Friday, 10 February 2012

Syukur, Sabar dan Mujahadah...

Bismillah Walhamdulillah was solaatu was salaamu 'alaa nabiyyinaa wa habeebinaa muhammad sollalahu 'alaihi wasallam..

Malam ni, terasa kosong sekali… membelek2 gambar 2 abg.. merenung dan terus merenung sambil air mata yang tdk henti2 mengalir.. mengenangkanmu… merindukanmu… ya Allah sakitnya rasa di hati ini menanggung segala perasaan ini…

Lantas menuju ke laptop kesayangan utk mencari sesuatu utk memotivasikan diri yang semakin lemah ini.. facebook dibuka.. terasa sunyi.. sepi.. rakan2 tiada utk berbicara… ya Allah.. ke mana harus ku bawa hati dan jiwa yang pedih ini…

Blog kesayangan dibuka.. ya Allah, aku ingin meluahkan sesuatu di sini.. aku juga ingin mencari sesuatu ‘kata2’ yang blh mengubat diri ini… tiba2 terlintas di hati tentang SYUKUR, SABAR dan MUJAHADAH.. lantas di Google info2 yang berkaitan.. mg2 dpt merawat hatiku malam ini…

SYUKURLAH WAHAI HATI…

Sheikh Muhammad `Abduh membuat takrif syukur sebagai berikut: Dan tidak dikatakan bersyukur kecuali jika seseorang menggunakan dan memanfaatkan segala nikmat-nikmat itu dalam hal-hal untuk apa nikmat itu diberikan. Jadi tidak cukup bersyukur itu dengan membaca atau mengucapkan lafaz الحمد لله dan شكر لله sahaja. Erti bersyukur yang sebenarnya ialah meliputi lisan, hati, dan anggota badan.

Bagaimanakah caranya kita bersyukur kepada Allah SWT? Bersyukur kepada Allah SWT ialah dengan mengekalkan baik sangka terhadap Allah SWT dan meletakkan keyakinan kepada-Nya dalam apa jua keadaan. Perkataan yang terlafaz dari mulut kita tentang Allah SWT hanyalah kata-kata pujian, sanjungan dan pujaan. Justeru hanya Allah SWT yang layak menerima kata-kata seperti itu. Tidak seharusnya terlafaz daripada diri kita perasaan benci, kecewa, buruk sangka dan perasaan seumpama itu terhadap Allah SWT.

SABAR ITU INDAH

Sabar, ertinya tahan menempuh suatu yang sukar. Sabar yang terpuji adalah sabar atas mengerjakan taat kepada Allah SWT, menjauhi segala maksiat yang dilarang-Nya dan sabar atas segala takdir-Nya. Tetapi di antara sifat sabar itu,terdapat sifat sabar kerana mengerjakan taat dan meninggalkan maksiat adalah sabar yang lebih utama, lebih utama dari sabar atas segala takdir yang amat susah dan menggelisahkan perasaan.

Sabar adalah merupakan salah satu daripada tangga-tangga ibadat menurut Ahlus Sunnah wal Jamaah bahkan ia merupakan darjat dan tangga ibadat yang paling agung. Allah SWT menyebut lebih 90 kali pada pelbagai tempat di dalam al-Quran; adakalanya dengan memuji kesabaran itu sendiri, adakalanya juga dengan memuji orang-orang yang sabar di sisi Allah SWT dan darjat apa sahaja yang telah disediakan oleh Allah untuk mereka. Di dalam Islam, sabar ada tiga darjat:

i.      Sabar terhadap ketaatan
ii.     Sabar terhadap kemaksiatan
iii.    Sabar terhadap ketentuan dan musibah

MUJAHADAH ITU BERAT, KAU RINGANKANLAH BUAT KU YA RABB…

Dalam kitab Jami’ul Ushul Fil-Auliya:

“Arti mujahadah menurut bahasa adalah perang, menurut aturan syara’ adalah perang melawan musuh-musuh Allah, dan menurut istilah ahli hakikat adalah memerangi nafsu amarah bis-suu’ dan memberi beban kepadanya untuk melakukan sesuatu yang berat baginya yang sesuai dengan aturan syara’ (agama). Sebagian Ulama mengatakan : "Mujahadah  adalah tidak menuruti kehendak nafsu”, dan ada lagi yang mengatakan: “Mujahadah adalah menahan nafsu dari kesenangannya”.


