Tuesday, 22 November 2011

Surah Kegemaran Yang Tersayang...

Bismillah Walhamdulillah was solaatu was salaamu 'alaa nabiyyinaa wa habeebinaa muhammad sollalahu 'alaihi wasallam..

[1] Apabila berlaku hari kiamat itu,
[2] Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
[3] Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).
[4](Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan.
[5] Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,
[6] Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,
[7] Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
[8] Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
[9] Dan puak pihak kiri; – alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
[10] Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), – yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
[11] Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
[12] (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
[13] (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
[14] Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian

(Surah al-Waqi'ah ayat 1-14)

Allahu Akbar… sesekali mentadabbur dalam2 setiap ayat pada Kalam Suci Allah ini…rasa menusuk terus dalam hati… Pagi yang hening ini, terasa sangat syahdu… membaca surah kegemaran suamiku ini benar2 mendamaikan jiwa… dulu, selesai subuh pasti surah Al-Waqia’h ini yang dibacanya.. dan isterinya ini, kdg2 mengikuti bacaannya.. dan kadang2 aku hanya melabuhkan kepalanya di ribaannya mendengarkan bacaannya.. Allah.. rindunya aku pada saat2 itu… Moga setiap huruf yang dibacanya dulu menjadi peneman dan cahaya untuknya di alam sana.. amin…

Dan pagi ini slesai membaca surah aku amati satu persatu maksud dan terjemahan ayat2 dlm surah ini.. Allah.. bgenang air mataku..  Dari kisah berlakunya peristiwa besar Hari Qiyamat hinggalah ke pembalasan utk umat manusia.. dari segi nikmat di syurga bagi yang beriman.. juga seksa dalam api neraka bagi yang mendustakan agamaNya (Nauzubillahi min zalik)… dan sampai ke ayat ini.. sebaknya rasa hati…

Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan; (Ayat 60)

Allah.. amat kerdilnya aku di bumi Allah ini… hati kdg2 lalai padaMU dek melayan kerinduan pd kekasihku… akal kdg2 terlanjur mempersoalkan setiap ujian dariMu.. lantas menidakkan kebenaran ayat2 dari kitabMu.. Allah… Kekalkanlah sifat redha dan letakkan kekuatan dalam hatiku dan akalku ini… Dan padaMu ya Allah ku rafa’kan doa dalam munajatku… Semoga suamiku berada dalam golongan  al-Muqarrabiin yang akan beroleh rehat kesenangan dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.juga dari puak kanan (ashabul Yamin) maka (akan dikatakan kepadanya): “Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan” (Ayat 89-91).. Allahu Allah...

Subhanallah… Katakanlah "Sodaqallah" (Benarlah apa yang difirmankan oleh Allah). ..

Usai membaca al-quran.. termenung seketika.. memikirkan kesibukan diri akhir2 ini.. tidak sempat meluangkan masa sedikit untuk diri sendiri… masaku banyak ku habiskan untuk kebahagiaan orang lain.. menyelesaikan urusan orang tanpa memikirkan diri sendiri yang kadang-kadang memberontak di dalam… Allah.. hidup seorang ibu tunggal.. bukanlah mudah.. banyak perkara perlu ku korbankan demi melihat kebahagiaan dan kesenangan orang lain… natijahnya, hati sering menangis sendiri…

Tapi, sekarang sudah pandai juga diri memujuk hati yg sering menangis ini.. setelah 6 bulan lebih pemergiaan abg, barulah ku rasa sedikit demi sedikit kekuatan dalam diri.. walau ku akui masih belum terlalu kuat untuk menjadi seperti dulu.. senyumku juga masih tidak seceria dulu.. dan ku rasa mustahil utk kembali ceria sperti dulu.. belum cukup kuat bila mendengar orang bercerita perihal kematian di mana2, masih juga aku teringat pada abg.. aku juga masih belum kuat utk membahasakan diri abg sebagai ‘arwah’… janggal benar kurasa..  apalagi bila orang membahasakan perkataan ‘arwah’ itu utk merujuk pada abg.. masih lagi ku rasa sedih…

Tak apalah, mungkin aku perlu masa lagi untuk menyulam ketabahan dalam diri ini.. setengah tahun ini mungkin belum cukup.. ada sahabatku yang mengalami takdir yang sama, walaupun sudah lebih 2 tahun masih lagi belum kuat sepenuhnya.. apatah lagi aku… sabarlah wahai hati.. apa-apa pun aku tetap bersyukur padaNya kerana DIA lah sumber kekuatan ku kini.. Pada Nya lah tempat aku meluahkan segala bebanan dalam hati dan kekalutan dalam fikiran.... Masya Allah…

Tidak ku sedari matahari sudah mula menjengahkan diri.. mengucapkan selamat tinggal buat bulan yang setia menerangi suasana malam… rasanya aku harus merehatkan diri sebentar.. kerana pagi ini aku akan ‘bermusafir’ ke Bangi untuk mengambil anakku yang mengikut Mak Ngahnya ke Cameron Highlands… mg2 Allah selamatkan perjalanan kami...

La Hawla Wala Quwwata Illah Billahil 'Aliyyil 'Aziim.......


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...