Wednesday, 23 May 2012

Setiap gambar ada cerita....

Bismillahirrahmanirrahim... Allahumma solli 'ala saiyidina wa habibiena Muhammad wa 'ala aalihi wasohbihi wasallam....

Tinggal lama blog kesayanganku ini kerana tidak sempat saya update.. akhir2 ini, kesibukan saya dengan beberapa urusan peribadi dan tanggungjawab sbgai seorg guru benar2 menghimpit masa saya dan menyempitkan waktu saya utk berblog..terpksa saya akur dgn kesuntukan masa saya ini, wpun banyak yg ingin dicoretkan di dalam blog ini.. apa kata saya ringkaskan saja melalui gambar2 di bawah ini.. bak kata Yuna, setiap gambar ada lagu..tp bagi saya, setiap gambar ada ceritanya... hehe....

CERITA 1: selepas balik dari sabah tempoh hari, saya dikunjungi PAKSU dan maksu (adik lelaki bongsu pd mak) yang lebih 10 tahun tidak berkunjung ke rumah saya.. kunjungannya bagai seribu rahmat bagi saya kerana saya akan pergi menunaikan umrah bersama dia sebagai mahram saya.. Allahu Akbar.. Allah menambah rhmat bagi saya lg, bila kakak dan abg ipar pun akan turut serta dlm rombongan kami ini...tak dapat digambarkan kegembiraan kurniaan Allah ini pada saya...

CERITA 2: Kesibukan saya bertambah lagi dengan sambutan Hari Kantin sekolah saya.. Sampai ke malam kami membuat persiapan gerai untuk jualan amal...anak2 yg paling gembira sebab dapat naik kuda yang ada...sekalipun kuda padi aje....






Cerita 3: pesta buku Antarabangsa 2012... kunjungan bertuah saya dan aleeya kerana berpeluang menemui 2 tokoh agama yang sangat2 sy segani dan kagumi... Ustaz Kazim elias dan Us Zahazan Mohamed.. Us Zahazan sempat memegang kepala alya dan berdoa utknya.. kata ustaz, "bawalah dia selalu ke majlis2 ilmu..."insya Allah us...t.ksh us kerana sudi mendoakan kebaikan utk puteriku ini"



CERITA 4: Seronoknya dapat tengok anak2 gembira bermain di taman permainan.. salah satu permainan yang mereka suka ialah menaiki kereta kecik ini... tersenyum gembira mereka..bahagia dan berbunga2 hati saya melihatnya..alhamdulillah...





CERITA 5: Sambung rawatan fawwaz..semoga kamu terus sihat sayang......amin...







CERITA 6: Ini gambar saya menghadiri dinner perpisahan dengan sekolah lama saya..terharu mereka buat majlis itu di hootelll.. terima kasih kawan2 acs..kenangan bersamamu tetap ku kenang.......

Alhamdulillah, syukur pada Allah atas segala nikmat yang Dia berikan dalam hidupku ini....smga Dia terus memberkati hidupku ini dan memberikan kebahagiaan juga pada suamiku di sana....amin..........


Friday, 6 April 2012

Antara Senyum dan Tangis (Siri II)

Bismillah Walhamdulillah was solaatu was salaamu 'alaa nabiyyinaa wa habeebinaa muhammad sollalahu 'alaihi wasallam..

Alhamdulillah masih diberi kelapangan masa oleh Allah untuk menyambung coretanku yang terdahulu… mmm.. nak kata saya sibuk  sangat.. tidak la.. ada juga masa utk makan, bermain dgn anak2, tido… entah.. mgkin masa untk ber’blog’ saja yang agak terhad kerana bagi orang seperti saya yang memerlukan masa yang tenang utk berfikir tercari2 waktu yang sesuai itu utk terus mencoret kisah hidup sy di dalam blog ini.. sekadar ingin berkongsi.. bagi saya, bila separuh dari semua yang terpendam dalam hati dan fikiran saya diluahkan di dalam blog ini, kala itu saya merasa sedikit lega.. dan separuh lagi yang agak berat saya luahkan pada bacaan umum di blog, sy simpan dan luahkan semuanya pada satu2nya yang Maha Mengerti hati dan perasaan saya…

Tidak dapat saya luahkan kekalutan saya menerima kejutan budaya kerja di sekolah baru saya.. agak berlainan daripada 2 sekolah yang pernah saya berkhidmat dulu.. begitu berlainan… tidak ada pilihan lain, saya cuma mampu berdoa memohon kekuatan, kesabaran dan kesihatan olehNya utk terus saya menabur bakti mendidik anak2 murid saya… Allah.. berikanku kekuatan.. tiada daya dan kemampuanku selain dari kekuatan yang telah Kau pinjamkan pada diriku ini…

