Thursday, 28 July 2011

Warkah dari Sudan..

Assalamualaikum Faizah sadiqati wa hamimati,


Apa khabar Pae, selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Pae, saya mungkin tidak rasa apa yang Pae rasa. Tapi saya tahu sekarang Pae sangat sunyi, tiada teman berkongsi rasa untuk gelak ketawa dan ketika duka. Please Pae, kuatkan hati Pae ingatlah Allah yang mengaturkan perjalanan hidup Pae semenjak kecil, sehingga berkahwin mempunyai anak, kemudian suami pergi meninggalkan Pae... sesungguhnya Allah tahu dan tidak pernah lupa. Dia akan terus mengatur hidup Pae, Dia tidak pernah menganiaya hamba.


Pae, tafakkurkan ke dalam diri. Pada waktu dan ketika ini ada ribuan perempuan di seluruh dunia yang kehilangan teman hidup, ada ribuan perempuan mendidik anak sendirian. Pae tidak keseorangan, ketahuilah semua ribuan itu sentiasa dikasihi Allah, dijaga oleh Allah yang tidak pernah lalai. Allah mendengar tangisan jutaan anak yatim. Kerana dunia ini tidak kekal,tidak baqa'. Ertinya setiap insan tidak suka perpisahan, tidak suka kehilangan...itulah bukti yang jelas di sana ada SATU TUHAN dan di sana ada HARI PERTEMUAN dan HARI AKHIRAT YANG ABADI.


Kalaulah Allah, tidak pernah membiarkan semut yang kelaparan diberikan rezekinya, Allah juga pengasih kepada cacing di dalam tanah ada rezekinya, Allah juga mendengar keluhan burung2 di pagi yang lapar diberinya rezeki, Allah juga mendengar keinginan makhluk2nya yang kecil yang lain lagi. Mustahil Allah tidak mendengar rayuan dan tangisan hambanya, sebaik-baik kejadian. ALLAH lebih lagi mendengar rayuan dan tangisan makhluk bernama manusia.


Makhluk bernama manusia ini menangis kerana berpisah daripada kekasihnya, rindu dan lemah tidak berdaya. Katahuilah PAe, Allah itu MAHA HIDUP tidak pernah mati, dia akan menghidupkan dan menyatukan hamba-hamba yang terpisah di negeri abadi.


Pae, kita ini semua umpama askar yang diutuskan menjalankan tugas rasmi. Setiap kita diberi arahan untuk melaksanakan tugas oleh jeneral agung. Apabila selesai tugas kita, sudah tentu kita perlu pulang. Setiap bayi yang lahir menerima watikah melaksanakan tugas sebagai tentera Allah. Di medan dunia inilah kita belajar dan terus belajar, medan ini kita bertempur dgn nafsu, di medan ini kita berusaha membantu orang lain. Dan bayi itu apabila telah selesai tugasnya sama ada ketika kecil atau tua tetap akan pergi untuk diganti tentera yang lain pula.


Begitulah peralihan semenjak zaman Adam. Semua kita datang dengan tugas, untuk mengenali Tuhan dan untuk mencari bekal. Insya Allah, Ali telah pun pulang ke kampung asalnya negeri syurga dan kita semua bakal pulang juga. Bukan kah kita semua merindui kampung halaman kita juga. Allah pasti tidak sia-siakan perasaan rindu kita kepada kekasih dan kepada kampung asal kita, kampung datuk kita Adam. Di sana semua kekasih akan dihimpunkan. Mudah-mudahan kita berkumpul bersama Baginda SAW. Alangkah bahagianya Ali, sekarang dia di tempat paling indah, mungkin sangat hampir dengan Baginda SAW. Pae, usahlah sedih dan hiba, ketahuilah Ali sekarang dalam inayah ALLAH tiada lagi keluh kesah. Pae, pasti sukakan yang terbaik untuk Ali. Pae pasti mahu Ali bahagia, dan sekarang Ali sedang berbahagia. Dan kita semua juga pasti menyusul tidak lama lagi.


Salam Ramadhan...senyumlah Pae, Allah pasti membuka rahsianya untuk Pae, serulah nama-Nya.

Sunday, 24 July 2011

Pak Su Man

Berakhir la cerita Pak Su Man yg ditayangkn di tv al-Hijrah..aku suka cerita ni..meninggalkan kesan yg mdalam padaku..mjadikan aku teringat pada abg...aku ingatkn aku shj yg teringat pada abg,rupa2nya anakku si alya pn teringat merasai perasaan yg sama..

Alya:umi ni suka tgk cite ni?napa?
umi:sbb dia sdap la..
Alya:ya tahu knpa umi suka tgk cite ni..sbb umi ingat kat abi kan?tgk,umi nangis bl cite ni dah hbs..
umi:umi nangis sbb cite ni sedih la..
alya:tak..umi msti igt kat abi.ya pun igt kat abi bl tgk cite ni..
(dlm hati,laaa...dia pun sama..hehehe)

mmg betul aku teringat pada abg..sebbnya abg pun berpangkat 'pak su' dlm keluargaku..cara bcakap yg lembut,perwatakannya mcm yg dibawakan oleh ezany dlm cerita tu..huh!rinduku semakin menebal padanya ya Allah..tabahkanlah hatiku...al-Fatihah...

Sedikit sinopsis Pak Su Man..

Pak Su Man mengisahkan sejak kematian Razlan dan Ayati akibat kemalangan jalan raya, empat anak mereka, Muhammad Ashraf, Nur Aisyah Suraya, Nur Aqilah Sofea dan Muhammad Arief menerima wasiat diletakkan di bawah jagaan Riezman, adik Razlan. Riezman juga diwasiatkan untuk mengambil alih syarikat arwah Razlan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Riezman mendirikan rumah tangga dengan Sumayyah dan mempunyai anak bernama Ady Mirza. Karektor peribadi Riezman berlainan dengan arwah abangnya. Riezman, seorang yang lebih ketimuran dan kuat berpegang pada ajaran agama Islam.


