Berakhir la cerita Pak Su Man yg ditayangkn di tv al-Hijrah..aku suka cerita ni..meninggalkan kesan yg mdalam padaku..mjadikan aku teringat pada abg...aku ingatkn aku shj yg teringat pada abg,rupa2nya anakku si alya pn teringat merasai perasaan yg sama..
Alya:umi ni suka tgk cite ni?napa?
umi:sbb dia sdap la..
Alya:ya tahu knpa umi suka tgk cite ni..sbb umi ingat kat abi kan?tgk,umi nangis bl cite ni dah hbs..
umi:umi nangis sbb cite ni sedih la..
alya:tak..umi msti igt kat abi.ya pun igt kat abi bl tgk cite ni..
(dlm hati,laaa...dia pun sama..hehehe)
mmg betul aku teringat pada abg..sebbnya abg pun berpangkat 'pak su' dlm keluargaku..cara bcakap yg lembut,perwatakannya mcm yg dibawakan oleh ezany dlm cerita tu..huh!rinduku semakin menebal padanya ya Allah..tabahkanlah hatiku...al-Fatihah...
Sedikit sinopsis Pak Su Man..
Pak Su Man mengisahkan sejak kematian Razlan dan Ayati akibat kemalangan jalan raya, empat anak mereka, Muhammad Ashraf, Nur Aisyah Suraya, Nur Aqilah Sofea dan Muhammad Arief menerima wasiat diletakkan di bawah jagaan Riezman, adik Razlan. Riezman juga diwasiatkan untuk mengambil alih syarikat arwah Razlan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.
Riezman mendirikan rumah tangga dengan Sumayyah dan mempunyai anak bernama Ady Mirza. Karektor peribadi Riezman berlainan dengan arwah abangnya. Riezman, seorang yang lebih ketimuran dan kuat berpegang pada ajaran agama Islam.
Berhadapan dengan kerenah anak-anak saudara yang memeningkan kepala menjadikan Riezman dan Sumayyah lebih matang dan sabar. Mereka terpaksa berusaha sebaik mungkin menyara hidup keluarga dengan keadaan syarikat peninggalan Razlan yang goyah.
Riezman dan Sumayyah terpaksa berjimat cermat dan bersederhana sejajar dengan konsep Islam kepada anak-anak buahnya walaupun pada mata kasar, mereka hidup di dalam mahligai yang mewah. Penerimaan Ashraf agak dingin kerana mereka beranggapan Pak Su Man mereka seorang yang konservatif. Ashraf menganggap Pak Su Man tidak layak mengambil alih tempat arwah bapanya, baik sebagai bapa mahupun sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat. Sebaliknya, Aishah menerima kehadiran Pak Su Man dan isterinya dengan berlapang dada.
Konflik tercetus apabila orang kuat syarikat arwah Razlan, Tarmizi menjadi duri dalam daging. Tarmizi pura-pura memahami Ashraf namun pada hakikatnya dia cuma mahu mempergunakan Ashraf. Tarmizi merasakan inilah masa yang sesuai untuknya meluaskan empayar komplotnya ke atas Riezman. Ashraf tidak mengerti apa-apa dalam urusan syarikat dipergunakan Tarmizi.

No comments:
Post a Comment