Bismillah Walhamdulillah was solaatu was salaamu 'alaa
nabiyyinaa wa habeebinaa muhammad sollalahu 'alaihi wasallam..
Assalamualaikum abg…
Abang, 20.11.2011 yang lepas, hari ulangtahun kita yang ketujuh.. ummi ingin sekali meraikan hari istimewa ini bersamamu abg.. namun, apakan daya.. kita telah jauh terpisah.. ummi sedih sekali hari itu.. dari awal pagi, doa ummi hanya satu agar kita dapat bersatu kembali.. ya, ummi tahu, amatlah mustahil dan pelik doa ini.. namun itulah hakikat yg ummi rasakan… Allah…
Abg, Hari ni ummi raikan Ulangtahun ini dengan Fawwaz je..sebab alya ikut Mak Ngah nya ke Cameron… Apa yang ummi lakukan pada ulangtahun kita kali ini ialah menyibukkan diri dengan menghias kamar kita.. merubah kedudukan katil, almari… biar ummi letih, janji puas melihat kamar kita yang cantik ini.. sewaktu abg sakit hari tu, ummi tidak sempat me ‘make over’ kan bilik ini.. tapi hari ini ummi gagahkan jua.. mujur ada mak yang menolong… lagipun memang terpaksa juga me ‘make over’ kannya sbb syiling bilik dan rumah telah roboh dek anai2.. Selesai menyelesaikan bilik, ummi bawa pula anak kita fawwaz berjalan2 dan makan2…
Namun dalam hati hanya Allah sahaja Yang Tahu kesunyian ummi meniti hari2 tanpamu abg.. juga menyambut ulangtahun kita kali ini tidak akan pernah sebahagia sambutan bersama abg dulu.. abg ingat lagi hadiah terakhir anniversary kita yang lepas… ummi hadiahi abg sehelai kemeja berwarna biru.. takdir Allah, abg pergi tanpa sempat memakai baju itu.. ummi redha abg.. dan baju itu, juga baju2 abg semuanya masih lagi ummi simpan elok2 di dalam almari kita.. masih tetap ummi gosok agar Nampak cantik.. masih belum kuat untuk menyedekahkan untuk orang lain baju2 abg itu.. insya Allah bila ummi sudah kuat dan boleh berpisah dengan baju2 dan barang2 abg itu, ummi akan sedekahkan pada orang… agar pahala2 itu akan sampai pada abg..
Allah… andai bicara ini sampai pada abg, ummi hanya ingin abg tahu yang ummi tidak pernah berhenti mencintai abg.. hati ini tdk akan terhenti dari merindui abg… jiwa ini sntiasa meronta2 utk bertemu abg… walau dalam mimpi sekalipun ia tetap bererti buat ummi.. ohye, terima kasih ya Allah kerana Kau sentiasa menghadirkan abg dalam mimpi2 ummi.. agaknya ini jugalah sebab kekuatan diri ini bertambah sedikit demi sedikit..
Semoga abg berehat di sana dengan tenang dan damai… ummi di sini akan sentiasa mengrimkan bekal buat abg… doa ummi sentiasa tdk putus2 utk abg.. selawat ummi ke atas nabi sentiasa meniti di hati agar pahala sampai untuk abg, arwah abah dan kak yah… agar syafaat baginda dapat kita nikmati di sana nanti… semoga kalian bahagia di sana..berehat di taman2 syurga menanti Hari Pertemuan manusia di Masyhar kelak… Allahu Akbar….
La hawla wala quwwata illa billah..........

kak pae..semoga abg2 kita tenang di sana..berehat di taman2 syurga..
ReplyDeleteAmeen...
ReplyDeleteAmin..smga doa2 kt dimakbulkanNya aisyah dan diq ma...
ReplyDelete