Thursday, 16 August 2012

Panggilan dari Kampung....


Bismillah Walhamdulillah was solaatu was salaamu 'alaa nabiyyinaa wa habeebinaa muhammad sollalahu 'alaihi wasallam..

Ramadhan semakin menginjak ke fasa terakhirnya.. sedih, syahdu, pilu dan sendu silih berganti.. terasa masih byk kekurangan dalam beribadah di madrasah taqwa Ramadhan ini… masih byk lompang2nya.. Allah…iman masih lemah..masih belum mampu memaksimakan amalan.. belum mampu merasakan sebenar2 ketakutan ketika berdepan denganNYa.. air mata yang mengalir juga bukan seluruhnya kerana insaf dan gerun dengan sifat al-Jabbar dan al-mutakabbir Rabbul Jalil Tuhan sekalian alam… separuhnya air mata kasih pada insan yang dirindui yang telah kembali pada Penciptanya…Allahu Akbar.. ampunkanlah kekhilafanku… kedhoifanku ini…

Alhamdulillah.. anak2 semakin pulih.. mak saja yang belum sembuh lagi.. aleeya juga dah 4 hari menyambung kembali puasanya yang ditinggalkan kerana demam chicken pox hari tu.. maknanya hari ini hari yang ke-17 dia berpuasa.. Alhamdulillah.. semoga anak solehah ummi akan terus kuat… fawwaz macam biasa..belum mengerti apa2 tentang puasa.. bila ummi menyuapkan  makanan ke mulutnya, dia juga akan menyuap mulut ummi juga.. dan ummi akan menolak.. “ummi puasa sayang..”lantas disambut olehnya.. “Awaz puasa gak..” hehe… kelakar anak ummi…

Ya Allah…Syawal akan tiba, Ramadhan pula sedang bersiap untuk meninggalkan kita.. sedihnya rasa.. di sekolah saya sudah bergema mood raya.. seawal 7 pagi sudah berkumandang lagu2 raya.. kadg2 takbir raya juga.. pedihnya rasa hati.. bila membeli barang di pasaraya juga begitu, di bazaar juga begitu,rasanya mahu sahaja diri ini berkurung di rumah daripada mendengar lagu2 raya yang dulunya menjadi kegemaran saya dan abg… mendengar lagu Balik Kampung nyanyian Allahyarham Sudirman seperti terngiang2 suara abg di dlm kereta kami bila menyambut korus lagu itu.. Balik kampong oooo Balik kampong … ALlahu Akbar.. kenangan yang tidak pernah terpadam daripada kotak ingatanku…benarlah seperti kata teman setangisan saya..tiada kemeriahan syawal ini.. Ya Allah, hanya Engkau Maha Tahu hikmah di sebalik semua ini…

Semalam, saya menerima panggilan daripada adik ipar saya (perempuan) yang mengajak saya pulang ke kampong kerana dia bakal bertunang selepas raya ini… jika abg masih ada.. dialah insan yang paling seronok mendengar pengkhabaran ini.. semasa berbual dgn adik ipar saya, saya cuba mengawal perasaan sebak saya.. namun selepas itu, saya tdk dpt lagi menahan perasaan saya ini.. saya benar2 rasa kehilangan.. hati saya menjerit2 memanggil2 nama abg… benar2 ingin bertemu abg dan bercerita2 dgn abg..

Ya Allah tabahkan hatiku ini…mudahkanlah perjalananku utk menziarahi suamiku yang tercinta…setakat ini tiada perancangan utk balik ke kedah memandangkan keadaan mak yang uzur dan tidak blh   ditinggalkan tanpa teman.. saya bercdg utk pulang dan tinggal lama di kedah pada cuti bln 12 nanti..tp bila menerima pnggilan dan harapan mereka utk saya pulang bersama2 meraikan majlis buat saya rasa amat terharu.. Allahu Akbar… sebak..sebak sgt….

“Abang syg.. adik abg akan bertunang selepas raya ini… pasti abg gembira mendengar berita ini kan… ummi tahu, abg amat mennti2 majlis seumpama ini kerana abg akan berpeluang berkumpul dengan semua ahli keluarga abg jauh dan dekat.. dan smemangnya ummi tahu abg seorg yang suka bersilaturrahim… abg… insya Allah ummi akan pulang meraikan majlis ini bagi pihak abg… juga ummi akan pulang ‘bertemu’  abg nanti.. smga Allah memudahkan perjalanan ummi ke sana…”

Allahu Rabbi..padaMu ku berserah… ku bermohon… ku merayu……. Aku amat2 merindui suamiku yang telah kembali ke sisiMu ya Allah…ampuni daku kerana amat payah menerima semua ujian dariMu ini dengan tenang dan sabar.. kdg2 jiwaku ini menginginkan dia kembali kepadaku… ya Allah.. lemahnya hambaMu ini… dhoifnya iman di dlm hatiku..pimpinlah aku ke jalan yang Kau redhoi…………………amin……. AL-FATIHAH…

Friday, 10 August 2012

Ujian Sebagai Tarbiyyah Ramadhan...

Bismillah Walhamdulillah was solaatu was salaamu 'alaa nabiyyinaa wa habeebinaa muhammad sollalahu 'alaihi wasallam..

