Bismillah Walhamdulillah was solaatu was salaamu 'alaa
nabiyyinaa wa habeebinaa muhammad sollalahu 'alaihi wasallam..
Ramadhan semakin menginjak ke fasa terakhirnya.. sedih,
syahdu, pilu dan sendu silih berganti.. terasa masih byk kekurangan dalam
beribadah di madrasah taqwa Ramadhan ini… masih byk lompang2nya.. Allah…iman
masih lemah..masih belum mampu memaksimakan amalan.. belum mampu merasakan
sebenar2 ketakutan ketika berdepan denganNYa.. air mata yang mengalir juga bukan
seluruhnya kerana insaf dan gerun dengan sifat al-Jabbar dan al-mutakabbir
Rabbul Jalil Tuhan sekalian alam… separuhnya air mata kasih pada insan yang
dirindui yang telah kembali pada Penciptanya…Allahu Akbar.. ampunkanlah
kekhilafanku… kedhoifanku ini…
Alhamdulillah.. anak2 semakin pulih.. mak saja yang belum
sembuh lagi.. aleeya juga dah 4 hari menyambung kembali puasanya yang
ditinggalkan kerana demam chicken pox hari tu.. maknanya hari ini hari yang
ke-17 dia berpuasa.. Alhamdulillah.. semoga anak solehah ummi akan terus kuat…
fawwaz macam biasa..belum mengerti apa2 tentang puasa.. bila ummi
menyuapkan makanan ke mulutnya, dia juga
akan menyuap mulut ummi juga.. dan ummi akan menolak.. “ummi puasa sayang..”lantas
disambut olehnya.. “Awaz puasa gak..” hehe… kelakar anak ummi…
Ya Allah…Syawal akan tiba, Ramadhan pula sedang bersiap
untuk meninggalkan kita.. sedihnya rasa.. di sekolah saya sudah bergema mood
raya.. seawal 7 pagi sudah berkumandang lagu2 raya.. kadg2 takbir raya juga..
pedihnya rasa hati.. bila membeli barang di pasaraya juga begitu, di bazaar
juga begitu,rasanya mahu sahaja diri ini berkurung di rumah daripada mendengar
lagu2 raya yang dulunya menjadi kegemaran saya dan abg… mendengar lagu Balik
Kampung nyanyian Allahyarham Sudirman seperti terngiang2 suara abg di dlm
kereta kami bila menyambut korus lagu itu.. Balik kampong oooo Balik kampong …
ALlahu Akbar.. kenangan yang tidak pernah terpadam daripada kotak
ingatanku…benarlah seperti kata teman setangisan saya..tiada kemeriahan syawal
ini.. Ya Allah, hanya Engkau Maha Tahu hikmah di sebalik semua ini…
Semalam, saya menerima panggilan daripada adik ipar saya
(perempuan) yang mengajak saya pulang ke kampong kerana dia bakal bertunang
selepas raya ini… jika abg masih ada.. dialah insan yang paling seronok
mendengar pengkhabaran ini.. semasa berbual dgn adik ipar saya, saya cuba
mengawal perasaan sebak saya.. namun selepas itu, saya tdk dpt lagi menahan
perasaan saya ini.. saya benar2 rasa kehilangan.. hati saya menjerit2
memanggil2 nama abg… benar2 ingin bertemu abg dan bercerita2 dgn abg..
Ya Allah tabahkan hatiku ini…mudahkanlah perjalananku utk
menziarahi suamiku yang tercinta…setakat ini tiada perancangan utk balik ke
kedah memandangkan keadaan mak yang uzur dan tidak blh ditinggalkan tanpa teman.. saya bercdg utk
pulang dan tinggal lama di kedah pada cuti bln 12 nanti..tp bila menerima
pnggilan dan harapan mereka utk saya pulang bersama2 meraikan majlis buat saya
rasa amat terharu.. Allahu Akbar… sebak..sebak sgt….
“Abang syg.. adik abg
akan bertunang selepas raya ini… pasti abg gembira mendengar berita ini kan…
ummi tahu, abg amat mennti2 majlis seumpama ini kerana abg akan berpeluang
berkumpul dengan semua ahli keluarga abg jauh dan dekat.. dan smemangnya ummi
tahu abg seorg yang suka bersilaturrahim… abg… insya Allah ummi akan pulang
meraikan majlis ini bagi pihak abg… juga ummi akan pulang ‘bertemu’ abg nanti.. smga Allah memudahkan perjalanan
ummi ke sana…”
Allahu Rabbi..padaMu ku berserah… ku bermohon… ku merayu……. Aku
amat2 merindui suamiku yang telah kembali ke sisiMu ya Allah…ampuni daku kerana
amat payah menerima semua ujian dariMu ini dengan tenang dan sabar.. kdg2
jiwaku ini menginginkan dia kembali kepadaku… ya Allah.. lemahnya hambaMu ini…
dhoifnya iman di dlm hatiku..pimpinlah aku ke jalan yang Kau redhoi…………………amin…….
AL-FATIHAH…