Biar kepahitan itu pergi, agar kemanisan mengisi..
Biarkan kekecewaan berlalu, agar kegembiraan mewarnai..
Biarkan kegelisahan lenyap, jangan kita hilang semangat..
Biarkan penderitaan itu menyapa, agar kekuatan kita jana semula…
Biarkan diri derita, 
agar ku tahu kepahitan derita ini, agar ku sedar kesengasaraan ini, 
tak sama bahkan hanya secebis dari penderitaan Rasulullah s.a.w..
Tuhan sesekali tidak menzalimi hamba-hambaNya
Tapi manusialah yang menzalimi diri mereka…


Noktah.. pengisian utk malam ini tamat di sini.. hati masih lg berduka.. harus mencari penawar dari ayat2 cinta dariNya pula.. Allah, lemahnya aku.. diuji sedikit begini, aku sudah lemah dan hampir tersungkur begini.. Ya Allah, kuatkan.. tabahkan.. teguhkan hati dan semangatku ini….

Sunday, 5 February 2012

Titipan Cinta Buat Putera Tunggalku...

Bismillah Walhamdulillah was solaatu was salaamu 'alaa nabiyyinaa wa habeebinaa Muhammad sollalahu 'alaihi wasallam..

Assalamualaikum anakku Muhammad Fawwaz bin Mohamad Ali..

Kek Fawwaz.. bentuk love utk melambangkan
cinta umi pada fawwaz..
Hari ini usiamu meningkat lagi.. hari ini ummi dan kakak meraikan ulangtahun kelahiranmu yang ke-3.. meraikan kegembiraan dan kesyukuran kami atas kelahiran kamu ke dunia 3 tahun yang lepas.. masa itu, abi masih bersama kita fawwaz di negeri d bawah bayu.. bsama kakak alya yang hari2 memegang perut ummi smbil memanggil baby.. baby.. bersama abi yang amat gembira tika diberitahu doctor pd scan yang ke-6 bulan.. doctor berkata pada ummi, “Nampak yang bulat tu? Itulah telurnya.. it’s boy la..” tsenyum ummi dan trus mengkhabarkan pada abi..

Abi selalu mmg sifatnya sabar tersenyum gembira dan berkata pada ummi, "Alhamdulillah.. tp jgn terlalu mharap ye ummi.. abi mmg nak anak lelaki tp abi tak kisah.. abi tak nak ummi stress nanti..” itulah abi sayang.. abimu orang yang sabar.. dia amat menyayangi ummi. Walaupun hatinya ingin skali anak lelaki, tp ttp memujuk ummi dan menenangkan ummi utk tdk terlalu mharap…

Sepanjang mengandungkan kamu, tdk banyak kesulitan yg ummi  hadapi.. Cuma bezanya ummi lebih suka makan asam berbanding sewaktu mengandungkan kakak kamu alya, ummi suka makan  gula2.. yang anehnya juga, asam2 yang ummi beli dihabiskan oleh abimu yang sebelum ini tdk pernah sukakan asam.. ummi skrg lg tsenyum seemasa menulis entri ini bila membayangkan abi waktu itu dan teringatkan kenangan2 ini..

Ujian hanya datang apabila kamu hampir 9 bulan dalam perut ummi.. ummi dan abi menghadapi kesulitan utk membawa kamu pulang ke semenanjung apabila ummi dilarang naik atas sebab polisi MAS.. namun abimu usahakan jugak utk membawa kamu dan ummi pulang dgn berbincang dgn doctor di samping surat2 penting utk ditunjukkan pada MAS.. juga surat2 cuti ummi.. Alhamdulillah atas sbb kandungan ummi yang tiada masalah, ummi dapat membawa kamu ke semenanjung dgn selamat. Ketahuilah anakku, abimu lebih2 risaukan keadaan ummi di dalam flght itu.. digosok2nya perut ummi utk menenangkan kamu yang mengeras di dalam perut umi dek tekanan udara di dalam flght.. perjalanan 2jam setengah yang amat mendebarkan.. Alhamdulillah. ..