Hari ke-21 Ramadhan.. insya Allah, hanya berbaki seminggu utk diri terus mengutip mutiara2 pahala di dalamnya sebagai bekalan di sana kelak… singkatnya rasa waktu… Ramadhan bagiku BULAN UJIAN… bukan sekadar diuji dengan lapar dan dahaga.. namun menguji sejauhmana diri ini bersabar…

Bermacam2 ujian.. Mak saya dijangkiti kayap… anak2 chicken pox… kereta kesygn abang accident.. Allah…semua menuntut saya utk bersabar dan menerima segalanya dengan tabah.. kedengaran seperti benda biasa.. kayap dan chicken pox..mulanya pun saya ingat biasa saja, namun bila melihat keadaan mak begitu, rupa2nya memang kayap ini penyakit yang ‘azab’ jgk utk warga emas.. mungkin disebabkan darah dan antibody yg tdk begitu kuat utk menangkis serangan dan bisa kayap itu… anak2 pula dengan chicken pox penuh satu badan… ke hulu ke hilir saya mencari penawarnya… daun semambu… air kelapa.. mcm2… tambah pulak dgn tanggungjwb sy di sekolah… kesimpulannya Ramadhan ini bulan yang agak busy bagi saya… Alhamdulillah, Allah memberi kesihatan utk saya menjaga mereka.. Cuma ada la batuk2 sikit.. maklumlah musim jerebu… smga Allah sentiasa bagi kekuatan pada saya…

Kereta kelabu kesygn abg plk accident.. pemandunya ialah abg saya sendiri… remuk depannya.. remuk jugalah hati saya melihatnya… kalu abg masih ada, pasti sedih melihat keretanya begitu.. claim plk tak dapat sebab pemandunya bukan saya… driver kedua pula nama abg yang sulong.. tiada pilihan lain.. redha sahaja… sabar… sabar.. sabar.. ye, mmg saya sgt sayang kereta itu.. kerana pemiliknya dulu amat2 menjaganya… entahlah… seperti yg saya kata.. hanya sabar.. sabar… mungkin ada hikmah yg kita tak pernah tahu…

Kata2 dari Us Pahrol Md Juoi melegakan sedikit kegusaran hati:

"Allah berikan yang pahit, jadikan ubat. Allah berikan yang pedih, anggaplah itu pembedahan jiwa untuk mengeluarkan penyakit-penyakit hati kita. Ya, jika limau yang kita dapat masam… buatlah air limau, kata orang yang bijaksana."

Allah.. ya Allah.. sabarlah wahai hati.... :(

Saturday, 28 July 2012

Ramadhan Tiba Lagi...yang ke-2 tanpa dia....

Bismillah Walhamdulillah was solaatu was salaamu 'alaa nabiyyinaa wa habeebinaa muhammad sollalahu 'alaihi wasallam..

AHLAN WASHLAN YA RAMADHAN… AHLAN WASAHLAN… RAMADHAN KAREEM.. ALLAHU AKRAM…


Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi SAW berkata ia : “Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan keimanan dan dengan perhitungan (dengan ikhlas semata-mata mengharapkan keredhaan Allah) diampuni Tuhan segala dosanya yang terdahulu”.

Alhamdulillah.. Hamdan wassyukrulillah.. Ramadhan datang lagi… Alhamdulillah, umur masih lagi dipanjangkan untuk bertemu dan ber’uzlah’ dalam madrasah Ramadhan kali ini.. harapanku agar penguzlahan kali ini mendapat rahmat dan pertolongan Allah.. dan hasilnya dapat ku tuai di SANA nanti..amin…

hari ni, hari kelapan umat Islam berpuasa... hari keenam puteriku dapat berpuasa penuh.. alhamdulillah.. kesibukan dengan tanggungjawabku menghalang proses mengupdate blogku ini sempena kedatangan Ramadhan yg dinanti2 ini... Ramadhan ini, Ramadhan kedua tanpa dia.. perasaan… biasalah.. sedih sudah pasti… rindu apatah lagi.. segala kenangan berpuasa bersamanya terbayang-bayang di mata.. pedihnya hati menahan kerinduan yang tidak bertepi ini… segalanya telah ku buat… menyibukkan diri.. membaca al-Quran.. solat sunat.. tapi ingatan tetap kuat.. sehingga kadang-kadang hati ingin memutarkan masa agar kembali kepada masa lalu yang bahagia.. indah… Allahu Akbar..


Bukan saya sahaja yang merasakan kerinduan ini.. tapi anak2 juga.. sehinggalah suatu malam seusai berbuka dan bersolat maghrib bersama anak2.. tiba terpacul soalan dari mulut puteriku setelah menarik tangan selepas bersalam dan mencium tanganku…

Alya: Umi.. Abi dah takda.. maknanya Ya dah takda ayah… Umi tak nak cari ayah lain kat Ya ke?
Umi: (bulat mata umi melihat mata puteri kesayangan) Kenapa? Alya nak ayah lain ke?
Alya: takde la.. tapi takkan selama-lama kita mcm ni..?
Umi: Macam ni tu macamana?
Alya: Yelah.. takda ayah..
Umi: (cuba menahan sebak di dada) Nanti ada ayah lain, kalu dia tak jaga Ya baik2 mcm Abi jaga.. xsyg Ya mcm Abi sayang.. pukul Ya camana?
Alya: Ye jugak.. tak nak la… (Lalu berlalu dan bermain2 dgn adiknya…)

Berfikir balik… dari segi psikologi kanak2.. betul ke jawapan yang saya bagi..  maafkan ummi sayang...ummi cuma tidak ingin alya berfikir ada orang lain yang dapat menggantikan tempat abinya.. tiada sayang.. :”( malam itu, saya menangis.. dan terus menangis.. semoga saya terus kuat menghadapi semua ujian ini…

YA RABBI………. Dengan rahmatMU di bulan Ramadhan yang mulia ini.. kurniakan kesabaran padaku.. anugerahkan ketabahan dan kemudahan dalam kehidupanku ini..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...