Berhadapan dengan kerenah anak-anak saudara yang memeningkan kepala menjadikan Riezman dan Sumayyah lebih matang dan sabar. Mereka terpaksa berusaha sebaik mungkin menyara hidup keluarga dengan keadaan syarikat peninggalan Razlan yang goyah.


Riezman dan Sumayyah terpaksa berjimat cermat dan bersederhana sejajar dengan konsep Islam kepada anak-anak buahnya walaupun pada mata kasar, mereka hidup di dalam mahligai yang mewah. Penerimaan Ashraf agak dingin kerana mereka beranggapan Pak Su Man mereka seorang yang konservatif. Ashraf menganggap Pak Su Man tidak layak mengambil alih tempat arwah bapanya, baik sebagai bapa mahupun sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat. Sebaliknya, Aishah menerima kehadiran Pak Su Man dan isterinya dengan berlapang dada.


Konflik tercetus apabila orang kuat syarikat arwah Razlan, Tarmizi menjadi duri dalam daging. Tarmizi pura-pura memahami Ashraf namun pada hakikatnya dia cuma mahu mempergunakan Ashraf. Tarmizi merasakan inilah masa yang sesuai untuknya meluaskan empayar komplotnya ke atas Riezman. Ashraf tidak mengerti apa-apa dalam urusan syarikat dipergunakan Tarmizi.

Friday, 22 July 2011

Menulis saat yg paling sedih dlm hidupku..

Aku ingin sekali mencatat setiap detik dn saat peristiwa yg paling sedih dalam hidupku..ujian yg plg berat spnjang hidupku sbg seorg isteri..tapi aku tdk mampu ya Tuhanku..stiap kali aku ingin memulakan,aku merasakan sakit yg teramat berat di kepalaku..seperti sebiji batu besar lg berat menghempap kepala ini..

itu lah gambaran beban yg ku tanggung di hati..air mata yg mengalir usah dikira lagi...mengingat saat2 itu..membayangkan detik2 itu bagaikan mengambil pisau yg tumpul menoreh hatiku sendiri.. pedihnya..peritnya...darah yg mengalir bukan sedikit..bisa yg ditanggung amat sakit.. 

ya Allah ya Tuhanku..aku hambaMu yg amat lemah...aku tahu dan sedar ujian yg ditimpa ke atas ku ini ada hkmahnya..takdir yg tlh Kau letakkan pada diri ini ada sbabnya..kenapa ya Allah,payahnya diri ini utk terus redha..terus beristiqamah dan bersabar atas segalanya...

Abang,andai abg tahu apa yg umi rasakan sekarang...abg,umi ingin sekali bertemu dgnmu...memegang tanganmu...berbicara denganmu mengenai anak2 kt...mendengar suaramu...gelak tawamu...gurau sendamu....memeluk dirimu...merasai kehangatan kasih dan sayangmu... abg...takdir memisahkan kt sebegini cepat...tidak kusangka...tdk kuduga..anak2 akn membesar tanpa abinya..umi akan mengharungi hari2 yg mdatang tanpa abg... umi sedih abg..umi rindu abg...umi terkilan tdk dpt terus mjlankan kewajipan umi pada abg...

abg,kenapa umi tdk kuat utk menerima segalanya..bila dktor sahkan abg mhidap kanser,umi mash kuat dn tsenyum utk abg...bl dktr kata abg hanya ada 1 bulan utk hidup,umi msh kuat menerimanya...bl dktor mnasihatkn umi mbawa abg pulg bsama kluarga utk mberi masa2 terakhr abg bsama kluarga,umi msh kuat..umi juga msh kuat bila umi berada di samping abg,menemani abg sewaktu nazak..umi msh kuat semasa mengajar abg mengucap syahadah..umi jg msh kuat smasa dada abg berhenti berombak...umi juga msh kuat apbila mlihat mata abg ke atas mengiringi roh yang naik ke langit...airmata terakhr abg mengalir dari mata abg sebelah kanan..umi juga mash kuat smsa meletakkan tangan kanan abg di atas tgn kiri abg...

TETAPI,umi terus lemah bila melihat wajah abg ditutupi kain..dan waktu itu umi tahu dan sedar bahawa umi kehlgn suami yang paling umi cintai,paling umi syg.....umi juga sedar bahawa anak2 kehilangan ayah yg amat penyayang....umi terus rebah..umi hanya mampu mengucapkan INNA LILLAHI WAINNA ILAIHI  ROOJI'UN...ya Allah,aku redha ya Allah..Aku redha...Sakitnya ya Allah..sakitnya ya Allah...Tlglah aku......... 

kerana apa? KERANA abg adalah kekuatan umi selama ini...tanpa abg umi tak mampu utk sekuat dulu...ramai kwn2 mnasihatkan umi...kuatlah pae,demi anak2..senangnya mulut insan bbicara..yg menanggungnya?mgkin umi mampu kuat dgn sedikit lagi kkuatan yg ada pada umi kerana sebhgn kekuatan  umi tlah pun bkubur bersama jasad abg...umi tak mampu abg..tapi umi akan cuba demi anak2 kita..amanah Allah  pd kita..umi takut kalu2 umi tak dpt mlaksanakn amanh ini sebaiknya,umi tak dpt btemu abg di sana..menemani abg di syurga...

Dikau pergi sebahagian diriku tiada lagi sayang..
Damailah abg di sana..tggu umi ya...umi xsabar berjumpa abg..hanya Allah sahaja yg tahu bila tika,waktu dan saatnya..sabarlah syg...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...