Setelah menghantar ummi, abi pulang ke sabah utk meneruskan tanggungjawabnya sebagai guru… tinggallah ummi (dan kamu dalam perut umi) juga kakakmu alya..sedihnya waktu itu… tp 3 hari sebelum tarikh kamu dijangka keluar, abi balik dari sabah..  namun sekali lagi, Allah menguji kita sekeluarga apabila kamu tidak mahu keluar dari perut ummi walaupun ‘due’ kamu sudah lebih 6 hari… ummi ingat lagi abi berkata.. “baby suka duduk dlm perut ummi ye..”ummi tahu abimu risaukan ummi (dan kamu juga) dan cuti yang diambil hampir habis..

Hari terakhir ummi checkup di klinik kesihatan, doctor mengarahkan ummi admit ke hospital besar seremban pada keesokan harinya.. esoknya.. jam 8 pg ummi ditemani abi ke hospital dengan perasaan yang berdebar.. setelah dicek, ternyata ummi tiada tanda2 utk melahirkan.. dktor bercadang utk induce ummi dan tggu sehingga 3 hari.. dan jika kamu tdk lahir dalam masa ini, ummi akan dioperate.. bila doctor mengkhabarkan hal ini pada abi, berubah muka abi.. Nampak kerisauan di wajahnya.. ditambah pula abi yang kesiankan ummi kerana terpaksa menunggu lama di hospital kerajaan itu dalam keadaan tidak selesa.. abi terus mengajak ummi ke hospital swasta..

Sampai di hospital swasta jam 12.30 tengahari.. ummi diperiksa oleh seorang doctor india perempuan yang baik.. dia kata jalan sudah terbuka. Ummi akan bersalin petang ini juga..  abi terkejut dan ummi juga hampir2 tdk percaya. Ummi dibawa ke bilik bersalin.. dengan suasana yang tenang (tenang dari waktu melahirkan kakakmu dulu).. ummi dapat melahirkan kamu dengan mudah walaupun terpksa jugak di’vacuum’ sikit utk menundukkan kepalamu sayang.. doctor kata kepalamu mendongak sewaktu dilahirkan..

5/2/2009, Khamis  bersamaan 10 Safar 1430H jam 3.52 petang, adalah saat kamu dikeluarkan dari rahim ummi. Waktu itu, ummi lihat kamu sangat sihat dan besar sekali saiz kamu (3.11kg).. ummi dan abi tersenyum gembira menyambut kamu wahai putera kesayangan ummi dan abi yang kami nanti2 selama ini... sekali lagi ujian bagi ummi dan abi bila doktor mengesahkan kamu menghidap G6PD.. ummi sedih sekali.. namun abi tetap tenang.. ummidiberi keterangan oleh dktor bagaimana utk menjaga kamu dan kesihatan kamu.. insya Allah Fawwaz, slagi ummi bernyawa kamu tetap ummi lindungi sayang... 

Inilah kisah kamu dari saat kamu di alam rahim hinggalah ke saat kamu melihat dunia ini.. anakku.. pesan ummi agar kamu menjadi anak yang soleh yang sentiasa mendoakan abimu di sana dan juga ummimu di dunia ini dan di alam sana nanti.. Fawwaz sayang, ingatlah, manusia berasal dari alam gelap dan akan kembali ke alam gelap juga.. alam gelap yang pertama ialah alam rahim di mana kamu berada dalam kegelapan di dalam perut ummi.. alam gelap yang kedua ialah alam kubur atau alam barzakh di mana tempat berakhirnya  kehidupan ini anakku…

Oleh itu, kamu harus mengisi kehidupan di antara 2 alam ini iaitu kehidupan kamu di dunia ini.. manfaat kehidupan dunia kamu untuk kehidupan akhirat kamu.. jadikan dunia ini sebagai ladang untuk kamu menuai hasil akhirat kamu.. jangan jadikan dunia ini tempat menikmati segala keniikmatan kerana ia adalah sementara..  di sana matlamat kita kerana di sana semuanya kekal abadi..

