2 minggu lebih tiada entry terbaru dalam blogku ini..
sibuk.. sibuk.. sibuk.. entahlah.. akhr2 ini, terasa masa begitu cepat.. rasa
mcm tak cukup tangan nak buat semuanya.. masa begitu mencemburui aku…
Ditambah pula dgn tugas2 sekolah yang menuntut komitmen
lebih dariku untuk menyelaras soalan2
untuk Ujian Penggal Pertama.. dalam kesibukan itu, sempat juga aku curi2 masa
membeli barang2 dan ole2 utk dibawa semasa percutianku bersama anak2 nanti…
Isnin lalu, ayah mertuaku datang membawa ole2 dari kedah di
samping menjenguk cucu2nya ini.. kulihat wajah cengkungnya aku jadi sedih dan
mengingatkan aku pada abg.. tidak banyak yang kami bualkan.. Cuma ada ku
tanyakan tentang kubur abg..
- Ayah ada pegi kubur?
Ayah: Selalu ayah pegi.. jangan risau..
- Saya nak balik jgk.. lama tak pegi.. tapi tak taula ayah..
susah nak cari masa…
Ayah: xpa lah.. nanti kalu nak balik kau cakaplah..
- Kubur ok ke ayah?
Ayah: OK.. tak dak apa.. Cuma ayah tambah sikit tempat nak
duduk tepi kubur tu.. nanti kau balik senang la sikit nak duduk..
Sebak aku ketika itu.. Abg.. ummi tahu ayah dan adik2 yang
lain selalu jaga rumah abg di sana.. umi juga rindu untuk ke sana.. apakan daya
ummi.. ummi hanya mampu kirim doa dan Yasin buat abg yang ummi rindui.. smga
sampai pahalanya untuk abg… umi juga yakin doa dari mak dan ayah abg tidak
putus2 pada abg.. semoga berkat keredhaan mereka pada abg membahagiakan abang
di sana.. ummi yakin itu.. kerana abglah harapan mereka dulu..
Semalam.. aku bermimpikan abg.. mulanya aku hanya melihat abg dengan sihatnya berjalan.. seingatnya, aku spontan berkata, “abg dah sihat..dah dapat berjalan…?” abg hanya tsenyum.. “marilah kita balik bang..” abg hanya tsenyum dan membuat isyarat dengan menggeleng sahaja.. aku jadi sedih waktu itu.. lantas aku genggam tangannya seerat-erat yang mungkin untuk melepaskan rindu yang sarat di hati ini..
Slot lain dalam mimpi tu, aku melihat abg sembahyang..
kulihat imamnya adalah arwah abah.. aku tsenyum kerana sememangnya dari dulu
aku suka sangat melihat abg solat.. tambahan pula, aku terlalu rindu untuk
melihat abg solat..Alhamdulillah Allah kabulkan doaku.. dan aku bersolat dengan
abg dan arwah abah di dalam mimpi.. Alhamdulillah.. syukur ya Allah walaupun
aku hanya dapat bersolat dengannya walau hanya dalam mimpi…Satu ketenangan yang tak dapat aku gambarkan dengan kata-kata setelah terjaga dari mimpi itu.. Allah..Syukur.. smga ini petanda yang baik dariMu ya Allah atas segala persoalan dan kebimbanganku pada kekasihku di sana..Semoga Kau memelihara dia dan semua yang kusayangi itu..amin...
Ya Allah. Terlalu amat banyak kurniaMu pada diri ini berbanding dengan syukur dan amalanku padaMu.. tak termampu aku menghitung segala nikmatMu ini.. aku pohon ya Allah.. ampunilah kealpaan diri ini.. izinkan aku untuk terus kuat meneruskan ibadah padaMu sepanjang hayatku ini.. janganlah Kau biarkan diriku ini hanyut tanpa hidayahMu…Dan bahagiakanlah kekasihku di sana ya Allah.. tempatkanlah dia bersama hamba-hamba Mu yang Kau kasihi... amin...
"Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,
Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang
dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Terimalah taubat kami dgn taubat nasuha…"
Allahu akbar… Allahu akbar…

