benar2 menghimpit masa saya dan menyempitkan waktu saya utk berblog..terpksa saya akur dgn kesuntukan masa saya ini, wpun banyak yg ingin dicoretkan di dalam blog ini.. apa kata saya ringkaskan saja melalui gambar2 di bawah ini.. bak kata Yuna, setiap gambar ada lagu..tp bagi saya, setiap gambar ada ceritanya... hehe....

CERITA 1: selepas balik dari sabah tempoh hari, saya dikunjungi PAKSU dan maksu (adik lelaki bongsu pd mak) yang lebih 10 tahun tidak berkunjung ke rumah saya.. kunjungannya bagai seribu rahmat bagi saya kerana saya akan pergi menunaikan umrah bersama dia sebagai mahram saya.. Allahu Akbar.. Allah menambah rhmat bagi saya lg, bila kakak dan abg ipar pun akan turut serta dlm rombongan kami ini...tak dapat digambarkan kegembiraan kurniaan Allah ini pada saya...

CERITA 2: Kesibukan saya bertambah lagi dengan sambutan Hari Kantin sekolah saya.. Sampai ke malam kami membuat persiapan gerai untuk jualan amal...anak2 yg paling gembira sebab dapat naik kuda yang ada...sekalipun kuda padi aje....






Cerita 3: pesta buku Antarabangsa 2012... kunjungan bertuah saya dan aleeya kerana berpeluang menemui 2 tokoh agama yang sangat2 sy segani dan kagumi... Ustaz Kazim elias dan Us Zahazan Mohamed.. Us Zahazan sempat memegang kepala alya dan berdoa utknya.. kata ustaz, "bawalah dia selalu ke majlis2 ilmu..."insya Allah us...t.ksh us kerana sudi mendoakan kebaikan utk puteriku ini"



CERITA 4: Seronoknya dapat tengok anak2 gembira bermain di taman permainan.. salah satu permainan yang mereka suka ialah menaiki kereta kecik ini... tersenyum gembira mereka..bahagia dan berbunga2 hati saya melihatnya..alhamdulillah...





CERITA 5: Sambung rawatan fawwaz..semoga kamu terus sihat sayang......amin...







CERITA 6: Ini gambar saya menghadiri dinner perpisahan dengan sekolah lama saya..terharu mereka buat majlis itu di hootelll.. terima kasih kawan2 acs..kenangan bersamamu tetap ku kenang.......

Alhamdulillah, syukur pada Allah atas segala nikmat yang Dia berikan dalam hidupku ini....smga Dia terus memberkati hidupku ini dan memberikan kebahagiaan juga pada suamiku di sana....amin..........


Friday, 6 April 2012

Antara Senyum dan Tangis (Siri II)

Bismillah Walhamdulillah was solaatu was salaamu 'alaa nabiyyinaa wa habeebinaa muhammad sollalahu 'alaihi wasallam..

Alhamdulillah masih diberi kelapangan masa oleh Allah untuk menyambung coretanku yang terdahulu… mmm.. nak kata saya sibuk  sangat.. tidak la.. ada juga masa utk makan, bermain dgn anak2, tido… entah.. mgkin masa untk ber’blog’ saja yang agak terhad kerana bagi orang seperti saya yang memerlukan masa yang tenang utk berfikir tercari2 waktu yang sesuai itu utk terus mencoret kisah hidup sy di dalam blog ini.. sekadar ingin berkongsi.. bagi saya, bila separuh dari semua yang terpendam dalam hati dan fikiran saya diluahkan di dalam blog ini, kala itu saya merasa sedikit lega.. dan separuh lagi yang agak berat saya luahkan pada bacaan umum di blog, sy simpan dan luahkan semuanya pada satu2nya yang Maha Mengerti hati dan perasaan saya…

Tidak dapat saya luahkan kekalutan saya menerima kejutan budaya kerja di sekolah baru saya.. agak berlainan daripada 2 sekolah yang pernah saya berkhidmat dulu.. begitu berlainan… tidak ada pilihan lain, saya cuma mampu berdoa memohon kekuatan, kesabaran dan kesihatan olehNya utk terus saya menabur bakti mendidik anak2 murid saya… Allah.. berikanku kekuatan.. tiada daya dan kemampuanku selain dari kekuatan yang telah Kau pinjamkan pada diriku ini…

Tempat kami berjalan2 beriringan bersama anak2
untuk ke pantai berhadapan rumah..
Disebabkan ‘kejutan’ inilah maka niat saya untuk mencoret kenangan saya di Sabah juga terbantut.. alhamdulillah, perancangan untuk bercuti di Sabah pada cuti sekolah bulan 3 yang lalu berjalan lancar walaupun terdapat juga sedikit halangan kerana fawwaz demam panas sepanjang berada di sana… walau apa pun syukur, demamnya dapat dikawal… bermacam2 ubat dan ikhtiar saya buat untuk meredakan demamnya.. mungkin ada hikmah.. saya redha walaupun ada sedikit rasa terkilan kerana tidak dapat ke kundasang… tapi tak palah kerana tercapai juga hasrat hati melihat dan menginap di kawasan perumahan yang dulunya tempat kami mencipta pelbagai kenangan suka dan duka.. berjalan2 di pantai yang menjadi tempat kami mengambil angin petang2 sambil membawa anak2 bermain air… Allah… benar2 mengusik hatiku… terbayang2 dia ada bersama.. dan sememangnya aku benar2 mengharapkan kehadiran dia……….