Anakku sayang, pesan ummi juga jagalah kakakmu kerana tanggungjawab kamu sebagai anak lelaki amat besar.. kamulah yang bakal jadi tonggak keluarga kita.. atas pundak kamulah nanti akan diletakkan segala tanggungjawab penting untuk membawa keluarga kita menjadi keluarga sakinah, mawaddah dan rahmah yang akan membahagiakan kita hingga ke syurgaNya insya Allah.. jangan lupa selalu doakan abimu di sana.. kerana doa anak yang soleh itu akan sentiasa mengalir pahala buat abimu di alam sana.. jangan lupa jasa dan kasih sayang abimu walaupun kamu hanya sempat 2 tahun 3 bulan sahaja merasai kasih abi.. ketahuilah anakku sayang, abimu sangat sangat menyayangi dirimu.. airmatanya sentiasa mengalir bila teringat pada kamu di akhir hayatnya dulu…

Akhirnya, selamat hari lahir yang ketiga sayang.. walaupun ummi tidak dapat membawa kamu pulang menziarahi abimu sempena hari lahirmu ini, namun ketahuilah hari ini, hari lahir kamu yang bertuah kerana jatuhnya bersamaan hari kita menyambut kelahiran Nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.aw. "allahumma salli ala muhammad wa ala aali sayyidina Muhammad.." semoga keberkatan baginda Kekasih Allah ini memberi tempias juga pada diri kamu sayang.. semoga kamu mewarisi sifat2 mulia dari insan kamil ini… amin….. ummi bahagia sekali dapat melahirkan kamu, membesarkan kamu, mendidik kamu.. juga bahagianya hati ummi kerana dapat memberikan kegembiraan kepada abimu dengan kelahiran kamu sayang..  

Besarnya harapan ummi pada kamu, besar lagi kasih dan cinta ummi pada kamu dan kakak kamu.. ummi cinta abi kamu, Mohamad Ali, Kakak kamu, Nur Aleeya Sofea dan kamu, Muhammad Fawwaz KERANA ALLAH…… semoga kita sentiasa bersama dan berkumpul kembali di syurgaNya yang abadi di sana.. amin ya Allah… kabulkanlah ya Allah…

La Hawla Wala Quwwata Illah Billahil 'Aliyyil 'Aziim.......

Saturday, 4 February 2012

Andai itu takdirNya...


Bismillah Walhamdulillah was solaatu was salaamu 'alaa nabiyyinaa wa habeebinaa muhammad sollalahu 'alaihi wasallam..

“Kita hanya merancang, Allah jualah yg menentukan..” sakit mmg sakit, perit memang perit, sedih mmg sedih.. tp walau mcmna sakit, perit dan sedih sekalipun, itulah takdir yg perlu ditelan walaupun ia pahit..

Dalam hidup ini, pastilah banyak perancangan yang telah kita aturkan.. perancangan yang bakal mewarnai hari-hari dalam kehidupan kita… begitu juga aku dan abg.. banyak perancangan yg aku dan abg atur dlm melayari khdupan sbgai suami dan isteri.. kami merancang utk mempunyai sekurang2nya 5 org anak… 7 lg bagus kata abg.. merancang utk mengerjakan umrah bersama.. merancang utk membina sebuah banglo yang ada pondok rht2 ptg2 di depan..merancang utk mengusahakan satu kebun buah-buahan dan sayur-sayuran bersama… mcm2 perancangan yang telah kami atur.. tp perancangan hanya tggal kenangan jika tiada keizinan dariNya yang Maha Berkuasa…Hebat lagi perancangan Dia… tak ku sangka abang yg sihat, tiba2 mengalami bengkak kaki.. ingatkan bengkak biasa… tkejut bila doctor mngesahkan itu adalah kanser yang agak jarang berlaku.. dan semua perancangan ini terkubur saat terkuburnya jasad abg.. entahlah.. sbgai hambaNya, pastinya kita kena terima ketentuanNya ini dan berserah segalanya pada Yang Maha Kuasa setelah berusaha dan berikhtiar sebaiknya..           