Tempat kami berjalan2 beriringan bersama anak2
untuk ke pantai berhadapan rumah..
Disebabkan ‘kejutan’ inilah maka niat saya untuk mencoret kenangan saya di Sabah juga terbantut.. alhamdulillah, perancangan untuk bercuti di Sabah pada cuti sekolah bulan 3 yang lalu berjalan lancar walaupun terdapat juga sedikit halangan kerana fawwaz demam panas sepanjang berada di sana… walau apa pun syukur, demamnya dapat dikawal… bermacam2 ubat dan ikhtiar saya buat untuk meredakan demamnya.. mungkin ada hikmah.. saya redha walaupun ada sedikit rasa terkilan kerana tidak dapat ke kundasang… tapi tak palah kerana tercapai juga hasrat hati melihat dan menginap di kawasan perumahan yang dulunya tempat kami mencipta pelbagai kenangan suka dan duka.. berjalan2 di pantai yang menjadi tempat kami mengambil angin petang2 sambil membawa anak2 bermain air… Allah… benar2 mengusik hatiku… terbayang2 dia ada bersama.. dan sememangnya aku benar2 mengharapkan kehadiran dia……….


Nak balik dah.. Fawwaz masih demam...
Saya hanya sempat menziarahi beberapa orang teman… membeli sedikit ole2 untuk dibawa pulang.. ohye.. perancangan awal saya dan anak2 saja yang ke sana.. namun pada saat2 akhir, mak dan anak buah saya terpksa ikut sekali bagi membantu saya yang masa itu agak lemah (maklum baru keluar wad…) Alhamdulillah kehadiran mereka banyak membantu saya… tidak banyak tempat yang saya pergi tapi cukup rasanya bila dapat melihat tempat2 kenangan indah bersama si dia... sedikit sebanyak mengubat luka dan rindu di hati.. malah segalanya bagai meniup kembali kekuatan pada diri saya.. alhmdulillah.. hari terakhir di sana, terasa berat dan sedih untuk meninggalkan tempat yang penuh dengan kenangan ini… mata bergenang dan hati sebak… sama seperti saat mendaratnya pesawat sewaktu saya sampai di Lapangan Terbang Kota Kinabalu tempoh hari…

Dan setelah kembali dari Sabah itu, saya mendapat sedikit kekuatan untuk memulakan khidmat dan amanah saya di sekolah baru saya… seminggu selepas itu, saya mencuri masa untuk balik ke kedah.. sedikit urusan perlu saya selesaikan di samping menziarahi ‘dia’ di sana… kali ini, pemergian saya ke sana tanpa ditemani anak2 kerana bimbangkan keadaan kesihatan fawwaz yang kurang stabil… setelah urusan saya selesai, saya telah mengajak adik ipar untuk ke pusaranya.. agak sebak juga hati ini tika sampainya di sana.. namun saya cuba beristighfar dan berdoa agar Allah terus memberi kekuatan pada saya.. alhamdulillah setelah setahun pemergian dia, baru kali ini saya dapat membaca yasin, berdoa, bertahlil tanpa suara yang tersekat2 dan titisan air mata…syukur.. setelah itu, saya membersihkan daun2 kering di atas pusaranya..menyapu2 di sekelilingnya, membetulkan batu bata di sekeliling rumahnya itu sambil dalam hati berbisik2 meluahkan segalanya pada dia… 

“Assalamualaikum abang, ummi dah dapat tukar sekolah.. ummi dapat sekolah sama dengan alya.. abang mesti suka kan.. ummi akan dapat menjaga alya di rumah dan di sekolah sebagaimana yang abang pesan pada ummi dulu..abang, ummi akan berangkat ke tanah suci tak lama lagi.. ummi rindu sangat untuk ke sana… ummi teringin ke sana bersama abang.. namun tidak kesampaian.. insya Allah ummi akan ke sana membawa hasrat dan impian kita dulu… dan insya Allah juga, di depan Kaabah dan di Raudhah nanti akan ummi kirimkan doa2 ummi buat abang dan salam kepada baginda Rasulullah s.a.w bagi pihak abang.. insya Allah..abang, ummi akan berdoa agar Allah mencucuri rahmat ke atas roh abang dan menempatkan abang di kalangan roh para solihin dan muqarrabin.. Dan semoga Allah menyatukan kembali cinta kita bersama anak2 di sana nanti.. di syurgaNya insya Allah…. Sayang, ummi balik dulu.. nanti ummi datang bawa anak2 pula... abang berehat dengan tenang dan aman di sana, ummi yakin Allah akan jaga abang di sana dan pelihara ummi dan anak2 di dunia ini.... ”

Dan hari ini, saya merasa sedikit lega kerana urusan penukaran nama kereta kesayangan abang telah selesai… seperti saya mendapat kembali kekuatan pabila melihat dan merenung kereta wiranya ini… pulang dari sekolah, merenung kereta itu, seolah2 merasakan dia sedang menunggu saya di dalam rumah.. Allah.. xmampu saya tepis perasaan rindu yang maha tebal ini padanya..

‘Ala kulli haal.. sesungguhnya perancangan hidup seorang insan yang lemah seperti saya adalah aturan Dia yang Maha Kuasa… semoga hati ini akan terus bersyukur dengan apa yang telah Allah tentukan buat saya.. terjumpa kata-kata dari sebuah blog:

Hidup itu kembarnya ujian..
Datang dan datang tanpa perhentian, 
Hanya dengan keimanan, 
Kau mampu bertahan,
Jangan kau jatuh hari ini,
Kerna hanya selepas mati,

Baru ujian terhenti.