Nak balik dah.. Fawwaz masih demam...
Saya hanya sempat menziarahi beberapa orang teman… membeli sedikit ole2 untuk dibawa pulang.. ohye.. perancangan awal saya dan anak2 saja yang ke sana.. namun pada saat2 akhir, mak dan anak buah saya terpksa ikut sekali bagi membantu saya yang masa itu agak lemah (maklum baru keluar wad…) Alhamdulillah kehadiran mereka banyak membantu saya… tidak banyak tempat yang saya pergi tapi cukup rasanya bila dapat melihat tempat2 kenangan indah bersama si dia... sedikit sebanyak mengubat luka dan rindu di hati.. malah segalanya bagai meniup kembali kekuatan pada diri saya.. alhmdulillah.. hari terakhir di sana, terasa berat dan sedih untuk meninggalkan tempat yang penuh dengan kenangan ini… mata bergenang dan hati sebak… sama seperti saat mendaratnya pesawat sewaktu saya sampai di Lapangan Terbang Kota Kinabalu tempoh hari…

Dan setelah kembali dari Sabah itu, saya mendapat sedikit kekuatan untuk memulakan khidmat dan amanah saya di sekolah baru saya… seminggu selepas itu, saya mencuri masa untuk balik ke kedah.. sedikit urusan perlu saya selesaikan di samping menziarahi ‘dia’ di sana… kali ini, pemergian saya ke sana tanpa ditemani anak2 kerana bimbangkan keadaan kesihatan fawwaz yang kurang stabil… setelah urusan saya selesai, saya telah mengajak adik ipar untuk ke pusaranya.. agak sebak juga hati ini tika sampainya di sana.. namun saya cuba beristighfar dan berdoa agar Allah terus memberi kekuatan pada saya.. alhamdulillah setelah setahun pemergian dia, baru kali ini saya dapat membaca yasin, berdoa, bertahlil tanpa suara yang tersekat2 dan titisan air mata…syukur.. setelah itu, saya membersihkan daun2 kering di atas pusaranya..menyapu2 di sekelilingnya, membetulkan batu bata di sekeliling rumahnya itu sambil dalam hati berbisik2 meluahkan segalanya pada dia… 

“Assalamualaikum abang, ummi dah dapat tukar sekolah.. ummi dapat sekolah sama dengan alya.. abang mesti suka kan.. ummi akan dapat menjaga alya di rumah dan di sekolah sebagaimana yang abang pesan pada ummi dulu..abang, ummi akan berangkat ke tanah suci tak lama lagi.. ummi rindu sangat untuk ke sana… ummi teringin ke sana bersama abang.. namun tidak kesampaian.. insya Allah ummi akan ke sana membawa hasrat dan impian kita dulu… dan insya Allah juga, di depan Kaabah dan di Raudhah nanti akan ummi kirimkan doa2 ummi buat abang dan salam kepada baginda Rasulullah s.a.w bagi pihak abang.. insya Allah..abang, ummi akan berdoa agar Allah mencucuri rahmat ke atas roh abang dan menempatkan abang di kalangan roh para solihin dan muqarrabin.. Dan semoga Allah menyatukan kembali cinta kita bersama anak2 di sana nanti.. di syurgaNya insya Allah…. Sayang, ummi balik dulu.. nanti ummi datang bawa anak2 pula... abang berehat dengan tenang dan aman di sana, ummi yakin Allah akan jaga abang di sana dan pelihara ummi dan anak2 di dunia ini.... ”

Dan hari ini, saya merasa sedikit lega kerana urusan penukaran nama kereta kesayangan abang telah selesai… seperti saya mendapat kembali kekuatan pabila melihat dan merenung kereta wiranya ini… pulang dari sekolah, merenung kereta itu, seolah2 merasakan dia sedang menunggu saya di dalam rumah.. Allah.. xmampu saya tepis perasaan rindu yang maha tebal ini padanya..

‘Ala kulli haal.. sesungguhnya perancangan hidup seorang insan yang lemah seperti saya adalah aturan Dia yang Maha Kuasa… semoga hati ini akan terus bersyukur dengan apa yang telah Allah tentukan buat saya.. terjumpa kata-kata dari sebuah blog:

Hidup itu kembarnya ujian..
Datang dan datang tanpa perhentian, 
Hanya dengan keimanan, 
Kau mampu bertahan,
Jangan kau jatuh hari ini,
Kerna hanya selepas mati,

Baru ujian terhenti.


Semoga rahmat dan hidayah Allah sentiasa menemani saya di sepanjang perjalanan sepi ku di dunia ini tanpa kamu wahai suamiku yang amat kucintai... al-fatihah....... 

Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah… 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...