Begitu juga apa yang terjadi hari ini..semua telah kurancang.. tiket pegi dan balik tlh kubeli.. baju2 tlh ku kemas.. buah tangan utk mak dan ayah mertua juga sudah kubeli.. itu hanya perancangan aku sebagai manusia biasa.. tdk dapat menandingi takdir yang Dia tetapkan.. hari ini.. tiket yang kubeli hampir sahaja hangus begitu shaja gara2 anakku fawwaz tibe2 sahaja demam.. hasrat utk ‘btemu abg’ tpksa kubatalkan kerana tak mahu menempuh risiko dek demam si fawwaz..

Jauh di lubuk hatiku, aku rasa amat sedih kerana tidak dapat membawa Fawwaz menziarah abinya sempena hari lahirnya yang ke-3.. ingin aku bawa ke pangkuan abinya kerana ku tahu abinya di sana pasti gembira kerana aku tahu abg sangat sayangkan fawwaz.. sedihnya tidak kesampaian hasratku ini… dengan linangan air mata, aku kemas kembali baju anak2 yg tlh ku susun utk dibawa ke sana… sewaktu solat tadi juga, aku mengadu sesungguh hati dalam sujudku akan kedukaan yg melanda hatiku ini.. aku rindu sekali padanya ya Allah… aku ingin sekali bertemu dgnnya.. paling tidak berada dekat dgn pusaranya.. tapi aku tdk mampu ya Allah… Allahu Akbar.. letakkanlah sifat redha dan sabar dalam hatiku…

Abang, ummi rindukan abg.. maafkan ummi kerana tak dapat menziarah abg seperti yang ummi rancangkan.. ummi sebenarnya ingin sekali membawa fawwaz menziarah abg di hari lahirnya esok (5/2).. sedih sekali hati ummi abg.. slps solat isyak tadi, tika ummi pejamkan mata menahan sebak dan air mata, ummi terbayang abang di dalam rumah abg sdg melayan adik2 dan mak ayah berbual.. bila ummi buka mata, air mata laju mengalir.. Allah.. betapa sakitnya rindu ini.. 

ya Allah, tabahkan hatiku ini.. kuatkan jiwaku ini.. teguhkan imanku ini.. aku pohon sesungguhnya.. ya Allah…

Namun Allah Maha Kaya.. ada juga rezekiku bila ku menunggu di kaunter bas utk menjual kembali tiket yang tlh kubeli itu.. dapat juga pulangannya walaupun tpksa dijual dgn harga murah.. kulihat bas yang bakal ku naiki itu.. terkilannya rasa tak dapat pulang ke sana… Ku cuba pujuk hatiku… insya Allah akan kucari waktu lain utk pulang ke sana btemu dgnnya.. insya Allah.. ya Allah.. padaMu ya Allah, bimbinglah aku dalam setiap langkahku sepanjang kehidupan ini ya Allah.. agar setiap keputusan yang ku ambil memberi manfaat pada agamaku, akhiratku dan hidupku.. permudahkanlah segalanya ya Allah… 

Andai ini takdirMu... cukuplah Allah bagiku.. cukuplah Allah bagiku.. cukuplah Allah bagiku..

“Apabila kita merasa cukup dengan Allah , Allah akan mencukupkan kita dengan nikmat-nikmatnya.”

La Hawla Wala Quwwata Illa Billahil 'Aliyyil 'Aziim.......

*** jam menghampiri pukul 12.. Selamat hari lahir anakku sayang Muhammad Fawwaz.. semoga menjadi anak soleh kebanggaan ummi dan abi...amin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...