Thursday, 15 September 2011

4 bulan telah berlalu....

Bismillah  wal hamdulillah..

Hari ni 4 bulan pmergiaan suami tsayang ke rahmatullah..Syukur padaMu ya Allah atas segala kekuatan yang telah Kau limpahkan kepada hamba ini ya Allah..hamba bdoa agar kekuatan ini terus Kau kurniakan kepada diri ini..janganlah Kau biarkan diri ini mharungi hidup di dunia ini tnpa bimbingan dan hidayah dariMu ya Allah..

Dah 2 minggu tidak bkesempatan mengupdate status di blog ku ini…tiada perasaan utk mcatat sesuatu..wpun hatiku meronta2 utk meluahkan segala2nya.. masa banyak kuhabiskan dengan bjalan ke kedai2 buku (hobi tbaru)…. menelaah buku2 yg kubeli sbg motivasi peribadi bg diriku ini.. entahlah akhr2 diri ini kian lemah.. mencari2 buku sbg motivator peribadi.. dulunya suami menjadi motivator yg setia.. dari saat bangun tidur,pergi sekolah, balik sekolah, smpaila ke saat tidur semula… dialah yg banyak memberi aku kata2 semangat, menegur kesilapan ku… 

Dulu, dialah pendengar yang setia.. mdengar segala celoteh isterinya ini.. mdengar luahan hati seorg isteri tentang karenah anak2, mslh di sekolah..bila aku kehilangan dia, aku kdg2 seolah hilang arah.. hilang tpt bmanja.. Ya Allah aku tidak mahu lg bsedih.. bantulah aku ya Rahman.. lindungilah aku dari rasa putus harap pada-Mu.. ya Allah..

Sudahlah wahai sesuatu yang bnama kesdihan..pergilah jauh2… aku ingin hidup sekadar mampu.. tapi penuh makna demi anak2 permata hati dan buah cinta dari suami yang kusyg…

Sibuk jg membawa anak2 berjalan2 hiburkan hati mereka.. sekurang2nya terubat jgk hati mereka.. akhr2 ni jgk,anak2 semacam mencari2 dan merindui sesuatu.. alya,pantang dimarahi pastikan cepat rajuknya…pnjg tangisnya…ksian aku tengok.. fawwaz plk asyik mengulang2 ayat yang sama.. umi, abi kat 'ampung'… kdg2 abi naik bas…entahlah apa yg bmain di fikiran anak bujangku itu.. Cuma doaku agar mereka terus kuat dan tabah mhadapi segala ujian dlm hidup ini tnpa kasih dn didikan abinya… dan moga2 aku dan anak2 kan terus bersabar dlm mharap redho-Mu ya Allah sepertimana sabar dan redhonya suamiku pabila menghadapi segala ujian dariMu dulu…



Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuatan buatku
Menghadapi tarbiyah dariMu ini wahai Tuhan Rabbul Jalil...

Al-Fatihah utk suami yang amat ku cintai…. Semoga abg tenang di alam sana...

2 comments:

  1. Al Fatihah...
    smg puan tabah mhadapi hari2 yg mdatang..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...