Semoga rahmat dan hidayah Allah sentiasa menemani saya di sepanjang perjalanan sepi ku di dunia ini tanpa kamu wahai suamiku yang amat kucintai... al-fatihah....... 

Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah… 

Sunday, 18 March 2012

Antara Senyum dan Tangis (Siri I)

Bismillahi wal hamdulillah..

Mana nak mula dulu ye.. begitu amat banyak yang saya ingin luahkan dalam entry kali ini.. 2 minggu kebelakangan ini pelbagai kisah suka duka menghiasi jalan hidup saya… kisah bermula bila saya tibe2 diserang demam panas pada hr sabtu (3/3) hr tu.. waktu tu sekolah ganti utk cuti thun baru cina tempoh hari..

Saya sangkakan demam itu hanyalah 2 hari.. tapi ia berlarutan sehingga hari selasa.. maka dgn tak blengah lagi saya ke hospital utk test darah.. takut jgk kalu2 demam denggi.. ditahan wad.. alamak.. doctor kata saya dehydrated..kn tambah air.. test darah dan rest di wad.. masa di wad xhenti2 hati ini sebak dan menangis kerana saya terlalu fobia dgn hospital dan benda2 yg ada di hospital..saya terlalu teringatkan abg… berkali2 jg hati ini beristigfar panjang.. mungkin ini ujian utk meningkatkan iman dan syukur saya padaNYA..

Selasa.. Rabu.. Khamis.. alamak lama plk dok di wad.. saya jd gelabah.. kerana tdk pernah mengambil MC lama mcm ni.. serba salah kerana sy tau sikap majikan saya.. hati rasa risau.. tp kehadiran kakak kerani melawat saya di wad dan kwn2 sek sedikit sbyk menenangkan hati saya.. diberitahu majikan khuatirkan kesihatan saya.. Alhamdulillah.. berkat pasrah saya pada Allah.. Allah bantu saya hadapi saat2 begini..

Kepelikan berlaku apabila saya diletakkan d bilik berasingan (isolation room) hati rasa ada sesuatu yg tdk kena berlaku.. doctor merapati katil saya dan menerangkan sesuatu… Allahu akbar.. Allah sedang menguji saya.. saya menerima dgn tenang.. walaupun dlm hati hanya Allah saja yg tahu segala gelodak yg berlaku.. fikiran saya hanya teringatkan anak2 saya.. Allah.. Kau yang memberi ujian ini.. Maka padaMu jua aku pohon segala kekuatan…

Hati cuba memujuk.. sabarlah.. Daripada Allah kita datang dan kepadaNya jua kita pasti akan kembali… walau apa cara sekalipun.. tdk semestinya dgn ‘sakit’ kita akan kembali padaNya.. walau tak sakit.. tiba ajal, akan diperintahkah jua malaikat maut mencabut nyawa kita.. saya pasrah…

Saya tekad.. belumpun sembuh.. masih lemah saya minta discaj dari doctor.. saya hanya ingin bersama anak2 saya.. saya ingin kembali pada mereka.. mereka memerlukan saya.. memerlukan kekuatan saya utk terus memimpin tangan mereka selagi Allah meminjam nafas dan nyawa ini pada saya… doctor memberi izin wpun berat… saya perlu bertenang.. dan ketenangan itu adalah bersama anak2 saya..

Banyak juga tanggungjawab yg perlu saya selesaikan.. dalam masa yg sama, sekolah mendapat surat kelulusan pertukaran saya ke sekolah yg sama dgn anak saya.. saya tidak pasti.. ini ujian atau nikmat.. kalu dulu saya sihat, saya ditempatkan di sekolah yang murid Islamnya tdk sampai 100 org.. kali ini, saya akan berdepan  dgn murid Islam seramai lebih 1000 org.. mampukah saya dgn kesihatan yang tdk menentu ini.. pada Allah saya pohon petunjuk..

Setelah discaj pada Khamis itu, jumaat esoknya saya melakukan rutin harian menghantar alya ke sekolahnya.. wpun dalam keadaan lemah.. nafas turun naik.. saya gagahkan jua stlh makan painkiller pagi itu.. stlh menghantar alya, ringan saja kaki ini melangkah masuk ke pejabat sekolah itu dan menyerahkan surat lapor diri saya… adakah ini petunjuk dariNya yg saya perlu berada di sini.. wpun saya tahu saya akan berdepan dgn ujian besar di sekolah yg bakal dinaiktarafkan sbg sekolah cluster.. entah.. saya berserah..

Petang jumaat itu, saya ke sekolah acs… dapat juga berjumpa majikan saya.. dia menyapa dgn mesra sekali.. sayang plk rasanya ingin meninggalkan sekolah lama ini.. biarpun byk kekurangan di sini… dalam hati, ingin menarik balik lapor diri saya di skolah baru.. tapi boleh ke… huuuuuuh….

Bersambung………..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...